Ahad, Disember 16

~rancangan kesukaan anak-anak~


Assalamualaikum w.b.t

Hah, musim cuti sekolah ni, aku rasa rata-rata rancangan TV menyiarkan tentang cerita-cerita kartun dan lebih berfokus kepada kanak-kanak. Maka, bagi anak-anakaku pula, sepanjang minggu mereka dok dirumah, memang dah hafal dan tahu apa rancangan favorite mereka. Untuk anak-anak aku perempuan ni yang semakin membesar, maka harus la menonton cerita-cerita kegadisan dan keperempuanan mereka seperti Cinderella dan Barbie. Kalau mereka berdua dah bangun tidur, maka  remote tv memang dikuasai mereka. 

Sewaktu mereka menonton rancangan fav mereka, aku pun turut joint sekali menonton, dan kadangkala aku juga terhibur juga. Bagi anak lelaki aku pulak, memang peminat tegar boiboy boy dengan upin dan ipin. Selamat la cerita tuh x bertindih. Biasanya siaran yang jadi kegemaran mereka adalah 611 hingga 618. 

Kadang-kadang mereka ni leka dengan rancangan tv ni sampai nak ajak makan pun susah. Dan pastinya aku yang akan bertindak menutup tv terlebih dahulu untuk suruh mereka makan. Kadang kala bergaduh dengan mereka nak menonton rancangan aku. tp mereka lagi berkuasa. Kalau aku dapat remote pun bila si kecik tidur dan kalau diberi tab untuk mereka leka bermain games. 

Ada satu lagi cara nak soh mereka supaya x selalu menonton tv, iaitu dengan cara melakukan aktiviti bersama mereka. Contohnya, aku akan sama2 buat layang-layang2 bersama mereka, hahaha..hanya layang-layang kertas surat khabar dengan benang.. heheh, hanya boleh terbang bila ditarik bersama tali dan berlari2..kesian anak-anak penat berlari sebab nak tengok layang2 terbang!...

Ok,ni adalah antara favorite cartoon untuk anak2 pompuan aku termasukla si kecik Iman ni...

a) The Adventures of Disney Fairies -  mengisahkan tentang cerita dongeng pari-pari yang bernama Tinker Bell. Pari-pari ni merupakan seorang yang punky, rebellious, impatient, impulsive, determined, persistent, temperamental. Beliau mempunyai bakat untuk melakukan kerja-kerja menukang. Pelbagai perkara yang berlaku semasa pengembaraan Thinker Bell sebagai ahli  tukang.

Thinker Bell dilahirkan dari ketawa pertama bayi, dan dibawa oleh angin untuk Pixie Hollow (yang merupakan sebahagian daripada pulau Never Land). Dia berbakat untuk menjadi salah seorang pari-pari yang membuat kerja-kerja pertukangan.  

  

b) Doc Mcstuffins - merupakan siri kartun yang mengisahkan tentang seorang gadis berusia enam tahun yang boleh "memperbaiki" mainan, dengan sedikit bantuan daripada rakan-rakan anak patung beliau. Kartun ini adalah mengenai seorang gadis yang berusia enam tahun bernama McStuffins Dottie yang, satu hari nanti, ingin menjadi seorang doktor seperti ibunya. Sebagai seorang kanak-kanak, dia "berpura-pura" menjadi seorang doktor dengan menjadikan mainan dan patung sebagai pesakitnya. Apabila dia meletakkan pada stetoskop beliau, sesuatu yang ajaib berlaku, mainan, anak patung dan haiwan yang lain akan datang dan hidup serta dia boleh berkomunikasi dengan mereka. Dengan sedikit bantuan daripada rakan-rakan Stuffy, Hallie, Lambie dan Chilly, Doc membantu mainan "berasa lebih baik" dengan memberikan mereka pemeriksaan. 

