Rabu, April 13

::salah ke?::

Pada pagi yang hening, kelihatan seorang anak gadis sedang membantu ibu bapanya menjual makanan diwarung mereka. Warung mereka sangat terkenal dengan Asam Pedas, Sup dan pelbagai jenis makanan daripada sarapan hingga makanan tengahari.

Si gadis merupakan seorang graduan yang berjaya mengulung ijazah dari sebuah universiti tempatan. Selepas keluar dari Universiti, pelbagai kerja telah dilakukan. Kini setelah hampir 8 tahun bekerja makan gaji, gadis tersebut mengambil keputusan untuk membantu ibu bapanya berniaga di warung mereka yang telah lama bertapak.

Pada suatu hari, seorang teman ayahnya telah bertanya dengan si ayah, mengapa anak gadisnya yang belajar tinggi2 tetapi hanya melakukan kerja yang dianggap 'murahan'.
Si gadis telah terdengar akan perbualan mereka. Sedih, sayu dan geram..

Salahkah pekerjaan yang si gadis lakukan?..
Salahkah si gadis membantu ibu dan ayahnya?...
Adakah dengan bekerja makan gaji hati seseorang akan puas?...
Mungkin pekerjaan yang dilakukan si gadis boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan.


p/s : jangan menganggap pekerjaan yang popular dan mendatangkan gaji yg besar, hidup seseorang akan gembira.. dan jangan terlalu bangga dengan 'title' pekerjaan kamu hingga sanggup menghina pekerjaan org lain...
rezeki semuanya datang dari Allah, manusia hanya hamba kepada-Nya