Rabu, Januari 21

Merancang keluarga.

Masa awal2 perkahwinan aku dgn En.Nazreen a.k.a oyot, kami memang mahukan anak dengan cepat, namun tuhan tuh maha kaya dan maha mengetahui. Kami menunggu hampir 2 tahun untuk memperolehi cahaya mata. Pelbagai cara kami lakukan, berurut, makan jamu, jumpa doctor, then lastly kami makan SHAKLEE, dan allhamdulillah selepas 3 bulan mengambil product shaklee, aku disahkan mengandung..dan untuk my 2nd baby, ia sangat2 unexpected bagi kami berdua, aku disahka pregnant masa tuh our baby Qaseh around 8 month..tapi, aku tetap terima dan jaga kandungan same as our 1st baby..(ini lah padahnya lupa makan pil) . Then after this incident, aku sekarang telah mengambil pil perancang untuk ibu yang menyusu. NORIDAY PILL.

Kenapa aku pilih cara pengambilan pil?.. Aku rasa cara nih adalah paling selamat dan mudah..hanya ingat waktu makan ubat setiap hari sebelum tido..dan cara yg paling senang dan effective yg aku lakukan adalah meletakkan ubat di depat meja solek denga segelas air.. Banyak artikel yang aku dapat dari beberapa lama web mengenai pil perancangan keluarga, ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%.

Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang
dikeluarkan oleh badan

Antara petikan yang aku baca dalam sebuah lama web;

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan pengambilan pil perancang keluarga "kontraseptif".

Pil perangcang keluarga digalakkan hanya untuk wanita yang berusia bawah 35 tahun, berkahwin, telahpun mempunyai anak, dan telahpun menjalani pemeriksaan doktor. Selain itu, mereka yang mengambil pil perancang keluarga perlu berjumpa doktor selepas 6 bulan pertama dan setiap setahun selepas itu untuk pemeriksaan.

Waktu yang sesuai untuk mengambil pil merancang keluarga adalah :-

  • hari kelima haid.
  • Ibu yang mengalami keguguran boleh mula memakan pil selepas mendapatkan nasihat doktor.
  • Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain untuk mengelakkan gangguan kepada penyususan.
  • Ibu yang tidak menyusukan anak boleh mula mengambil pil selepas empat minggu bersalin.
Pil perancang keluarga bertindak dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, oleh itu menghalang persenyawaan (mengandung) daripada berlaku. Sekiranya digunakan dengan tepat dan berkekalan, pil perancang keluarga mampu mencegah kehamilan sehingga 99.5% keberkesanan.

Hampir semua wanita boleh menggunakan pil perancang keluarga kecuali mereka yang mempunyai keadaan seperti berikut :-

  • Disahkan atau disyaki mengandung.
  • Mengidap penyakit hati "liver disease"
  • Mengidap barah buah dada.
  • Mengidap sakit jantung.
  • Mengidap keadaan salur darah bengkak "varicose veins"
  • Mengidap pendarahan tidak normal "abnormal bleeding"
  • Mengidap darah tinggi.
  • Mengidap sawan "epilepsy"
  • Mengidap kencing manis
  • Mengidap sakit kepala migrain
Cara penggunaan pil perancang keluarga.
Setiap pil mengandungi 21 pil. Cara pengambilan pil yang betul adalah :-
  • Mengambil sebiji pil setiap hari pada masa yang sama selama 21 hari berturut-turut.
  • Mula mengambil pil pada hari kelima haid.
  • Berhenti untuk tempoh 7 hari sebelum mula dengan paket pil perancang keluarga yang baru.
Sekiranya terlupa.

Sekiranya terlupa untuk memakan pil, makanlah pil apabila teringat tetapi tidak selepas 12 jam. Sekiranya anda terlupa memakan dua atau lebih pil, anda perlu mengambil langkah berikut :-
  • Sekiranya terdapat pendarahan, berhenti mengambil pil dan mula dengan paket baru pada hari kelima haid.
  • Sekiranya tiada pendarahan, teruskan mengambil pil seperti biasa, tetapi anda perlu menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Terdapat dua jenis pil perancang keluarga yang berada di pasaran iaitu :-
  • Pil yang yang mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin.
  • Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.


Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.

Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya. Dianggarkan hanya 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

  • Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
  • Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
  • Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.
Bagi wanita yang ingin mengandung, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sediakala.

Kesan pengambilan pil perancang keluarga
Pada masa kini, tiada kajian yang diketahui dapat membuktikan kesan buruk pengambilan pil perancang keluarga seperti kanser. Bagaimanapun pil perancang keluarga telah terbukti berkesan untuk :-

  • Menghalang masalah kekurangan zat besi "anaemia"
  • Menghalang ketumbuhan "cysts" dalam ovari
  • Menghalang masalah radang pelviks
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan pil perancang, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda

Sabtu, Januari 17

Baby Carrier..

I'm so happy today..because my SNUGG Mei Tai was arrived via skynet yesterday. I'm very impatient to wear it..ayoo..so excited to wear it. Thanks to liza, for the lovely design..as stated my Snugg Mei Tai below...



*i grabbed from Liza..

Khamis, Januari 15

Cerita yang sungguh sadis..

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, Si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!".
"Yg kau telanjang tu nape!!! " marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek
dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa
malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu
perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea.

Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berb***l kat depan pintu... .

"Awat hang nie? Dah buang tebiat ke? " marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA? ... ... . Kot iye pun... .. IRON la dulu baju tuh!! Nampak sangat kedutnyer... .."



*senyum jgn x senyum...


Rabu, Januari 14

Aksi "spiderman"


* jangan tiru aksi ni, dangerous ..

Aksi berbahaya ini telah dirakamkan di rumah atuk mak last weekend.. ini lah gaya2 spiderwomen yang bakal megegarkan tanahair..hehehe.. for your info, this is kak long qaseh new game.. she was boring with her 'teddy bear', 'masak-masak' etc.. she looks like 'lelaki'..suka sangat panjat memanjat, lagi2 ler kalau balik umah tok mak..kalau x di marah, sampai ke atas pun boleh.. this cute gals, memang brave..but, her mum yg scared.. takut jatuh plak..


video

Rakaman ini pula telah dilakukan malam tadi..sambil aku tunggu untuk memasak nasi ayam..aku layan kejap tgk tv SPA Q..then tiba2 aku terdengar kak long qaseh menyanyikan lagu buai laju2 untuk adik wawa..siap ada ayunan buai lagi..act, kak long qaseh nih, dah kemaruk dengan buai..pantang nampak buai kat taman atau kat mane2 aje...sure dia dok nyanyi..kdg2, time nak hantar dia pegi scoll, siap nyanyi gumbira lagi..

*kadang2 ketawa tgk telatah anak2...

Selasa, Januari 13

Hadiah Tahun Baru..


*HTC Touch Dual- Black color..

Gumbiranya dalam hati sebab lepas baca Blog kak Lyn.., aku ada berbual2 dgn En. Nazreen, mengatakan bahawa seronok kalau dapat hadiah HP baru kan..hehehe..dan tanpaku sangka last weekend aku dapat hadiah HP baru gak..hehehe.tq bebanyak suamiku..almaklumla hp yang lama tuh, dah macam nak rosak sebab selalu dibaling2 oleh kak long Qaseh..hahaha..dan ini la hadiahnya..handphone nih jenama HTC dan bile tgk2, rupa2nya en nazreen telah membeli di Singapore hp nih..tapi bile survey, dia adalah lebih kurang brand O2.. function dia quite ok..ada internet, wifi, memory, kira macam i pod juga laa...

*terima kasih bebanyak suamiku..

Jumaat, Januari 9

Sarapan...




*qaseh a.k.a kak long yang x reti nak dok diam...

Pagi tadi seperti biasa, sarapan kat tempat biasa..Restoran Anjung Desa..restoran nih milik kawan arwah abah..ramai staff UTM yang dok melepak kat sini..sebab jarak dgn UTM x jauh..lebih kurang 3 km sahaja.. lepas hantar baby wawa pegi TASKA RAUDATUL IMAN.. kami bertiga pun pegi la alas perut..seperti biasa..

sang ayah makan roti canai 2 kpg + teh tarik ,
sang anak makan telur rebus dan
sang ibu hanya makan sekeping roti canai + air teh o..

cukup la sekadar mengalas perut sampai jam 2pm..kang sang ayah balik solat jumaat baru amik sang ibu untuk makan.. selamat la mr nazreen ni kerje sendiri..selalu la kitorg berdua-duaan mkan dan kdg2 mr nazreen nih selalu ajak aku pi shopping kat JUSCO taman U..hahahahah...




