Jumaat, November 23

Adam dan Hawa

Drama bersiri Adam dan Hawa dah masuk episod yang ke 52, jadi ada lagi 28 episod cerita drama bersiri ini akan menutup tirai. Tak sabar menunggu cerita ni habis..sebab semakin seronok dengan Adam Mukhriz dan Ain Hawanis yang banyak sangat dugaan percintaan mereka. 

Selepas abis drama ni, ada drama baru akan muncul yang turut diadaptasikan dari novel dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat. Tentu ramai yang pernah mambaca novel Sehangat Asmara kan?... Yea, novel ini akan diadaptasikan ke drama sebanyak 30 episod dan pelakon utamanya yang merangkap sebagai hero adalah Adi Putra sebagai Zainal Arief dan heroinnya tentulah Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa. Turut berlakon adalah Shahz Jaszle sebagai Azman. Drama ini akan ditayangkan pada Januari 2013 di  astro Mustika HD 134 yang mendapat sentuhan penegarah Feroz Khan.

Sinopsis Sehangat Asmara...


Cinta pandang pertama Kamalia Najwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. 

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara...


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali dan kedatangannya dalam hidup Kamilia adalah untukk menuntut Misya, anak comel selama ini yang 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Tetapi anehnya 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah Kamilia membenci lelaki itu?.... Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?... 




* p/s : Susah mencari lelaki yang sanggup menabdikan diri bertahun-tahun hanya kerana cinta dan sayang kepada seorang wanita!!! untungnya wanita itu... 

~ suri rumah ~

Sejak cuti semester ni, aktiviti sebagai suri rumah telah aku ambil alih dari mak aku. Tugasan menjaga anak-anak aku yang bertiga kembali jatuh ke dalam genggaman aku. Hah..bila dah jadi suri rumah ni, memang hebat la tekanan anak-anak... maklumla, ibunya memang kuat membebel..pantang bersepah, mesti dok terjerit2 panggil anak-anak.. dan yg jadi mangsa, si kakak la..sebab dia kakak.. (boleh gitu)..

Rutin pagi

Seawal jam 6.30 pagi dah bangun solat dan bancuhkan susu anak-anak. Lepas 30 minit baru kejutkan encik suami mandi pi keje. Anak-anak tido lagi.. maka ibu pun turut serta tidur kembali dengan anak-anak lepas en suami pi keje... jam 8.00 pagi anak-anak dah memang sah bangun. Bagi susu lagi untuk mereka sebelum breakfast. Anak-anak akan bangun minum susu sambil tengok cerita upin-ipin sampai habis cerita boboi boy. Lepas tu, baru mandikan diorang dan terus sarapan pagi. Lepas semua selesai, ajar anak-anak membaca khas untuk si kakak, dan si adik wawa  belajar menulis... manakala si kecik iman, bagi je tengok buku2 kecik... tengok2 gambar..dan kalau dia dah bosan, baru bagi main tab. Jam 11.00 pagi, mesti tidokan si iman.. kalau x memang mengamuk dia.... dan memang dah rutin dia tido sampai solat zohor baru bangun.

Rutin tengahari

Biasala dah tengahari mesti la makan kan...  jadi sebelum zohor, makan pastuh aktiviti bebas untuk kakak dan adik wawa... dan aku?... tunggu dak iman bangun...sambil tuh, baca paper , facebook, blog, dan ..... bila dah lepas zohor  kejutkan si dak iman, bagi dia makan... pastu bebas untuk diorg main...tp dalam rumah jek....

Rutin petang

Before solat asar, dah suruh anak-anak mandi untuk ke kelas mengaji  dengan ustaz di masjid. Siapkan mereka. Lepas asar, anak-anak pi ngaji dan belajar solat dengan ustaz. Dalam jam 6.00 petang diorang balik dan beri diorang main-main dekat halaman kalau tak hujan... main la basikal ke...lari2 ke..pondok2 ke.. jam 6.45 petang siapkan diorang untuk makan malam...

Rutin malam

Solat maghrib dengan anak-anak.. kalau ustaz x da,aku la kena ajar anak-anak mengaji.. lepas solat maghrib, bagi anak-anak main sekejap sebelum masuk tido jam 8.00 malam. Tidurkan anak-anak... baru la lega sikit dapat rehat dan tengok masterchef  dan citer Adam dan Hawa... lepas citer kegemaran abis, baru la makan dengan en suami..kadang-kadang, datimg kat luar dengan en suami... jam 12.30 malam baru lik..kadang2 kami berdua sempat dating sampai jam 2 pagi je..

  

    

* p/s : tinggal lagi beberapa hari sahaja aku jadi suri rumah... lepas ni dah kena habiskan kuliah sampai bulan mei before disahkan sebagai seorang pendidik... insyallah!