Jumaat, Mei 31

:: ~ kaki saya sudah patah ~ ::



Salam dan selamat malam....


Minggu lepas, hari Ahad, kaki saya elok je.. semua cukup sifat dari  kepala hinggalah ke kaki.. tapi sekarang tidak lagi.. belum sampai Ahad minggu depan, kaki saya dah patah... huhuhu.. sakitnya saya...

Ini semua budak kecik punya pasal... abis kaki Otomen dipatahkan... siap cakap "Ibu, patah..." si budak kecik berkata-kata tanpa ada perasaan bersalah.

Otomen ni sebenarnya otomen kali yang ke 3 telah dibeli, namun si budak kecik ini meronta-ronta menangis tak nak balik dari pasar malam sebab mahukan makhluk ULTRAMAN ini.. sangat tak adil kalau aku tinggalkan si budak kecik ni meraung-raung kat tengah-tengah orang ramai yang sedang membeli juadah di pasar malam. Maka dengan hati yang panas dan membara, ku relakan jua membelinya demi memuaskan nafsu si budak kecik ni. Rasa nak cium-cium je budak kecik ni.. tapi apakan daya, naluri perikemanusiaan amat menebal dalam jiwa keibuan aku ni... dan..Nah... ni dia otomen si budak kecik ni... tak sampai seminggu membelinya.. si budak kecik ni dah berjaya mematahkan kaki otomen ini... lepas ni mungkin tangan, kepala dan badan bercerai terus entah kemana... memang bertuah budak kecik IMAN FAHRY ini...


kelihatan budak kecik ni sangat gembira apabila berjaya mematahkan kaki ULTRAMAN!!
 
 
p/s : budak kecik Iman Fahry memang sangat bertuah... rasa cam nak picit-picit je wahai anakku..

~:: kurusnya saya ::~

 
Inilah aku. Berumur 32 tahun pada bulan Julai ni. Dah ada anak 3. Tapi yang sangat merisaukan aku adalah tahap kegemukan aku yang semakin menurun. Huhuhu... aku sangat kurus ok... korang tengok gambar itu.. jelas melihatkan bahawa aku sangat kurus... saiz baju pun M, kadang tu pun besar juga... tak sampai hati nak beli baju saiz S.. kang Nampak sangat kecutnya aku pada pandangan mata kasar dan mata halus orang. Maka adalah elok aku membeli baju bersaiz M.
 
Aku sangat kurus. Susah sangat nak mencapai berat badan yang unggul dan ideal macam budak sebelah aku ni... sangat gebu.. sedap dan seronoknya kalau berlaga2 pipi dengan dia yang sememangnya mempunyai isi yang pejal...
 
Paling berat pernah aku alami adalah 58 kg. Fuhh memang bangga time tu sebab dapat berat badan yang begitu.. TETAPI itu hanya la saat aku mengandung je... huhuh... memang lepas tuh tak dapat lah jack nak dapat berat badan macam tu lagi... kalau nak pun..kena la mengandung untuk kali ke 4..  TETAPI aku masih tak bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.. cukuplah aku, en suami, si kakak, si wawa dan si budak kecik Iman. Tak larat rasanya nak menunggu anak-anak membesar.. letih... :-)
 
 
 
p/s : untuk budak sebelah, Fiza memang adik yang terbaik... :-) dan semestinya adik yang sangat cool dan havoc.... i will miss u Hafizah Yusof... 

:: sukarnya dan susahnya ::


Hish, waktu dah hampir nak menginjak ke petang. Kenapa budak kecik ni susah sangat nak TIDUR?... Pelbagai cara nak suruh dia tidur... nak kata belum makan, aku dah suap makan nasi lauk ikan pari masak asam pedas.. nak kata tak bagi susu, aku rasa hari ni je dah lebih 5 botol susu aku beri.. tapi masih tak tidur-tidur juga...

Sebelum ni, tok mak dgn tok ayah kata, budak kecik ni senang je nak tidur.. tidak perlu paksa2 suruh dia pi tidur...dia akan tidur dengan sedirinya... tapi....kenapa?... lepas je aku amik alih tugasan menjaga si budak kecik ni 24 hours dia susah nak tidur...asyik nak main je... huhuhu.... sangat sukar dan susah nak bawa dia tidur.. last-last ibu dia yg tidur.... huhuhu....

Akhirnya budak kecik ni tidur jua...setelah letih bermain di waktu pagi...
 