Khamis, Januari 8

Marriage life before and after



before marriage, darling here..darling there..
after marriage, baling here..baling there..


before marriage, i die for you..
after marriage,you die up to you..
kalau lama lagi married,
you die, i help you..




before marriage,you go anywhere..i follow you
after marriage,you go anywhere, up to you..
lama lagi married, you go anywhere, better get lost!!




before wedding, you are my heart..you are my love..
after wedding, you get on my nerves



before wedding, you are sweet and kind,
just like cinderella..
after wedding, you are worse than godzila..



before wedding, roses are red, violets are blue..
like it or not, i'm stuck with you...
after wedding, roses are dead, i'm blue..you get on my head..
i will sue you..




before wedding,every makan time,
he bring you to Shangri-La..
after wedding, you want to go, you wait-laa..




before wedding, he told you that you looks like Anita Sarawak..
after wedding, don't know whether katak or biawak..




*just for fun..no heart feeling yey..!!


Tag Tahun Baru

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Segalanya terjawab di bawah :

  1. Award nih, Syasya Ab Latib yang bermurah hati berikan kpd aku...
  2. 5 fakta/5 hobi, aku nih seorg isteri kepada Nazreen bin Abdul Rahim, aku mama kepada dua org cahaya mata Qaseh Dhia Faqihah dan Qaseh Zahrah Zafirah, umur aku dah semakin meningkat..(uhuhk...), aku nak cari keje lain, aku suka warna hijau.. hobi aku shopping baju anak2, suka kemas rumah, suka basuh baju, suka makan daging kambing dan aku suka dok lepak kat rumah...
  3. 10 penerima award - cheyanti, kak lyn, aie, sugus, radiah, pika, et, hasnah, dhea, dan Qasih
  4. yes..aku terjah blog2 mereka...

Rabu, Januari 7

Tahun Baru

Tahun Baru..

Apa azam tahun baru aku?..azam tahun lepas pun masih ada yang x sempurna lagi..kalau tahun 2009 nih banyak juga la azam aku...

  • nak pindah rumah baru-insyallah, tahun nih kalau ada rezeki leh le aku dan anak2 pindah rumah sendiri..x yah lagi dok umah sewa yang setinggi tiga tingkat tuh..letih turun naik apartment nih..ni la taman yang akan kami duduki...


  • nak beli kete/MPV baru-ini adalah azam yang paling utama sekali. Kalau boleh nak beli kete yang besar skit...MPV ker..

*kalau dapat yg nih lagi best..hehehe

  • nak bercuti ke Melbourne atau Perth...nih tengah kumpul duit nak pegi sane..sambil melawat cousin, leh le jenjalan atau shopping...


  • nak buka business-kalau boleh nak wat katering atau buka kedai makan..x nak joint business dgn husband..susah...
  • nak sattle semua hutang piutang..hutang PTPTN..

Tapi yang paling utama sekali aku nak jadi :
  • hamba Allah yang beriman dan bertakwa
  • isteri yang solehah
  • ibu yang mithali
  • anak yang soleh
  • kakak yang baik
  • rakan yang sempurna
Harap2 tahun 2009 nih segala masalah aku yang tahun lepas akan sattle..aku x nak ler bring forward masalah 2008 ke 2009...

Jumaat, Januari 2

...tension...

hish..awal2 tahun lagi dah tension...

BENCI...GERAM...TENSION dengan karenah customer nih..hish...sakit kepala...rasa macam nak quit jek...(tinggal nak submit dekat HR jek surat resign nih) company pun dah x boleh nak handle masalah customer dan A LOT problem that this company facing is "FINANCAL"..so how come they will cover our staff problem?...(huh..i dare told u that this company will not longger in this business-development) ...sampai bile ler aku nak bertahan kat company nih.. all my frenz has gone and got new job..so what 'bout u?..everyday kena tahan maki hamun customer... "b**s**t" dah selalu didengar...huh..sampai bile aishah..wake up...