Rutin pagi
Seawal jam 6.30 pagi dah bangun solat dan bancuhkan susu anak-anak. Lepas 30 minit baru kejutkan encik suami mandi pi keje. Anak-anak tido lagi.. maka ibu pun turut serta tidur kembali dengan anak-anak lepas en suami pi keje... jam 8.00 pagi anak-anak dah memang sah bangun. Bagi susu lagi untuk mereka sebelum breakfast. Anak-anak akan bangun minum susu sambil tengok cerita upin-ipin sampai habis cerita boboi boy. Lepas tu, baru mandikan diorang dan terus sarapan pagi. Lepas semua selesai, ajar anak-anak membaca khas untuk si kakak, dan si adik wawa belajar menulis... manakala si kecik iman, bagi je tengok buku2 kecik... tengok2 gambar..dan kalau dia dah bosan, baru bagi main tab. Jam 11.00 pagi, mesti tidokan si iman.. kalau x memang mengamuk dia.... dan memang dah rutin dia tido sampai solat zohor baru bangun.
Rutin tengahari
Biasala dah tengahari mesti la makan kan... jadi sebelum zohor, makan pastuh aktiviti bebas untuk kakak dan adik wawa... dan aku?... tunggu dak iman bangun...sambil tuh, baca paper , facebook, blog, dan ..... bila dah lepas zohor kejutkan si dak iman, bagi dia makan... pastu bebas untuk diorg main...tp dalam rumah jek....
Rutin petang
Before solat asar, dah suruh anak-anak mandi untuk ke kelas mengaji dengan ustaz di masjid. Siapkan mereka. Lepas asar, anak-anak pi ngaji dan belajar solat dengan ustaz. Dalam jam 6.00 petang diorang balik dan beri diorang main-main dekat halaman kalau tak hujan... main la basikal ke...lari2 ke..pondok2 ke.. jam 6.45 petang siapkan diorang untuk makan malam...
Rutin malam
Solat maghrib dengan anak-anak.. kalau ustaz x da,aku la kena ajar anak-anak mengaji.. lepas solat maghrib, bagi anak-anak main sekejap sebelum masuk tido jam 8.00 malam. Tidurkan anak-anak... baru la lega sikit dapat rehat dan tengok masterchef dan citer Adam dan Hawa... lepas citer kegemaran abis, baru la makan dengan en suami..kadang-kadang, datimg kat luar dengan en suami... jam 12.30 malam baru lik..kadang2 kami berdua sempat dating sampai jam 2 pagi je..
* p/s : tinggal lagi beberapa hari sahaja aku jadi suri rumah... lepas ni dah kena habiskan kuliah sampai bulan mei before disahkan sebagai seorang pendidik... insyallah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan