18-04-2007 tepat jam 4.01am,Qaseh Dhia Faqihah telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat hanya 2.75kg sahaja. Ibu dan ayah berkahwin pada 04-02-2005. Selamat 2 tahun kami menunggu saat2 indah bergelar ayah dan ibu. Selama 2 tahun kami menunggu untuk memperoleh zuriat kami sendiri. Pelbagai cara, perubatan dan kaedah telah kami lakukan untuk memperolehi kakak. Allhamdulliah, sekarang dah 4 tahun anak ibu, dah besar dah... ibu dan ayah doakan semoga kakak akan menjadi kakak yang boleh membimbing adik2, boleh menjaga adik2 andai ibu dan ayah tiada. Ibu harap kakak boleh menjadi pendorong adik2 menuju kejayaan.
kakak sewaktu berumur 6 bulan
Umur setahun lebih..kakak dah pandai berjalan sejak umur 9 bulan lagi...
Sewaktu kakak berumur 2 tahun...
ni pula sewaktu kakak berumur 3 tahun..masih manja lagi walaupun dah ada adik wawa..
yang ini sewaktu gambar hampir nak berumur 4 tahun...sungguh keletah sangat perangainya..dan sangat2 manja lagi..walaupun dah ada adik wawa dan bby iman
p/s: semoga menjadi anak yang solehah dan beriman serta berilmu..