Isnin, Mei 18

::Selamat Hari Guru-Peringkat Sekolah::

18-05-2009, Menyambut Hari Guru bersama pelajar-pelajar SMKPJ 2.. 1st time aku disambut dan diarak oleh para pelajar dalam sambutan Hari Guru. Perasaan aku sungguh gembira dan seronok... tapi bila hadiah disampaikan, tetiba rasa macam terharu dan hiba..sebab, walaupun baru 2 bulan menjejak kaki dalam dunia perguruan, masih ada dan ada juga pelajar yang menyedari akan kehadiran aku dalam dunia pelajaran mereka.. terima kasih, pelajar2...
Seawal 7.30am, acara telah dimulakan terlebih dahulu dengan merekod kedatangan pelajar, memandangkan aku adalah guru kelas bagi tingkatan 4.. then, around 7.45am, kami diminta beratur secara berbaris untuk melintas di hadapan ribuan pelajar sesi pagi dan petang dengan paluan kompang dan bunga rampai.. seronok....
Lepas tuh, acara nyanyian negaraku, sekolah dan nyayian hari guru yang sungguh mendalam maksudnya..PK1 telah memberikan mandat hari guru disertai dengan pemotongan kek bersama pengerusi PIBG. Acara makan-makan bermula dengan makanan ditaja sepenuhnya oleh Lind's Catering iaitu "makcik kantin".. sedap, sampai x muat bilik rehat guru..kena joint dengan pelajar2...
Acara guru dan pelajar berlaku sebelum rehat, dengan pertandingan bola jaring yang telah dimenangi oleh pasukan para pelajar..hehehe, (guru2 dah berat badan)..Lepas acara bola jaring dan makan free, aktiviti pelajar bermula.....

Perhimpunan dari jarak atas BLOK A

*Peace* kak mizah, cikgu yang same2 badge aku...

Acara sambutan di kendalikan oleh pasukan beruniform POLIS sekolah


Acara persembahan dari pelajar2, ada live band, zapin, joget india, tarian shuffel dan tarian black dance...

*terima kasih anak-anak atas sambutan yang diberikan, semoga aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mendidikan kalian semua...


2 ulasan:

naz ilyn berkata...

salam...
jika belum terlambat untuk akak ucapkan selamat hari guru... terlupa pulak sekarang ni sha dah bergelar seorang guru...
boleh akak tanya sikit...??? nape dari dulu sha tidak memilih bidang perguruan..? ishhh banyak tanya pulak... saje jer nak tahu.

Photo Journey & Dapur & Oven berkata...

Selamat hari Guru Echa... Kim salam kt CT ye!!