Assalamualikum w.b.t, salam hari minggu.
Dulu, masa zaman aku tahun 80 an, aku telah dihantar mengaji oleh mak ngan ayah di rumah seorang cikgu agama, Cikgu Hindun namanya. Memang seorang cikgu yang tegas dan garang. Setiap kali belajar ngaji dengannya, rotan pasti ada disebelahnya, kalau kami x dapat baca dengan lancanr, w/p x da rotan, tetapi pandangan dan suaranya yang nyaring tuh buat kami semua takut.
Dulu, zaman aku ngaji hanya berbekalkan muqqadam dan kalau dah lepas baca muqqadam baru la kami dibenarkan naik membaca dengan menggunakan al-Quran. Dulu mak ayah aku start hantar aku ngaji ketika umur 6 tahun, dan berjaya khatam al-Quran sebelum umur 12 tahun. Dan kenangan paling x leh lupa, majlis khatam al-Quran yang boleh dikatakan seronok sebab mak buat pulut kuning, dan aku dan rakan2 akan sama2 baca ayat2 untuk khatam... seronok...
Dulu muqqadam ni la yang aku gunakan untuk mengenal huruf2 jawi... (teringat zaman kanak-kanak)...
Tapi zaman anak aku sekarang, dahx guna lagi kaedah mengeja alif, ba, ta.. tapi menggunakan kaedah IQRA' yang lebih kepada bacaan suku kata... mereka x diajar mengeja huruf-huruf hijjahiyah..aku dah mula hantar anak-anak aku berdua mengaji sejak umur si kakak 4 tahun dan si adik wawa umur 3 tahun. Si adik beriya2 nak ikut si kakak ngaji..jadi terpaksa la hantar dia juga, tp allhamdulillah, si adik berjaya menghabiskan iqra 1 dan sekarang dah masuk iqra 2.. kakak pula dah abis iqra dalam usianya ke 5 tahun. Sekarang kakak sedang baca muqqadam iaitu membaca surah2 dalam al-Quran.
Anak-anak aku berdua ni dihantar mengaji di rumah seorang bilal, anak-anak buah aku yang berempat pun sama2 mengaji dengan ustaz ni... allhamdulillah, ada peningkatan. Selepas habis mengaji, mereka akan di ajar sembahayang, cara-cara sembahyang, surah2 dalam sembahyang.
Anak-anak aku berdua ni dihantar mengaji di rumah seorang bilal, anak-anak buah aku yang berempat pun sama2 mengaji dengan ustaz ni... allhamdulillah, ada peningkatan. Selepas habis mengaji, mereka akan di ajar sembahayang, cara-cara sembahyang, surah2 dalam sembahyang.
Sejarah Iqra'
Pengasas kaedah Iqra ' ini adalah al-Sultan Ustaz Haji As'ad Humam yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran Al-Quran sejak 1950-an dan memperkenalkan kaedah ini selepas beberapa tahun dalam penyelidikan. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca
terus tanpa mengeja terdahulu. Pada peringkat permulaan pelajar belajar membaca
al-quran ,kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti
baris satu dan baris dua samaada di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga
tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati dan tasydid.
Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan
latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima
atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa
selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di sekolah.
Kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah
yang disusun sebagai satu usaha mengadaptasi atau mengubah suai kaedah lama
(al-Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar al-Quran dalam waktu yang
singkat dan cepat. Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani
ini berasal dari Indonesia dan mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah
taman kanak-kanak al-Quran di kota Gedo, Jogjakarta.
Menurut Mohd Alwi et.al (2003), setelah lama
menggunakan kaedah al-Baghdadi, Ustaz Hj As’ad kemudiannya beralih pula kepada
kaedah Qira’ati selama tiga tahun, namun beliau dapati ianya masih belum dapat
memenuhi kepentingan pelajarnya dalam pengajian al-Quran. Selain itu, beliau
juga mendapati pihak penyusun Qira’ati itu sendiri kurang memberi sambutan dan
tidak berpegang kuat dengan kaedah yang telah mereka susun, lalu beliau
mengambil inisiatif menyusun sendiri gagasan yang beliau rangka dengan lebih
baik dan sempurna lagi iaitu kaedah Iqra’. Kaedah ini mula diperkenalkan di
Indonesia pada tahun 1988.
Pada mulanya kaedah Iqra’ ini digunakan
dalam Majlis Tadarrus Remaja di Wilayah Yogjakarta dan sekitarnya iaitu
pelaksanaan di masjid-masjid dan surau seminggu sekali. Lebih 600 Majlis
Tadarrus Remaja berjaya ditubuhkan yang kemudiannya dikembangkan oleh aktivis
Tadarrus Remaja melalui usaha membimbing anak-anak pengajian di kelompok
masing-masing. Hasilnya, terbukti ramai kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang
diajar melalui kaedah Iqra’ ini dapat membaca al-Quran.
Menurut Mohd Alwi et.al (2003),
apabila usaha rintis ini telah berjaya membuahkan hasil maka, kaedah Iqra’ ini akhirnya
disebar luaskan penggunaannya ke seluruh Indonesia dan berbagai badan dakwah
serta badan-badan organisasi Islam yang terdapat di sana telah berjaya
mengendalikan kursus kaedah Iqra’ ini. Kejayaan tersebut telah dapat menarik
minat negara-negara jiran yang lain seperti Malaysia, Singapura, dan Brunei
untuk mengambil manfaat dengan kaedah ini. Bahkan di Malaysia kaedah Iqra’
dijadikan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Begitu
juga di Singapura apabila Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut menggunakan
kaedah ini di beberapa madrasah dalam pendidikan agama di sana. Begitulah juga
keadaannya di Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Filipina dan Thailand yang
telah turut mengadakan rintis penggunaan kaedah Iqra’ ini di negara
masing-masing.
Seterusnya pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia juga telah menguatkuasakan pengajaran Tilawah al-Quran di
sekolah-sekolah rendah supaya menggunakan kaedah Iqra’ bermula pada sesi
persekolahan 1995 yang lalu. Murid-murid tahun satu dikehendaki mengikuti kelas
kemahiran al-Quran selama enam bulan pertama penggal persekolahan yang pertama.
Selain itu, Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Persekutuan
(MAKDIS) pula telah berusaha menerbitkan modul pengajaran Iqra’ untuk dijadikan
panduan guru-guru bagi menjalankan kaedah ini di sekolah masing-masing.
Buku-buku Iqra’ disusun untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf hijaiyyah
hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.
Ianya telah disusun dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan murid
menguasai asas kemahiran seperti mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan
menulis serta diselitkan juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid
sepanjang enam bulan pertama persekolahan mereka.
Kaedah Iqra’ ini dikenal pasti juga sebagai
kaedah yang dapat membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran
membaca al-Quran dengan baik melalui 3 peringkat iaitu
1) Peringkat mengenal
huruf,
2) Peringkat mengenal baris dan,
3) Peringkat membunyikan baris (Mohd
Alwi 2003).
*p/s : semoga anak-anakku, Qaseh Dhia Faqihah, Qaseh Zahra Zafirah dan Iman Fahry menjadi anak yang soleh dan solehah serta terang hati untuk menuntut ilmu duniawa dan akhirat!
*p/s : semoga anak-anakku, Qaseh Dhia Faqihah, Qaseh Zahra Zafirah dan Iman Fahry menjadi anak yang soleh dan solehah serta terang hati untuk menuntut ilmu duniawa dan akhirat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan