Sabtu, April 11

::wonder pets::

Telefon! telefon berbunyi!
Telefon! telefon berbunyi!
Ada haiwan dalam bahaya…
Ada haiwan dalam bahaya disana…

Wonder pets! wonder pets! kami datang
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
tapi bila bekerjasama semua jadi mudah…
Yayyyyy…wonder pets

Apa yang penting??kerjasama!!!…
Apa yang penting?? kerjasama!!!…
semua jadi mudah
yayyyy wonder pets..
yayyyyy wonder pets!!

*aku rasa semua anak-anak suka tengok siri kartun wonder pets yang nih.. tapi paling best bile sudah di alih suara ke bahasa melayu..sungguh best dan seronok layan kak long dan anak-anak tekak,mata buah aku..lagu nih pun popular gak dikalangan pelajar2 serta murid2... kadang2 mak serta ayah budak punn suka lagu nih... kak long siap hafal lagi lagu nih... banyak unsur serta terapan yang positif tentang wonder pets nih...lagi best dari layan kartun doremon tuh...

::aktiviti sabtu::

Sabtu--kena keje atau dengan kata saintifik mudah, kena ganti sekolah untuk cuti hari raya yang akan datang...memandangkan cik puan pengetua malas nak adakan kelas, so cik puan pengetua gantikan dengan merentas hutan tebal desa sejauh hampir 5 km.. wah..best tuh..tapi sayang sungguh, aku telah ditugaskan menjaga minuman dan ajk penyampaian hadiah...
Jadual macam biasa, kena datang seawal 7 am.. tapi aktiviti start bermula 8 am dengan aktiviti senam erobik.. merentas desa start lebih kurang jam 930 am dan berakhir lebih kurang 12 tghari..semantara menanti jam 1 10 pm, ada aktiviti nyanyian dr pelajar2 sekolah..sungguh seronok...ok laa...teringat plak, zaman2 sekolah dulu... heheh...


*ala-ala mini concert lagi...

::kak long pulak demam::

Hari ni nampaknya kak long pulak yang demam, baru 2 hari lepas che'wawa demam, kak long plak yang dijangkiti demam diikuti dengan muntah dan be**k2..hmm...pada awalnya, masa aku pi sekolah, keadaan masih ok, bile balik around 1.30pm, keadaaan bertambah teruk..kepala panas..badan pun panas..nasib baik aku ada tergerak nak bawak ubat...so lepas makan ubat, masih ok lagi, dah boleh main, makan dan minum susu...tapi tok ayah seboleh2 suruh aku bawak anak pi check up..

time kat klinik, masih boleh bergelak dan tersenyum.... tengah tunggu doc, check up..masuk dalam bilik..huaaaaaa....nangis... masih ok lagi...sempat singgah umah MIL..kat umah MIL dah tido..so balik umah terus bummmm....sian anak mama nih...

*terbaring keletihan sebab dyhidrate .. banyak kali buang2 air...