Sabtu, Jun 28

Berehat


Hari ni sepanjang pagi aku dok kat Larkin. Mak ngan ayah ada masak 'katering' untuk org bertunang..aku pulak jaga Qaseh. Hari nih anak aku sungguh aku x sangka dia dah pandai panjat nak main gelongsur..nasib baik ayah aku nampak, kalau x, memang jatuh..perangai anak aku macam lelaki, lasak sangat..mengalahkan cousin dia yang lelaki..semua benda baru dia nak buat...

Khamis, Jun 26

Kehidupan


Hari ni aku nak mulakan perjalanan blog aku yang baru. Blog yang lama aku dah "delete". Saje nak mulakan blog yang baru. Aku pun bukan mahir sangat dengan dunia blog ni. So now, i just try to create my journey in this blog. Harap-harap impian aku dalam catatan blog ini akan mendorong aku lebih maju dan berjaya.

This is my family. Waktu ni aku baru berumur lebih kurang 4 tahun, sekarang usia aku semakin meningkat. Terasa sungguh awal perjalanan hidup aku. Hampir suku abad dah aku menghuni alam "dunia" ni. Banyak sangat cabaran dan dugaan yang aku lalui. Zaman keci, zaman remaja -> zaman paling best, zaman berkahwin dan sekarang dah masuk zaman ibu2. :-) Kenangan yang terindah adalah masa zaman remaja. Masa zaman ni, 1st time aku kenal apa itu CINTA. Sampai sekarang aku masih teringat kukuh lelaki pertama yang berjaya membuatkan aku jatuh CINTA. Terima kasih banyak2 pada "jejaka" tersebut. Banyak perkara yang aku belajar dari percintaan aku dengan "dia". Sekarang pun "dia" dah bahagia dengan kehidupan dia, dan aku pun amat berbahagia disamping baby Qaseh dengan husband aku-Nazreen-.