Jumaat, November 9

:: merindui mereka ::

Baru beberapa hari bercuti, tp rindu pulak dekat kawan-kawan KG 2.4. :-D




:: anak-anak ::

Cuti sekolah dan cuti semester baru je bermula. Lepas abis exam 6.11.2012 tak tahu nak buat apa bila duduk di rumah bersama anak-anak. Nak bercuti en suami kerja, maka duduk rumah je la melayan anak-anak. Memandangkan anak-anak dah semakin membesar, maka banyak la tingkah laku yang baru muncul dalam diri mereka. 

   

Anak sulung - Qaseh Dhia Faqihah
Tahun depan bakal berumur 6 tahun. Memandangkan sebelum ni kakak dah bersekolah di prasekolah, maka boleh dikatakan kakak sudah mampu mengeja walaupun x lancar lagi. Kalau mengira memang suka. Dan yang penting dah pandai nak tolong ibu kalau ibu suruh. Semoga menjadi kakak yang dapat menjaga adik-adik.

Anak no 2 - Qaseh Zahrah Zafirah
Baru masuk 4 tahun bulan lepas. Kecik je orangnya. Selalu merajuk kalau dibuli oleh adiknya Iman Fahry. Dah pandai mengeja..tp menulis baru belaja skit2... memang manja dan cepat mengalah. Panggilan adik dan wawa memang lekat sampai sekarang...

Anak no 3 aka bongsu - Iman Fahry
Ni la anak lelaki aku yg sorang ni. Baru masuk 2 tahun awal bulan November. Dah semakin bijak dan aktif, memang tak boleh duduk diam... ada saje kerja yang dia akan lakukan, samada main car, main ball. Anak lelaki la katakan. Sepanjang duduk dengan atuk ayah n atuk mak, naik letih mak nak melayan karenah dia yg sorang ni. Dah pandai merajuk kalau ada barang yang dia idamkan x dapat...kalau pergi shopping, satu shopping complex  dia akan berlari. X larat ibu n ayah nak kejar. Tapi walaupun lelaki, dia sangat2 manja dengan aku..kalau balik dari kl, memang x nak berenggang langsung dengan aku..kemana saje dia akan ikut.. orang lain memang dia x pandang kalau aku ada..ayah, tok mak dan tok ayah..semua dia x layan...

Karenah anak2 memang kadangkala memenatkan, namun tanpa mereka membuatkan aku rindu dan rindu pada mereka. Kadangkala buatkana aku senyum daan senyum memikirkan mereka.

*p/s : Ibu dan ayah doakan semoga anak-anak ibu diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah dari segala bala dan bencana. Semoga menjadi anak yang soleh, ssolehah dan terang hati. Amin

:: Hujan::




Sejak akhir-akhir ni hujan sering berlaku. Kadangkala sukar untuk kita jangka cuaca sekarang. Bila pagi cuaca cerah dan terang, tapi bila petang, cuaca akan berubah menjadi hujan dan adakalanya lebat dan disertai dengan guruh dan kilat sehingga menyebabkan banjir di kawasan yang rendah. 

PROSES KEJADIAN HUJAN

               
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

Penilaian Al-Qur’an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ (48)

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Sekarang, mari kita perhatikan 3 peringkat yang diutarakan di dalam ayat ini secara lebih teknikal.

Peringkat pertama; Dialah yang mengirim angin…..

Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.

Peringkat kedua. ……menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”

Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.

Peringkat ketiga. …lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur’an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ (43)

“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)


Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti berikut

  1. Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.
  2. Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 
  3. Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.

  
Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.

p/s : hanya sekadar informasi. 

:: Terima Kasih tuhan atas kesempatan ini ::

Rasanya lama dah aku tak upload blog aku ni sejak aku diberi peluang untuk mengikuti kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas di Kuala Lumpur (MPIK). Sejak habis belajar di UTM Skudai, dah banyak kali aku apply KPLI dan DPLI, boleh dikatakan hampir 8 tahun aku cuba untuk memasuki bidang perguruan, namun peluang itu hadir selepas aku bekerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih hampir 3 tahun. Pada awalnya aku diterima menjadi guru GSTT di sekolah menengah di SMK Permas Jaya 2 selama 2 tahun. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku pelajari disana. Guru-guru dan pihak pentadbir yang sangat menerima kehadiran kami guru GSTT disana sangat aku hargai. Sungguh... memang besar cabaran sebagai guru ni... selepas itu, aku ditukarkan ke SMK Skudai.. walaupun jangkamasa kehadiran aku disana hanya beberapa bulan, namun hubungan erat aku dan guru di sana masih lagi terjalin. Terima kasih semua atas tunjuk ajar dan bantuan kalian semasa disana...

Sekarang aku dah melepasi 2 semestar di MPIK, Allhamdulliah...cuma masih belum tahu result  semester ini. Aku harap sangat semester ini lebih baik dari semester lepas.  Aku memanam harapan agar segala penat lelah aku di sini dan sanggup meninggalkan anak-anak dan keluarga serta pengorbanan suami dan keluarga aku menjaga anak-anak menjadi pembakar semangat aku. Pada awalnya, memang sukar menerima kenyataan yang aku akan duduk berjauahan dengan anak-anak dan keluarga. Setiap minggu aku balik untuk memasatikan tanggungjawab aku terhadap anak-anak dan keluarga juga penting. Namun kesempatan dan peluang yang diamanahkan ini mungkin aku tak akan sia-siakan.. insyallah.

Di maktab, bantuan pensyarah yang banyak membantu kami juga membuatkan aku rasa sangat bersyukur dengan penerimaan mereka. Memandangkan aku di tempatkan dalam kumpulan Prasekolah, maka perangai kami semua mmg macam kanak-kanak walaupun aku adalah antara pelajar yg berumur jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. :-) .

kawan-kawan dan adik2 yg sangat happening







p/s : semoga persahabatan dan perkenalan kita akan berkekalan...