Khamis, Ogos 14

Semalam...

Sebelum mulakan kerja, kena minum milo dulu, baru badan sihat dah kuat….walaupun before masuk opis tadi dah breakfast, tapi minum milo tetap diutamakan..aku x tau la kenapa pregnant kali ni suka sangat minum milo dalam kotak, kalau milo yang dibancuh sendiri aku kurang sangat berminat..

Malam tadi, baby aktif sangat dalam perut sampai pukul 1.30am pun still berpusing2 ligat dalam pewut ibu… sampai satu tahap, kalau dia buat aksi tendang menendang, memang sakit dan kadang2 sampai nampak tapak kaki atau siku dia yang membenjol keluar… dan akhirnya aku pun tido lewat sebab baby Qaseh pun demam, takut nak tido nyenyak sangat, aku nak pastikan suhu badan Qaseh tak naik mendadak.. Sejak kebelakangan nih, Qaseh sering sangat diserang selesema dan demam, aku takut di dijangkiti penyakit tuh kat rumah Tok Ma yang menjaganya…dekat sane lebih kurang macam TASKA ada lebih kurang 5-6 orang Tok Ma Qaseh jaga..maybe lepas 2nd baby ni lahir, aku dah plan dengan husband aku untuk hantar ke tempat lain yang lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja.. kadang2 letih sebab terpaksa hantar Qaseh jauh le UDA, sedangkan rumah aku nun di Pulai Jaya, so makan masa dan kos minyak yang tinggi..kalau dikira2 kan, sehari diperuntukkan RM30 untuk isi minyak, pergi dan balik (kalau dah sebulan?-hampir RM900 diperuntukan hanya untuk MINYAK)
Malam tadi, malas nak masak, so kitorg beli jek tomyam dengan telur dadar, nasik masak kat umah sendiri(kos sekotak nasi dah mencecah RM1.50-save budget skit), banyak juga la aku makan malam tadi..tuh yang baby dalam pewut pun aktif semacam jek sebab dah dapat tenaga… batuk aku semakin kurang, tapi kadang2 kalau terbatuk amat menyakitkan tulang rusuk aku…