Anak-anak aku suka dengan lagu-lagu yang dipermainkan termasuk lagu tema mereka iaitu, " Time for Check-Up"  dan lagu "I Feel Better" . Tapi yang paling aku suka sebab cerita ni akan menyelitkan serba sedikit nasihat kepada penonton tentang kesihatan.

 

c) Oggy and Cockroaches - merupakan cerita yang mengisahkan seekor kucing gemuk yang bernama Oggy dan sepupunya Jacky. Selain itu juga, dalam rumah tersebut tinggal juga 3 ekor lipas yang bernama Joey - berbadan merah jambu, berkepala ungu dengan mata merah jambu kanan dan mata kiri kuning, adalah ketua lipas2 bertiga ni, Dee-Dee - seekor lipas yang sentiasa lapar, berbadan biru, berkepala oren dengan mata hijau. Marky - berwarna kelabu, kepala hijau dengan mata merah jambu, dia adalah lipas yang tertinggi antara ketiga-tiga lipas iniPelbagai aksi yang melucukan antara mereka ni, ada je yang mereka lakukan. Aku pun suka juga tengok kartun ni. Enjoy....  

  



*p/s : sebenarnya banyak lagi rancangan tv kanak-kanak yang amat bersesuaian ditonton, dan digemari oleh anak-anak seperti Dora the Explorer, Mickey Mouse Clubhouse, Hi 5 untuk proses pembelajaran anak-anak.

:: Iqra' ::


Assalamualikum w.b.t, salam hari minggu.

Dulu, masa zaman aku tahun 80 an, aku telah dihantar mengaji oleh mak ngan ayah di rumah seorang cikgu agama, Cikgu Hindun namanya. Memang seorang cikgu yang tegas dan garang. Setiap kali belajar ngaji dengannya, rotan pasti ada disebelahnya, kalau kami x dapat baca dengan lancanr, w/p x da rotan, tetapi pandangan dan suaranya yang nyaring tuh buat kami semua takut. 

Dulu, zaman aku ngaji hanya berbekalkan muqqadam dan kalau dah lepas baca muqqadam baru la kami dibenarkan naik membaca dengan menggunakan al-Quran. Dulu mak ayah aku start hantar aku ngaji ketika umur 6 tahun, dan berjaya khatam al-Quran sebelum umur 12 tahun. Dan kenangan paling x leh lupa, majlis khatam al-Quran yang boleh dikatakan seronok sebab mak buat pulut kuning, dan aku dan rakan2 akan sama2 baca ayat2 untuk khatam... seronok...

 


Dulu muqqadam ni la yang aku gunakan untuk mengenal huruf2 jawi... (teringat zaman kanak-kanak)...


Tapi zaman anak aku sekarang, dahx guna lagi kaedah mengeja alif, ba, ta.. tapi menggunakan kaedah IQRA' yang lebih kepada bacaan suku kata... mereka x diajar mengeja huruf-huruf hijjahiyah..aku dah mula hantar anak-anak aku berdua mengaji sejak umur si kakak 4 tahun dan si adik wawa umur 3 tahun. Si adik beriya2 nak ikut si kakak ngaji..jadi terpaksa la hantar dia juga, tp allhamdulillah, si adik berjaya menghabiskan iqra 1 dan sekarang dah masuk iqra 2.. kakak pula dah abis iqra dalam usianya ke 5 tahun. Sekarang kakak sedang baca muqqadam iaitu membaca surah2 dalam al-Quran.

Anak-anak aku berdua ni dihantar mengaji di rumah seorang bilal, anak-anak buah aku yang berempat pun sama2 mengaji dengan ustaz ni... allhamdulillah, ada peningkatan. Selepas habis mengaji, mereka akan di ajar sembahayang, cara-cara sembahyang, surah2 dalam sembahyang. 


Sejarah Iqra'

Pengasas kaedah Iqra ' ini adalah al-Sultan Ustaz Haji As'ad Humam yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran Al-Quran sejak 1950-an dan memperkenalkan kaedah ini selepas beberapa tahun dalam penyelidikan. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terdahulu. Pada peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-quran ,kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samaada di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati dan tasydid.

Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta

Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.



Kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah yang disusun sebagai satu usaha mengadaptasi atau mengubah suai kaedah lama (al-Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar al-Quran dalam waktu yang singkat dan cepat. Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani ini berasal dari Indonesia dan mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah taman kanak-kanak al-Quran di kota Gedo, Jogjakarta. 

Menurut Mohd Alwi et.al (2003), setelah lama menggunakan kaedah al-Baghdadi, Ustaz Hj As’ad kemudiannya beralih pula kepada kaedah Qira’ati selama tiga tahun, namun beliau dapati ianya masih belum dapat memenuhi kepentingan pelajarnya dalam pengajian al-Quran. Selain itu, beliau juga mendapati pihak penyusun Qira’ati itu sendiri kurang memberi sambutan dan tidak berpegang kuat dengan kaedah yang telah mereka susun, lalu beliau mengambil inisiatif menyusun sendiri gagasan yang beliau rangka dengan lebih baik dan sempurna lagi iaitu kaedah Iqra’. Kaedah ini mula diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1988.

Pada mulanya kaedah Iqra’ ini digunakan dalam Majlis Tadarrus Remaja di Wilayah Yogjakarta dan sekitarnya iaitu pelaksanaan di masjid-masjid dan surau seminggu sekali. Lebih 600 Majlis Tadarrus Remaja berjaya ditubuhkan yang kemudiannya dikembangkan oleh aktivis Tadarrus Remaja melalui usaha membimbing anak-anak pengajian di kelompok masing-masing. Hasilnya, terbukti ramai kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang diajar melalui kaedah Iqra’ ini dapat membaca al-Quran.

Menurut Mohd Alwi et.al (2003), apabila usaha rintis ini telah berjaya membuahkan hasil maka, kaedah Iqra’ ini akhirnya disebar luaskan penggunaannya ke seluruh Indonesia dan berbagai badan dakwah serta badan-badan organisasi Islam yang terdapat di sana telah berjaya mengendalikan kursus kaedah Iqra’ ini. Kejayaan tersebut telah dapat menarik minat negara-negara jiran yang lain seperti Malaysia, Singapura, dan Brunei untuk mengambil manfaat dengan kaedah ini. Bahkan di Malaysia kaedah Iqra’ dijadikan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Begitu juga di Singapura apabila Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut menggunakan kaedah ini di beberapa madrasah dalam pendidikan agama di sana. Begitulah juga keadaannya di Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Filipina dan Thailand yang telah turut mengadakan rintis penggunaan kaedah Iqra’ ini di negara masing-masing.

Seterusnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menguatkuasakan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah-sekolah rendah supaya menggunakan kaedah Iqra’ bermula pada sesi persekolahan 1995 yang lalu. Murid-murid tahun satu dikehendaki mengikuti kelas kemahiran al-Quran selama enam bulan pertama penggal persekolahan yang pertama. Selain itu, Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Persekutuan (MAKDIS) pula telah berusaha menerbitkan modul pengajaran Iqra’ untuk dijadikan panduan guru-guru bagi menjalankan kaedah ini di sekolah masing-masing.

Buku-buku Iqra’ disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Ianya telah disusun dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan murid menguasai asas kemahiran seperti mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan menulis serta diselitkan juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid sepanjang enam bulan pertama persekolahan mereka.

Kaedah Iqra’ ini dikenal pasti juga sebagai kaedah yang dapat membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik melalui 3 peringkat iaitu 
1) Peringkat mengenal huruf, 
2) Peringkat mengenal baris dan, 
3) Peringkat membunyikan baris (Mohd Alwi 2003).


*p/s : semoga anak-anakku, Qaseh Dhia Faqihah, Qaseh Zahra Zafirah dan Iman Fahry menjadi anak yang soleh dan solehah serta terang hati untuk menuntut ilmu duniawa dan akhirat!