 
Info tentang tidur bagi kanak-kanak
 
Kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa. Ini membolehkan agar otak dan sel kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dan sempurna. Menurut sumber Wikipedia , kanak-kanak yang baru lahir memerlukan sebanyak 18 jam masa untuk tidur. Manakalan kanak-kanak berusia 1 hingga 12 bulan memerlukan tidur sebanyak 14-18 jam. Bagi kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan tidur selama 12-15 jam sehari. Dan bagi kanak-kanak 3-5 tahun selama 11-13 jam sehari untuk tidur yang cukup. Manakala bagi kanak-kanak berusia 5- 12 tahun selama 9- 11 jam sehari.
 
Maka, memandangkan umur si budak kecik Iman ni dah nak masuk 3 tahun, maka dia memerlukan tidur selama 11-13 jam... kalau ikut kiraan, waktu malam dia akan mula tidur pada jam 11 malam dan bangun jam 7 pagi.. maka si budak kecik ni kekurangan 3-5 jam..maka wajiblah budak kecik ni tidur diwaktu petang untuk meningkatkan tahap kecerdasannya.....
 
 

Budak kecik Iman Fahry!


Selepas energy budak kecik dah cas, maka bermain la budak kecik ni dengan kakak2 dan abang2nya... 


Hah!...lagi satu si budak kecik ni memang susah dan sukar sangat nak bagi dia maka ubat... aduh2..memang gawat sangat...kena pegang kaki, tangan dan mulut....kalau aku sorg je yang bagi..memang tak jalan la jawabnya... sampai esok pagi pun belum tentu dia buka mulut... kalau nak bagi makan ubat, mesti berdua...sorang akan pegang dia..dan aku akan picit hidung dia untuk dia telan ubat..huhuh..memang sukar sangat... PENAKUT same macam ayahnya dulu-dulu time kecik2 yang sememangnya tidak gemar dengan ubat sampai le ke tua ni...takut makan ubat....
 
 

:~Encik Tulang~:

 
My mr/mrs Bones



Memandangkan cuti sekolah bermula, maka memang meriah rumah tok mak dan tok ayah dengan kehadiran cucu-cucu. Maka, aku sebagai surirumah.. menjadikan hari mereka lebih bermanfaat. No shopping2, no playing2 kat luar rumah, dok je dalam rumah sampai petang. Cuaca kat luar pun tak elok untuk kanak-kanak. Demam dan batuk pun senang nak menyerang budak-budak sekarang.

Hari ni aktiviti mewarna Mr. Bones. Lepas habis colour, baru boleh paste kat manila card, then tebuk lubang dan masukan benang.


 budak kecik Iman pun sibuk mengacau  
 
Wawa bersama mrs Bones...



Kakak, Yaya dan Harith sibuk mewarna

       
 
 Siap juga mrs/mr Bones kami...


   
 
 
p/s : mood happy je tgk budak2 ni menyiapkan encik tulang!....

 

::menziarahi pusara::

 
 
Hari ni hari Jumaat. Maka ambil keberkatan untuk menziarahi pusara Arwah Cik Amin, sekaligus menemani makcik aku. Kami pergi seawall jam 10.00 pagi selepas segala tugasan dan kerja rumah serta tanggungjawab memandikan anak-anak. Terpaksa meninggalkan anak-anak dirumah sahaja. maklumlah, anak-anak semua baru baik selesema dan batuk.
 
Untuk mengelakkan daripada anak-anak nak ikut, maka terpaksa memasang helah dengan ucu aku untuk memastikan mereka tidak mengikuti kami. Lalu, aku ambil cara dengan mengumpan si Iman Fahry untuk bermain dengan tab. Si kakak-kakak senang sikit nak bercakap. Sudah besar dan mudah fahami apa yang ibunya katakan.

 
 
 
Inilah arwah pakcik aku yang telah memeluk islam sejak aku berusia 10 tahun lagi. Sewaktu usianya 73 tahun, beliau meninggalkan kami dengan perasaan kehilangan kerana pemergiannya tanpa sakit. Sungguh mudah dia pergi. Selepas solat subuh, tidak sampai satu jam solat subuh dan meminta kebenaran untuk berbaring di sofa, tiba-tiba kedengaran tarikan nafas yang kuat sebanyak 2 kali, membuatkan makcikku bergegas mendapatkan pakcikku..dan hanya kepadaMu hambaMu pulang menemuiMU... tanpa sebarang pesanan......
 
Sekarang hampir 4 bulan pemergianmu..namun masih terasa kehilangan. Budi, jasa dan kasih sayangmu tidak pernah aku, adik-adik dan keluarga lupakan... Semoga Roh Mohd Amin Tan bin Abdullah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman....
 
p/s : Semoga makcikku tabah dan sabar menghadapi dan menjalani kehidupan tanpa pakcik disisi.... hidup perlu diteruskan.....