Rabu, Januari 21

Merancang keluarga.

Masa awal2 perkahwinan aku dgn En.Nazreen a.k.a oyot, kami memang mahukan anak dengan cepat, namun tuhan tuh maha kaya dan maha mengetahui. Kami menunggu hampir 2 tahun untuk memperolehi cahaya mata. Pelbagai cara kami lakukan, berurut, makan jamu, jumpa doctor, then lastly kami makan SHAKLEE, dan allhamdulillah selepas 3 bulan mengambil product shaklee, aku disahkan mengandung..dan untuk my 2nd baby, ia sangat2 unexpected bagi kami berdua, aku disahka pregnant masa tuh our baby Qaseh around 8 month..tapi, aku tetap terima dan jaga kandungan same as our 1st baby..(ini lah padahnya lupa makan pil) . Then after this incident, aku sekarang telah mengambil pil perancang untuk ibu yang menyusu. NORIDAY PILL.

Kenapa aku pilih cara pengambilan pil?.. Aku rasa cara nih adalah paling selamat dan mudah..hanya ingat waktu makan ubat setiap hari sebelum tido..dan cara yg paling senang dan effective yg aku lakukan adalah meletakkan ubat di depat meja solek denga segelas air.. Banyak artikel yang aku dapat dari beberapa lama web mengenai pil perancangan keluarga, ini adalah yang paling mudah dan popular untuk merancang keluarga. Peratus kejayaannya bolehlah dikatakan 99%.

Pil perancang mengandungi hormon sintetik yang menyerupai hormon-hormon yang
dikeluarkan oleh badan

Antara petikan yang aku baca dalam sebuah lama web;

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan pengambilan pil perancang keluarga "kontraseptif".

Pil perangcang keluarga digalakkan hanya untuk wanita yang berusia bawah 35 tahun, berkahwin, telahpun mempunyai anak, dan telahpun menjalani pemeriksaan doktor. Selain itu, mereka yang mengambil pil perancang keluarga perlu berjumpa doktor selepas 6 bulan pertama dan setiap setahun selepas itu untuk pemeriksaan.

Waktu yang sesuai untuk mengambil pil merancang keluarga adalah :-

  • hari kelima haid.
  • Ibu yang mengalami keguguran boleh mula memakan pil selepas mendapatkan nasihat doktor.
  • Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain untuk mengelakkan gangguan kepada penyususan.
  • Ibu yang tidak menyusukan anak boleh mula mengambil pil selepas empat minggu bersalin.
Pil perancang keluarga bertindak dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, oleh itu menghalang persenyawaan (mengandung) daripada berlaku. Sekiranya digunakan dengan tepat dan berkekalan, pil perancang keluarga mampu mencegah kehamilan sehingga 99.5% keberkesanan.

Hampir semua wanita boleh menggunakan pil perancang keluarga kecuali mereka yang mempunyai keadaan seperti berikut :-

  • Disahkan atau disyaki mengandung.
  • Mengidap penyakit hati "liver disease"
  • Mengidap barah buah dada.
  • Mengidap sakit jantung.
  • Mengidap keadaan salur darah bengkak "varicose veins"
  • Mengidap pendarahan tidak normal "abnormal bleeding"
  • Mengidap darah tinggi.
  • Mengidap sawan "epilepsy"
  • Mengidap kencing manis
  • Mengidap sakit kepala migrain
Cara penggunaan pil perancang keluarga.
Setiap pil mengandungi 21 pil. Cara pengambilan pil yang betul adalah :-
  • Mengambil sebiji pil setiap hari pada masa yang sama selama 21 hari berturut-turut.
  • Mula mengambil pil pada hari kelima haid.
  • Berhenti untuk tempoh 7 hari sebelum mula dengan paket pil perancang keluarga yang baru.
Sekiranya terlupa.

Sekiranya terlupa untuk memakan pil, makanlah pil apabila teringat tetapi tidak selepas 12 jam. Sekiranya anda terlupa memakan dua atau lebih pil, anda perlu mengambil langkah berikut :-
  • Sekiranya terdapat pendarahan, berhenti mengambil pil dan mula dengan paket baru pada hari kelima haid.
  • Sekiranya tiada pendarahan, teruskan mengambil pil seperti biasa, tetapi anda perlu menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Terdapat dua jenis pil perancang keluarga yang berada di pasaran iaitu :-
  • Pil yang yang mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin.
  • Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.


Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.

Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya. Dianggarkan hanya 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

  • Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
  • Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
  • Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.
Bagi wanita yang ingin mengandung, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sediakala.

Kesan pengambilan pil perancang keluarga
Pada masa kini, tiada kajian yang diketahui dapat membuktikan kesan buruk pengambilan pil perancang keluarga seperti kanser. Bagaimanapun pil perancang keluarga telah terbukti berkesan untuk :-

  • Menghalang masalah kekurangan zat besi "anaemia"
  • Menghalang ketumbuhan "cysts" dalam ovari
  • Menghalang masalah radang pelviks
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan pil perancang, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda