Jumaat, Mei 31

::menziarahi pusara::

 
 
Hari ni hari Jumaat. Maka ambil keberkatan untuk menziarahi pusara Arwah Cik Amin, sekaligus menemani makcik aku. Kami pergi seawall jam 10.00 pagi selepas segala tugasan dan kerja rumah serta tanggungjawab memandikan anak-anak. Terpaksa meninggalkan anak-anak dirumah sahaja. maklumlah, anak-anak semua baru baik selesema dan batuk.
 
Untuk mengelakkan daripada anak-anak nak ikut, maka terpaksa memasang helah dengan ucu aku untuk memastikan mereka tidak mengikuti kami. Lalu, aku ambil cara dengan mengumpan si Iman Fahry untuk bermain dengan tab. Si kakak-kakak senang sikit nak bercakap. Sudah besar dan mudah fahami apa yang ibunya katakan.

 
 
 
Inilah arwah pakcik aku yang telah memeluk islam sejak aku berusia 10 tahun lagi. Sewaktu usianya 73 tahun, beliau meninggalkan kami dengan perasaan kehilangan kerana pemergiannya tanpa sakit. Sungguh mudah dia pergi. Selepas solat subuh, tidak sampai satu jam solat subuh dan meminta kebenaran untuk berbaring di sofa, tiba-tiba kedengaran tarikan nafas yang kuat sebanyak 2 kali, membuatkan makcikku bergegas mendapatkan pakcikku..dan hanya kepadaMu hambaMu pulang menemuiMU... tanpa sebarang pesanan......
 
Sekarang hampir 4 bulan pemergianmu..namun masih terasa kehilangan. Budi, jasa dan kasih sayangmu tidak pernah aku, adik-adik dan keluarga lupakan... Semoga Roh Mohd Amin Tan bin Abdullah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman....
 
p/s : Semoga makcikku tabah dan sabar menghadapi dan menjalani kehidupan tanpa pakcik disisi.... hidup perlu diteruskan.....
 

Tiada ulasan: