Khamis, Ogos 21

Perbandingan..

Kadang-kadang aku tension bila orang2 bertanya sinis sambil berkata:

" apasal perut kecik jek, dah 9 bulan macam baru 5 bulan....x makan ker?...tengok perut si 'polan', besar jek...nanti anak dia pun mesti montel...."
(aku benci dengan pertanyaan macam tuh..sekurang2nya aku sihat dan baby pun sihat)

Itu adalah satu pertanyaan yang kadang2 menyentuh perasaan aku, kalau ikutkan hati memang rasa nak sound direct jek, tapi al maklumlah, manusia kan....yang pasti nanti masa lahir aku x yah la nak push kuat2...dan kalau baby besar sangat, takut nanti kena bedah...kalau dan bedah, nanti dalam pantang susah nak jaga....

*manusia penuh dengan ketidakpuasaan dalam kehidupan, ada je yang x kena pada pandangan mata mereka*

Khamis, Ogos 14

Semalam...

Sebelum mulakan kerja, kena minum milo dulu, baru badan sihat dah kuat….walaupun before masuk opis tadi dah breakfast, tapi minum milo tetap diutamakan..aku x tau la kenapa pregnant kali ni suka sangat minum milo dalam kotak, kalau milo yang dibancuh sendiri aku kurang sangat berminat..

Malam tadi, baby aktif sangat dalam perut sampai pukul 1.30am pun still berpusing2 ligat dalam pewut ibu… sampai satu tahap, kalau dia buat aksi tendang menendang, memang sakit dan kadang2 sampai nampak tapak kaki atau siku dia yang membenjol keluar… dan akhirnya aku pun tido lewat sebab baby Qaseh pun demam, takut nak tido nyenyak sangat, aku nak pastikan suhu badan Qaseh tak naik mendadak.. Sejak kebelakangan nih, Qaseh sering sangat diserang selesema dan demam, aku takut di dijangkiti penyakit tuh kat rumah Tok Ma yang menjaganya…dekat sane lebih kurang macam TASKA ada lebih kurang 5-6 orang Tok Ma Qaseh jaga..maybe lepas 2nd baby ni lahir, aku dah plan dengan husband aku untuk hantar ke tempat lain yang lebih dekat dengan rumah dan tempat kerja.. kadang2 letih sebab terpaksa hantar Qaseh jauh le UDA, sedangkan rumah aku nun di Pulai Jaya, so makan masa dan kos minyak yang tinggi..kalau dikira2 kan, sehari diperuntukkan RM30 untuk isi minyak, pergi dan balik (kalau dah sebulan?-hampir RM900 diperuntukan hanya untuk MINYAK)
Malam tadi, malas nak masak, so kitorg beli jek tomyam dengan telur dadar, nasik masak kat umah sendiri(kos sekotak nasi dah mencecah RM1.50-save budget skit), banyak juga la aku makan malam tadi..tuh yang baby dalam pewut pun aktif semacam jek sebab dah dapat tenaga… batuk aku semakin kurang, tapi kadang2 kalau terbatuk amat menyakitkan tulang rusuk aku…

Rabu, Ogos 13

Ex-ssijb1998

Aku rasa dah dekat 10 tahun meninggalkan alam persekolahan, tapi kenangan zaman persekolahan adalah yang paling mengembirakan... sejak aku tau ada blog untuk ex ssijb nih, baru la dapat banyak info dan berita terbaru tentang budak2 ssijb-1998...
Hahahha, semua dah jadi manusia dah...TAHNIAH untuk korang semua.... dah lama aku x dengar berita dari diorg, tup-tup hantar berita - JEMPUTAN PERKAHWINAN...Tahniah buat A'an dan isteri serta Fakhrul dan isteri....sorry x dapat hadirkan diri...ada hal skit...
Bila ingat2 balik. memang banyak sangat memori di SSI JB, the most popular scool in JB.. balik sekolah lepak2 kat Hutan Bandar..makan ABC..pegi merayap kat City Square...makan ABC dekat JOTIC..hahahah... beshnyer kalau dapat back to scool semula kan?..... teringat pulak masa belajar Account dengan cikgu Saifuddin, siap boleh copyright lagi dengan budak2 kelas sebelah...hahahah...dan teringat pulak Si Aireen dengan Mak Yong yang boleh tertido time kat class....

Friendship

Friendship©

My dearest friend, will you never learn
Will you never learn to trust in our friendship
Will you never understand what friendship is
Are you so very untrusting, so withdrawn that you cannot see what is right in front of you
Can you not see that real friends never turn away
Never abandon the other during times of crisis
Never seek to hurt the other, nor give pain at any time
Friends are those that bond together and stay together
The truest of friends share their inner most secrets the good, bad and ugly that others would not understand
A friend will never judge or make the other feel less than what they truly are
A friend wants only what is best for the other
and always forgives life's little mistakes
Never lessening who and what they are
Never trying to change what cannot be changed
A friend treasures all that is given to them in words, thoughts, feelings and expressions of the heart
Only one that cares will listen to your deepest thoughts
only a friend will hold these things to their heart and know that they are special because they are from you
These things and oh so much more are what the truest, purest form of friendship are about
A friend will give strength in your weakest moments
be your rock and strongest ally never waning
A friend will be there for you in this time and space and even into the after world
So dearest friend, treasure what you have never take it for granted, never assume
never be anything but what you are - a friendspecial because you are who you are.

Isnin, Ogos 11

Serangan...

This week serangan batuk aku dah hampir 2 minggu tak baik2 dan kemuncaknya, semalam petang semasa aku batuk, muscle aku telah terkedu dan menyebabkan aku mengalirkan air mata kesakitan (selamat ada husband aku tolong papahkan)..aku x pasti kenapa tiba2 muscle aku berbunyi seperti tulang patah, dan akibatnya aku dada aku telah membengkak dan menyebabkan aku pergi ke klinik untuk check up. Ingatkan nak pegi gyne, tapi malangnya dah pukul 6pm, so terpaksa pegi klinik biasa yang penuh dengan manusia yang beratur tunggu giliran..aku dapat masuk selepas 1/2 jam menunggu...ADUHHHH.....Dr.Khalid cakap, maybe sebab muscle aku telah membengkak disebabkan batukan yang hampir 2 minggu x baik. Dia nak suruh aku pg x-ray kalau dalam seminggu x ok gak, takut tulang rusuk aku ada retakkan...si Dr just bagi ubat batu, ubat demam dan ubat antibiotik...
Dalam klinik tuh, aku call lah mak aku, hahaha...kena marah sebab lalai sangat. Lastly kena balik Larkin gak..dan kesimpulannya, malam aku dipaksa untuk pegi urut...dah lepas maghrib, baru pergi urut dan seluruh badan dan perut aku kena urut...mak cik urut cakap, baby aku kepala dah turun sebab asyik sangat batuk dan disebabkan batuk itu juga menyebabkan baby aku terselit kat bawah ... (hah, amik kau kena sengkak-aduh, sakitnya)...
Sampai umah Pulai Jaya, terus aku tido sepuas2nya...tup2 baby Qaseh bangun nak susu....so terpaksa bangun. Husband aku pulak, dah kena demam...so memang dia langsung x boleh bangun....

Khamis, Ogos 7

My New Baby



Ni la gambaran scan my baby...
Pejam celik je tinggal lagi lebih kurang sebulan 16 hari lagi my baby nak jengah dunia.. nama pun still x prepare lagi... hmmm.. nampak gaya kalau bersalin dah nak dekat bulan raya nih, terpaksa la berpatang makan ketupat.. (fav tuh..sedihnya) sekarang aku dgn husband tengah busy prepare barang untuk my new baby.. Qaseh pulak sekarang asyik sangat merenggek, dan selalu sangat nak bermanja dengan aku. Kalau malam, confirm nak tido dekat aku, dekat dengan perut aku.. (kalau boleh nak landing atas perut ibu)

Selasa, Ogos 5

Hadiah Hari Lahir

Gambaran kotak jek..
PSP yang dah di installed dengan game Winning Eleven
Walaupun birthday husband aku dah berlalu hampir sebulan yang lepas, tapi baru sekarang present aku bg kat dia (tuh pun lepas husband aku balik dari Cherating) .. Act aku x tau nak bagi dia hadiah ape, pada awalnya ingat nak bagi PS3, tapi memandangkan husabandaku selalu pegi function, so better aku bagi yang portable (aku pun leh tumpang sekaki) ... kalau diikutkan, PSP nih pun aku beli murah laa jika nak dibandingkan dengan harga asal .. heheheh, lepas dapat je PSP, terus husband aku download game... aku memang la x tau game ape yang dia suka... yang pasti aku nak download game cartoon ...

*sorry bebanyak abang, lambat bagi.....

Isnin, Ogos 4

Jenjalan Lagi..

Pada aku, setiap hari Sabtu adalah hari jalan2...mane x nyer, balik je kerje jam 1.30pm kitorg terus pegi jalan2 kat TESCO baru bukak dekat Plentong..hmm, seperti biasa kitorg pergi berempat...mak,adinda,Qaseh dan aku...ayahnda aku ada hal kat Masjid..ada Datuk Bandar nak datang untuk beri sponser untuk masjid...husband aku pulak dah ke Cherating, esok baru balik....hmm, plan asal nak balik kg..tapi last minit ayahnda x nak pegi pulak. so kitorg pg laa jenjalan...kat TESCO dapat la aku belikan mak dengan adinda baju kat FIRST LADY BUTIK.... (bukan selalu dapat belanja diorg) .. Memandangkan kitorg nih kaki jenjalan gak, kitorg dapat la bandingkan harga barangan antara satu supermarket dengan supermarket yg lain..dan kesimpulannya, kebanyakkan barangan dapur kat TESCO adalah sangat mahal, just a few thing jek yg murah, lastly kitorg amik keputusan untuk beli barang2 kat GIANT je... lebih murah dan lebih jimat.... Masa kat TESCO sempat gak la aku belikan baju untuk Qaseh...sungguh aku gile tengok baju2 baby nih...wah, cantik sangat..

time nih kat TESCO-still ceria lagi...

ni pulak kat GIANT-kepenatan (terpaksa letak dalam troli, sebab dah masuk GIANT baru Qaseh tido)

Malam Minggu

Malam minggu last week, aku telah diajak oleh husband aku untuk tido di rumah abah..so balik kerje terus packing barang..before tuh singgah kat umah ayah jap..makan2 rambutan, borak2 then lepas maghrib aku sefamily pegi Jusco Tebrau City, saje jenjalan nak pi cari susu Qaseh..then around 10pm terus pegi umah abah..Qaseh pun dah tido awal...aku dengan husband amik kesempatan nak pegi pasar borong kejap, nak pg cari CD Karaoke untuk function husband aku kat Cherating sok pagi..hmmm, sebelum tuh pi melantak jap kat kedai mak lang kat Kg. Melayu..dalam kul 12am baru le pegi pasar borong tuh...fuhhyoo...ramai lagi rupanya umat2 manusia yang keluar waktu nih...kat pasar borong nih pulak, meriah sakan..macam uptown gak laa kot...macam2 ada jual, ingatkan jual barang2 basah/kering, tapi baju2 pun ada gak jual...
Lama gak la kitorg kat kedai tuh, dekat sejam juga...tunggu pilih CD dah bape lama...then tunggu diorg amik CD lagi dah 1/2 jam...hmmm, at last around 1 am baru sampai umah...