Selasa, Ogos 25

::Tabung Haji::

Last week, sebelum cuti sekolah bermula, ada Pegawai dari Tabung Haji datang untuk pendaftaran sesapa yang berminat untuk menabung dalam TH. Pendaftaran tu terbuka untuk guru2 dan pelajar2. So memandangkan ada masa terluan, aku pun ambil kesempatan untuk turut serta, tetapi sewaktu pendaftaran aku x bawa sijil kelahiran anak2, so aku dikehendaki mambawa terus ke pejabat TH di Jalan Ayer Molek. So lebih kurang 2 jam menunggu borong permohonan aku, akhirnya berjaya juga aku daftar anak2 serta suami dalam akaun TH..



::kak long berbedak::

Tadi petang selepas acara mandi2 dalam kolam, kak long sudah disiapkan dengan pakai baju tido..so, aku lepak2 la kat depan tv sementara menunggu waktu berbuka..tup2,

kak long: ibu, tengok momok latip (panggilan untuk hantu)

aku: eiii..takutnyer..

Aku pun x perasan, bile ler dia amik bedak tuh..siap satu kepala uban, lepas tuh capai sepit rambut (selalu digunakan untuk mencari uban si suami) konon2 nak cuba cabut rambut sebab kaler rambut warna putih...hik..hik..hik

* lain kali ibu belikan sekotak bedak, nanti aceh main le puas2...

::bila che'wawa mandi::

Pagi tadi, che'wawa bangun lewat. Hampir jam 10 am. So, planned nak hantar ke sekolah x menjadi, sebab semua bangun lambat termasuk la ibu dia.. Sebelum nih, che'wawa memang takut nak masuk dalam beseb mandi tuh selain daripada letak air suam, baru nak jejak kaki. Tapi pagi tadi sungguh menakjubkan sebab dia dah x perlu nak tunggu aku menyuamkan air mandian dia. Terus zuuppp, masuk dalam besen tuh dan tak nak keluar2...waaaaa... best laa..lepas nih leh ler pi joint kakak pi swimming!!!

Petang tadi pulak, che'wawa nak joint si kakak main air dalam kolam.. so aku letakkan hampir dekat 10 minit jek..x leh lelama kang selesema pulak..lagi le dia suka main air dalam kolam tuh...

Chak!!mandi ler puas2 wahai anak ku....

::ngigau::

Tadi, baru sebentar bersahur dengan si suami.. sementara menunggu masa untuk solat subuh dan melihat anak-anak, si suami bertanya,

"ibu, tadi awak ngigau apa?"

uiks..mane le tau aku ngigau apa..aku kan tido...

"ntah..x tau pulak, apa yg sha ngigau?" selamba jek

"awak dok jerit2 panggil nama anak2 kenapa?"

"yer ke?..." tergantung..

Ya, sebab aku dapat rasakan memang aku ada terjerit2 dalam mimpi panggil nama anak2...kenapa eik???..

::doa-doa setiap hari dalam Ramadhan::


Hari Pertama :
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa".

Hari Kedua :
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih" .

Hari Ketiga:
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan".

Hari Keempat:
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat".

Hari Kelima:
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya? (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.?