Salam, selamat malam dari kamar tidur anak-anak...
Hari ni si budak kecik bangun hampir matahari dah tegak dikepala. Hampir jam 11 pagi baru terbangun dari tidur. Huhuhu..memang dasar anak bujang... tidurnya semalam sudah kelewatan sehingga jam 12 malam. Ibu pun tak tahu bila si budak kecik ni masuk tidur. Sedar-sedar dah ada sebelah ibu. Memang hebat anak bujang ibu sorang ni... dah pandai berdikari sendiri tanpa perlu di dodoi ... tak per, Iman dah besar!
Kalau tidur, memang tak sah tanpa 'bubu' dia.. memang tak lekang dari gengaman... mesti nak ada 'bubu'.
Before this, anak-anak perempuan aku yang berdua ni memang x da la istilah bantal busuk laa.. anak patung laaa.... tapi pelik, si budak kecik bujang ni pulak yang dok beriya dengan 'bubu' dia. Kemana la dia pergi, 'bubu' memang tak boleh tinggal.. waima nak pergi makan roti canai pun mesti bawa 'bubu'. Hish.. dah tu, 'bubu' yan diusung kehulu kehilir tu adalah kepunyaan kakak Long dia...hadiah hari jadi... sudahnya, jadi 'harta karun' yang sangat bernilai buat si budak kecik ni. Memang haru kalau tak bawa 'bubu' dia.
Tadi, 'bubu' kena mandi... Wangi la sikit ibu nak cium2.... kalau ibu nak basuh 'bubu' , kena dipastikan si budak kecik ni ada disampingnya semasa proses mencuci dijalankan.. ya la, takut 'bubu' dia kena buang dengan ibu....... tadi si budak kecik ni yang jemur 'bubu'nya... takut ayah dengki amik 'bubu' dia...
Sayang 'bubu'
Ni la gaya si budak kecik tidur dengan 'bubu' dia... :-). Walaupun tahun ni berumur 3 tahun (2 Nov 2010), tapi gaya masih lagi
baby ... sangat manja... lepas mandi ibu mesti nak kena cium dulu.. :-) .. nampaknya anak ibu masih belum cukup besar... sebab masih tidur dengan 'bubu'...
Sekarang dah pandai bercakap... hanya kakak, adik wawa dan ibu yang faham apa budak kecik ni cakap.. dah pandai nak menulis dan mewarna...
(sebab boleh kacau kakak dan adik conteng2 buku) sebab tu budak kecik ni suka....
Perhatikan di situ, budak kecik itu mengacau proses P&P yang sedang ibu jalankan..
p/s : semoga menjadi anak yang soleh yang bakal mendoakan ibu dan ayah dia akhirat kelak. Semoga anak ibu Iman Fahry menjadi anak yang terang hati, beriman, berilmu dan soleh! Amin..