Isnin, Disember 15

jika...

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya
yang dulu selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu..

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan
kehidupannya…

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang
dirasakannya?

Fikirkan….
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan
murni, penuh rasa sayang, didepanmu dan
keranamu……

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..
Dia menangis, kerana kasih dan sayang...

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawabannya….
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk
memohon ‘MAAF’!!..

Hari ini..

wajah seorg pekerje yang bosannn..

senyum dalam ketensenan..

Hari ni hujan turun dari awal pagi sampai sekrang..kat opis pun suasana lenggang jek... ni la wajah seorg pekerja yang bosan dan boring....kadang2 tensen pun ada gak..tapi nak wat macamane..terpaksa laa... semalam cuti hujung minggu aku banyak habiskan pergi temankan adik aku pi cari org untuk majlis tunang dia.. pergi cari baju dan test baju..lastly dapat gak kedai wedding...then pi shopping cadar untuk di bertunang...adik aku nih cerewt sgt bab2 nih.. masa cari cadar dari kul 1.30 sampai ler pkl 4pm..daru kedai Aussino sampai laa ker dalam Jusco...dan akhirnya dapat gak...