Jumaat, Februari 13

New Year 2009 Contest

Bercuti? dah lama aku dan suami tak bercuti bersama-sama. Kali terakhir kami bercuti adalah di Cherating..tapi masa tu kami baru berkahwin, diumpamakan seperti "honeymoon'. Sekarang kami dah ada 2 cahaya mata, so mesti meriah dah seronok dengan kehadiran anak-anak dalam percutian kami..

Melalui Thelilcaliph, pertandingan yang diadakan oleh blog Thelilcaliph di adalah sempena menyambut Tahun Baru 2009. Thelilcaliph merupakan sebuah online shopping yang lmenjual barangan bayi, ibu dan pelbagai. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik perhatian aku, iaitu bercuti ke Langkawi, Redang dan Pulau Tioman. Wah..kalau nak melancong ke Phuket atau Bali kena hantar 5 penyertaan.. Pada aku, lebih seronok andai aku berpeluang bercuti ke destinasi tempatan..

*logo pertandingan

Hah..cantiknyer destinasi percutian yang ada di Malaysia nih, Jom Zoom..


Suasana tenang di Pulau Tioman


Dataran Lang yang terdapat di Pulau Langkawi


Pulau Redang yang semestinya cantik dan indah

Panorama yang indah dan nyaman di Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan Redang adalah amat menakjubkan, apabila dapat bercuti, masalah dan ketegangan fikiran di tempat kerje serba sedikit dapat dikurangkan..

~tag dari Ummul Aqeem~

Hish..pepagi masuk opis dah dapat tag dari Ummul Aqeem. So kena gak jawab nih..

1. What were you doing 5 years ago?

Tahun 2004Justify Full
Tahun ni merupakan tahun yang paling gumbira pada aku sebab last year kat UTM..dalam seronok2 tuh aku sedih gak, sebab berpisah dgn rakan2 seperjuangan..lebih kurang 4thun kami bersama2 belajar dan sama2 juga ponteng class...hahah, sungguh aku terkenang zaman tuh..zaman paling best..bawa kete ayah pi class, tapi dalam pegi class, sempat gak kitorg pi jalan2 kat Angsana..hahhaa..cabut class semestinya..nak2 class yang paling boring..hehehe..paling best geng matriks..aku rindu korg..aku rindu nak makan sama-sama kat dorm..nak makan sesame kat mapley tmn u..nak lepak2 dan paling best nak bergambo2..hheheh.. kenangan amik scroll, pakai jubah, pakai topi, baling2 topi..hehehe..bestnyer...

Tahun 2005

Tahun nih lagi best..sebab aku KAHWIN dengan en suami..hehehe..bukan senang nak jadi raja sehari..kitorg jadi raja sehari 2 kali tau..satu belah mak ayah aku, satu lagi belah pihak lelaki..seronok, click sane, posing sana..makan suap2, potong kek sesame..sungguh indah..tahun 2005 juga aku dapat keje kat RHB Bank..sekejap jek, pastuh dpt sambung Master kat ITTHO...seronoknyer...

Tahun 2006

Tahun nih pulak, lepas abih kat ITTHO, aku keje kat Harta FM Sdn Bhd, company under JCorp Berhad..dapat belajar banyakk benda tentang Fasiliti..dapat naik bumbung bangunan, panjat bumbung Kompleks Pasir Gudang dengan En Aminuddin..panjat bumbung Menara Ansar yang tinggi 30 tingkat..siap naik gondola lagi..seram tuh...dan akhir sekali aku dapat offer kerje kat Renewed Global Sdn Bhd sampai le sekrg...dan paling best, aku disahkan mengandung...

Tahun 2007

Tahun nih, aku dapat 1st baby- Qaseh Dhia'Faqihah..dekat 2 thn gak kami tunggu.. then, bulan 12 2007, kami berdua terkejut, sebab bakal dapat 2nd baby..fuh..cepat tuh...

Tahun 2008

Aku dapat 2nd baby pada 2nd Raya..so sedih sebab x dpt pi jalan2 raya..x dpt makan kuih raya..tapi bestnyer sebab ramai org dtg rumah raya bagi duit raya pada anak-anak...

2.What were the 5 things on your to do list today

Plan ari nih?..hmm
1. nak sattle kan kerje, sebab sok 1/2 day..so esok just relax2 jek..
2. nak pi shopping kat Jusco Bukit Indah..kalau sempat balik keje kang..
3. nak masak nasik lemak sambal tumis udang..
4. nak makan Pizza Hut lunch nanti..
5. nak ajak anak-anak pi Taman permainan..

3. What were the 5 snacks that you enjoy

My fav nih..memandangkan berat badan dah naik, so kena makan snack
1. roti dengan telur..
2. buah epal-mesti ada dalam fridge
3. Keropok Lurve Onion- fav keropok...
4. keropok lekor...
5. salad-carrot...

4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire

Alangkah bagus kalau betul..heheh
1. nak pegi bawak mak ayah serta MIL pergi naik haji..
2. nak bayar semua hutang piutang...
3. nak tanah kebun kat kampung..
4. nak beli lot tanah kat Golf Resort..
5. nak pegi melancong...

5. what are the 5 jobs that you've had

1. Crew Restaurant-A & W
2. Kilang TWP-kilang wat buka kanak2 untuk export oversea
3. asst.valuation
4. asst.fasilities
5. Officer RHB Bank
6. Staff Renewed Global Sdn Bhd smpai sekarang..

6. Who are the 5 person you wanna tag

1. ellisa aka et
2. yant aka mak
3. hasinah aka hasnah
4. mama zhea
5. ch@


So, korang jangan lupa jawab eik..heheh

contengan mural

Malam tadi, kak long telah melakukan sesuatu yg sungguh diluar jangkaan aku, padahal sebelum nih aku dah bagi warning kat dia, jangan conteng kat dinding tuh.. tapi, dia nak juga... so aku x leh la nak kata apa..bak kata mama lyna, "I prepare a space in our house for Hafiy to do wall-painting. It is quite important to discipline him so that he won’t menodai our other wall (terbabas juga, biasalah..)."

Act, contengan yang pertama dah lama kak long wat, so lepas kena warning dgn ayah, so dah jadi baik x buat..tup2 semalam dia masuk dalam bilik mainan..aku x sure dia buat ape..aku tgh melayan che'wawa..then, dia dtg pada aku..

kak long : ma..jom..aceh lis (tulis)
aku : aceh lis ape?..
aku pun ikut ler dia..
aku : uiks..cantiknyer..kenapa aceh conteng?

kak long : antik (cantik) x?...

Lepas panggil aku, panggil plak tunjuk kat ayah...soo, ape lg..terkejut beruk en suami dgn dinding yng dah kena conteng.. hehehe..

Aku belikan dia banyak pencil color dgn caryon.. dan aku belikan sekali kertas lukisan, senang nanti dia nak melukis..x sangka anak ku sungguh kreatif buat lukisan mural kat umah..x per, mama just bagi kak long conteng kat bilik mainan jek..jangan lebih2 nak conteng kat living room atau yg penting jg conteng kat umah tok mak mcm nih...


*contengan mural di rumah...