Jumaat, November 9

:: Terima Kasih tuhan atas kesempatan ini ::

Rasanya lama dah aku tak upload blog aku ni sejak aku diberi peluang untuk mengikuti kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas di Kuala Lumpur (MPIK). Sejak habis belajar di UTM Skudai, dah banyak kali aku apply KPLI dan DPLI, boleh dikatakan hampir 8 tahun aku cuba untuk memasuki bidang perguruan, namun peluang itu hadir selepas aku bekerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih hampir 3 tahun. Pada awalnya aku diterima menjadi guru GSTT di sekolah menengah di SMK Permas Jaya 2 selama 2 tahun. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku pelajari disana. Guru-guru dan pihak pentadbir yang sangat menerima kehadiran kami guru GSTT disana sangat aku hargai. Sungguh... memang besar cabaran sebagai guru ni... selepas itu, aku ditukarkan ke SMK Skudai.. walaupun jangkamasa kehadiran aku disana hanya beberapa bulan, namun hubungan erat aku dan guru di sana masih lagi terjalin. Terima kasih semua atas tunjuk ajar dan bantuan kalian semasa disana...

Sekarang aku dah melepasi 2 semestar di MPIK, Allhamdulliah...cuma masih belum tahu result  semester ini. Aku harap sangat semester ini lebih baik dari semester lepas.  Aku memanam harapan agar segala penat lelah aku di sini dan sanggup meninggalkan anak-anak dan keluarga serta pengorbanan suami dan keluarga aku menjaga anak-anak menjadi pembakar semangat aku. Pada awalnya, memang sukar menerima kenyataan yang aku akan duduk berjauahan dengan anak-anak dan keluarga. Setiap minggu aku balik untuk memasatikan tanggungjawab aku terhadap anak-anak dan keluarga juga penting. Namun kesempatan dan peluang yang diamanahkan ini mungkin aku tak akan sia-siakan.. insyallah.

Di maktab, bantuan pensyarah yang banyak membantu kami juga membuatkan aku rasa sangat bersyukur dengan penerimaan mereka. Memandangkan aku di tempatkan dalam kumpulan Prasekolah, maka perangai kami semua mmg macam kanak-kanak walaupun aku adalah antara pelajar yg berumur jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. :-) .

kawan-kawan dan adik2 yg sangat happening







p/s : semoga persahabatan dan perkenalan kita akan berkekalan... 

Tiada ulasan: