Ahad, April 12

::Baby Cute Contest::



Hari nih semasa aku blog hopping kat blog my super kids, terpandang dan sekaligus rasa macam teruja dengan contest yang dianjurkan oleh mama_aqish, selain daripada boleh sertai contest nih, boleh juga aku kenal-mengenali tuan punya blog..sebenarnya saje je nak menjoint kan diri untuk masuk miss world contest baby cute contest nih, belum pernah dalam sejarah peradaban dunia che'wawa masuk contest...

apa yang menarik tentang che'wawa?

Che'wawa a.k.a Qaseh Zahrah Zafirah yang merupakan anak perempuan aku yang kedua dan terakhir buat masa ni.. sungguh aktif bergolek-golek bagai kan ayam golek.. kadang-kadang aku dengan ayahnya yang takut tengok bertapa elesticnya che'wawa membuat aksi ayam golek ke kanan dan golek ke kiri, dan kadang kala terbabas ke tepi jalan tilam.. che'wawa merupakan anak yang sungguh peramah.. masih boleh melayan kenakalan kak long yang sering membuli.. masih boleh ketawa riang walaupun dilanyak stamproll kak long... ada lesung pipit.. sekarang dah berusia 6 bulan.. dah pandai nak merangkak dan paling best time BF..sungguh gemar mengiggit nenen mama dia...

----------che'wawa--------

mengapa che'wawa layak menjadi pemenang baby cute contest?

sebab utama kenapa che'wawa layak menang adalah sebab nak baby tight tuh .. aku x pernah cuba memakaikan che'wawa dengan baby tight... sound mcm kelakar kan?..tapi memang betul..aku x pernah tengok bagaimana rupa andai che'wawa pakai tight tuh...sure semakin comel..hehehe... act, saje je nak mencuba nasib..kalau menang leh ler anak mama nih melaram dengan baby tight tuh... boleh pilih bagai lagi.... best!!! apa yang penting...dapat hadiah!!!

----------baby cute contest---------