Isnin, Mei 18

::Award Teacher's Day::

Tag + Award..



Peraturan:
  1. Name your school?...form 1-3, and form 4-5...

  2. Masa-masa terindah di sekolah..

  3. Senarai Cikgu-cikgu yang paling di gemari...

  4. Cikgu paling garang dan paling lemah lembut?..

  5. Tag and give to 5 of your blogger this award....
Answer:
  1. Scoll of rock- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, JB - form 1-5

  2. Banyak sangat - a) Tiru latihan ledger dari class sebelah sebab takut cikgu account marah..sebabnyer class diorg subject account start dulu... b) Bawak walkman... c) dulu, time balik sekolah lepak2, jalan2 kat CS...suka naik bas awam...

  3. sure la cikgu a) BM- cikgu zaleha merangkap cikgu class time form 5 b) cikgu sains masa form 5-cikgu india nama dia rathi kot(ingat2 lupa laaa)..best!! sebab kalau dia cakap sure kena lap... c) cikgu Rodziah-cikgu perdagangan, sebab dia suka pakai kasut tutp penuh...kadang2 baju biru kasut putih... dan d) cikgu saifuddin- cikgu account.. kitorg selalu failed time ujian account..nampak sangat sengal..tapi time spm lulus juga...heheh

  4. Cikgu paling garang?...surely cikgu dispilin time form 1-form 3- Cikgu JR aka Jamaludin dan cikgu paling lemah lembut- cikgu maznah, yang ajar agama form 3...

  5. Blogger yang di tag.. mommy lyna, norlin, et , sis lin, retna


::Selamat Hari Guru-Peringkat Sekolah::

18-05-2009, Menyambut Hari Guru bersama pelajar-pelajar SMKPJ 2.. 1st time aku disambut dan diarak oleh para pelajar dalam sambutan Hari Guru. Perasaan aku sungguh gembira dan seronok... tapi bila hadiah disampaikan, tetiba rasa macam terharu dan hiba..sebab, walaupun baru 2 bulan menjejak kaki dalam dunia perguruan, masih ada dan ada juga pelajar yang menyedari akan kehadiran aku dalam dunia pelajaran mereka.. terima kasih, pelajar2...
Seawal 7.30am, acara telah dimulakan terlebih dahulu dengan merekod kedatangan pelajar, memandangkan aku adalah guru kelas bagi tingkatan 4.. then, around 7.45am, kami diminta beratur secara berbaris untuk melintas di hadapan ribuan pelajar sesi pagi dan petang dengan paluan kompang dan bunga rampai.. seronok....
Lepas tuh, acara nyanyian negaraku, sekolah dan nyayian hari guru yang sungguh mendalam maksudnya..PK1 telah memberikan mandat hari guru disertai dengan pemotongan kek bersama pengerusi PIBG. Acara makan-makan bermula dengan makanan ditaja sepenuhnya oleh Lind's Catering iaitu "makcik kantin".. sedap, sampai x muat bilik rehat guru..kena joint dengan pelajar2...
Acara guru dan pelajar berlaku sebelum rehat, dengan pertandingan bola jaring yang telah dimenangi oleh pasukan para pelajar..hehehe, (guru2 dah berat badan)..Lepas acara bola jaring dan makan free, aktiviti pelajar bermula.....

Perhimpunan dari jarak atas BLOK A

*Peace* kak mizah, cikgu yang same2 badge aku...

Acara sambutan di kendalikan oleh pasukan beruniform POLIS sekolah


Acara persembahan dari pelajar2, ada live band, zapin, joget india, tarian shuffel dan tarian black dance...

*terima kasih anak-anak atas sambutan yang diberikan, semoga aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mendidikan kalian semua...