Rabu, September 23

::lebaran lagi dan lagi::

Hari raya ketiga, kitorang x kemana-mana, cuma menziarahi saudara terdekat je. Lepas tuh, kami terjah ke Giant Tampoi untuk membeli belah barang2 keperluan yang masih x lengkap lagi. Niat di hati nak cari air botol ..tapi semua dah sold out. Akhirnya, barang lain yang dibeli. Lihat la che'wawa, terselit celah dapur.


Anak sape la nih...siannyer!!

Lepas tuh, kami ke kedai frame, dan sungguh seronok che'wawa bile berjumpa dgn cermin....

Ibu, look..me and my "twin"..hehehe

Besornyer mata!!!

::Lebaran lagi::

Hari kedua masih di Batu Pahat. Seronok..Pada hari raya la semua dapat berkumpul dan sekaligus dapat aku kenal mengenal sanak saudara sebelah suami. Walaupun kami dah berkahwin hampir 4 tahun, tapi masih ada yang belum aku kenali.

Anak-anak paling seronok..tapi ibu dan ayah yang letih..sebab melayan karenah anak-anak..

Che'wawa diserang demam, terus balik ke JB mencari klinik yang buka..dan sah,,memang demam dan mulut che'wawa dijangkiti kuman lagi..ini gara-gara cik puting la nih. Dan terus ku buang segala puting yang ada dalam koleksi...

::Sambutan Lebaran::

Tahun ni merupakan tahun berhari raya di Batu Pahat. Tahun lepas, kami berhari raya di JB, masa tu hari raya kedua aku sedang bertarung nyawa melahirkan che'wawa. Sekarang dah dekat setahun umur dia kalau ikut tahun islam. Allhamdulliah..
Selepas solat raya dan makan-makan dengan mak ayah di Larkin, kami bergegas ke BP. Konvoi bersama dengan family husband..


OOOOO...balik kampung..oooo..balik kampung...

Dalam perjalanan ke Batu Pahat, atas Highway...



Sempat gak mak senah ni membaca..siap dgn speck lagi..

Adik pun nak gak pakai speck ibu..