Rabu, April 21

::sekolah dan kerja::

Hari ini ada Ko-ko di sekolah. Maka kena 'stay back' sampai jam 3.30 pm. Hari ini merupakan giliran kelab SPBT. Tadi hanya menyuruh pelajar membersihkan bilik BOSS dan melengkapkan mesyuarat agung tahun lepas dan tahun 2010. Penat. Letih sebab P&P dari awal sampai tengahari. Lepas tuh jam 2 terus ke bilik BOSS.

Balik rumah, kami terus pergi ke Carefour untuk berbelaanja sedikit. Kami beli ikan siakap untuk dimasak stim. Balik rumah terus masuk ke dapur. Anak-anak sibuk bermain di luar bersama ayahnya. Sambil memasak kena la buat kerja sampingan. Membasuh baju.

Lepas siap masak ikan siakap stim + goreng sayur buncit dan tempe + ayam goreng tepung + ais lemon tea = kekenyangan.

Dah kenyang makan... jangan lupa buat kerja sekolah yang sentiasa tak siap. Kena buat soalan periksa setengah tahun lepas tuh kena siapkan post mortem UP1....

Kalau dah siap semua, baru boleh kemas baju anak-anak untuk ke Taska dan gosok baju untuk esok pulak.

Laaaaa..anak-anak tak tido lagi???... ayahnyer pulak yang tidur... nampaknyer kena stop wat segala kerja..kena tidurkan anak-anak....

Jam berapa nak tido hari ni????

::KOMSAS::

Hish..hari ni paling x best..sebab kena ajar bebudak KOMSAS... arghhhh...
Dulu zaman aku x da la pulak subjek nih.. memang mencabar pelajaran dorang ni...
Yang cikgunyer pulak... x tau camne nak tarik minat diorg suka belajar KOMSAS..
Diorg sure x suka sebab kena belajar Prosa Klasik laaa... Drama laaa... cerpen laaaa... Sajak laaa..

Hari ni nak ajar pelajar Cerpen Biarkan Samudera - best cerpen ni...