Sabtu, September 28

::JDT - Luaskan Kuasamu Oh Johorku::

Asalamualaikum wbt...

Tahniah untuk pasukan JDT pada perlawanan suku akhir 1. Walaupun masih belum kukuh, tapi pada aku 2 bekalan yang dibawa serba sedikit dapat menjadi semangat untuk pasukan JDT.

Permainan kali ni nampak sangat bertenaga semua ahli pasukan JDT yang bersungguh-sungguh bermain. Safee Sali yang pada dulu hanya bermain pada minit-minit terakhir permainan smsa bawah arahan Fandi...namun pada arahan baru ni, peranan Safee berbaloi  dengan jaringan. Tak lupa juga gol sepakan Mat Yo, wp masalah isterinya bukan dijadikan sebagai alasan untuk bermain sambil lewa. Kemasukan Nunes dengan tendangan penalti yang sangat cantik... Jasazrin penyumbang gol pertama yang menjadi semangat untuk pasukan JDT...

Insyallah... sokongan kami tak berbelah bagi untuk kalian di Kelantan nanti...

P/s: Tahniah JDT...

Isnin, September 23

::Derhaka Seorang Madu ::

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni episod terakhir Derhaka Seorang Madu, pada awal menonton cerita ini memang dah terlekat di hati.. geram dengan peranan Farahdhiya yang melakonkan watak Rozi, seorang perempuan yang merampas kasih sayang seorang ibu, isteri Hawa dan anak-anak terhadap lelaki yang bernama suami... Si suami hilang kewarasan sepanjang bersama madu yang sangat zalim dan hanyut dalam dunia hasad dengki...

Kalau ikutkan, cerita ni memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.....

Tahniah untuk pengarah dan penulis skrip yang mampu menghasilkan sebuah cerita yang sangat terkesan....

:: hampir bersawang ::

Assalamualaikum w.b.t

Huh, sudah hampir bersawang blog ni. Lama tak berkesempatan untuk update .. Insyallah akan di update lepas ni... 

Khamis, Jun 20

:: jatuh sakit::

Salam dan selamat pagi...

Dah lama rasaya tak berkongsi cerita dalm blog ni. Pelbagai cerita telah dilalui sepanjang 2 minggu lalu. Dipendekkan cerita, anak aku yang sulung telah dimasukkan kedalam wad, angkara si nyamuk durjana.

Kronologi pertama....


2 minggu lepas, hari Isnin bersamaan 10.6.2013, aku dimaklumkan oleh guru kakak yang kakak demam dan sakit perut... jadi masa tu aku memang ingat hanya demam biasa, lg pun kakak dah lama tak demam..maka balik rumah aku hanya beri kakak ubat demam sahaja...lalu kakak pun ok..TETAPI demamnya bukan hanya seketika...rupa2 nya ia berlarutan sehingga hari Khamis 13.4.2013. Demamnya on and off.. Hari Rabu, kakak beriya2 mahu ke sekolah...aku tengok keadaannya ketika itu nampak dah ok, rupa2nya keadaanya x ok..balik sekolah terus tidur sampai petang dan bersambung tidur sampai esok pagi... Aku tak sedap hati... maka, petang Khamis, aku bawa di ke Klinik Gemilang, Larkin Perdana.
 
Seperti biasa, doktor bagi ubat demam dan antibiotik dan berpesan, andai tidak baik juga demam, harus ke Hospital untuk blood test... dan memang tepat jangkaan doktor, Hari Jumaat aku dan suami terus ke HSA untuk amik darah kakak, dan ternyata tekanan darah dan platelet (sel darah beku) atau darah kuning kakak jatuh hingga ke 96.. maka kakak kena datang esok untuk amik darah kali kedua untuk confirmation... jadi selepas balik umah, pelbagai cara aku guna untuk naikkan darah kakak, masak sup ketam..dan mak ngah dia pun ada belikan air jambu batu untuk diminum untuk naikkan platelet darah kakak... namun, keesokkannya pergi kembali ke HSA untuk amik darah, platelet darah kakak menjunam hingga ke 57.. maka seharusnya kena admitted dalam ward....
 
 
keputusan darah kakak hari kedua...
 

kena amik darah... anak ibu tak menangis pun...

keletihan sangat anak ibu lepas amik darah
 
 
ok, akan bersambung entry lain tentang keadaan kakak di ward.
 
p/s : kena alert dengan perkembangan anak-anak, wp mereka nampak sihat... sebenarnya mereka dalam kesakitan... semoga anak-anak ibu dihindari dari segala bencana....




 

Sabtu, Jun 8

:: Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan ::

Salam...

Sebenarnya dah lama tak mengakifkan e-kgsk ni. Semenjak abis belajar 2 minggu lepas, dah bersedia untuk mengaktifkan semula e-kgsk ini untuk memenuhi masa lapang before posting.


Hari Isnin ni, aku nak ke PPD JB untuk kepastian. Harap-harap ada lah tempat untuk aku walaupun hanya sementara.

p/s : Insyallah, semoga dipermudahkan segalanya.

:: maaf, saya belum besar ::


Salam, selamat malam dari kamar tidur anak-anak...

Hari ni si budak kecik bangun hampir matahari dah tegak dikepala. Hampir jam 11 pagi baru terbangun dari tidur. Huhuhu..memang dasar anak bujang... tidurnya semalam sudah kelewatan sehingga jam 12 malam. Ibu pun tak tahu bila si budak kecik ni masuk tidur. Sedar-sedar dah ada sebelah ibu. Memang hebat anak bujang ibu sorang ni... dah pandai berdikari sendiri tanpa perlu di dodoi ... tak per, Iman dah besar!


Kalau tidur, memang tak sah tanpa 'bubu' dia.. memang tak lekang dari gengaman... mesti nak ada 'bubu'. Before this, anak-anak perempuan aku yang berdua ni memang x da la istilah bantal busuk laa.. anak patung laaa.... tapi pelik, si budak kecik bujang ni pulak yang dok beriya dengan 'bubu' dia. Kemana la dia pergi, 'bubu' memang tak boleh tinggal.. waima nak pergi makan roti canai pun mesti bawa 'bubu'. Hish.. dah tu, 'bubu' yan diusung kehulu kehilir tu adalah kepunyaan kakak Long dia...hadiah hari jadi... sudahnya, jadi 'harta karun' yang sangat bernilai buat si budak kecik ni. Memang haru kalau tak bawa 'bubu' dia.

Tadi, 'bubu' kena mandi... Wangi la sikit ibu nak cium2.... kalau ibu nak basuh 'bubu' , kena dipastikan si budak kecik ni ada disampingnya semasa proses mencuci dijalankan.. ya la, takut 'bubu' dia kena buang dengan ibu....... tadi si budak kecik ni yang jemur 'bubu'nya... takut ayah dengki amik 'bubu' dia...

Sayang 'bubu'

Ni la gaya si budak kecik tidur dengan 'bubu' dia... :-). Walaupun tahun ni berumur 3 tahun (2 Nov 2010), tapi gaya masih lagi baby ... sangat manja... lepas mandi ibu mesti nak kena cium dulu.. :-) .. nampaknya anak ibu masih belum cukup besar... sebab masih tidur dengan 'bubu'...

Sekarang dah pandai bercakap... hanya kakak, adik wawa dan ibu yang faham apa budak kecik ni cakap.. dah pandai nak menulis dan mewarna... (sebab boleh kacau kakak dan adik conteng2 buku) sebab tu budak kecik ni suka....
 
Perhatikan di situ, budak kecik itu mengacau proses P&P yang sedang ibu jalankan..


p/s : semoga menjadi anak yang soleh yang bakal mendoakan ibu dan ayah dia akhirat kelak. Semoga anak ibu Iman Fahry menjadi anak yang terang hati, beriman, berilmu dan soleh! Amin..
 

Selasa, Jun 4

:: Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas - DPLI Preschool ::


Salam dan selamat petang...

Hujan membasahi bumi JB. Aku ketika hujan masih berada di TESCO Seri Alam. Menghabiskan masa shopping bersama anak-anak, al-maklum, sejak bergelar suri rumah sejak 10 hari selepas menamatkan kuliah di MPIK membuatkan aku rasa tidak tahu apa perlu dilakukan berada dirumah lama-lama bersama 3 orang anak-anak ni.

Hari ni masuk 10 hari sejak 23 Mei 2013 yang lepas tempoh pengajian aku tamat di maktab. Maka, rasa kerinduan dengan rakan-rakan gelak ketawa ketika kuliah, makan, bercerita, bergossip, menangis, dan membuat aktiviti bersama-sama. Aku sangat-sangat merindui saat-saat bergelar pelajar. Bersama pensyarah-pensyarah yang sangat sporting, baik hati dan tidak jemu menasihati kami yang memang dah tua bangka... yalah, rata-rata rakan-rakan aku berumur melepasi 25 tahun hingga 35 tahun..jadi dah boleh tua jugala jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar PISMP yang sangat muda belia...  Memandangkan kami ni semua dah berumur, maka perangai semua berbeza2.. ada yang ada anak 1, 2, 3 dan ada yang bujang lagi... maka banyaklah perangai yang kena difahami..tapi semua itu sangat membuatkan aku rindu sangat-sangat kat korang....
 
 
Korang semua memang istimewa... hanya kita-kita aje yang tahu keistimewaan kita bila diterima masuk dalam kelompok PENDIDIK. Dari awal kemasukan yang sangat aku dan korang tak jangka, iaitu Prasekolah, tetapi akhirnya Prasekolah itu lah yang sekarang menjadi kegemaran kite semua. Masing-masih dan jatuh cinta dengan PRASEKOLAH. Biarlah orang kata Prasekolah itu umpama kerja enteng kerana mengajar anak-anak kecik... biarlah orang kata mengajar Prasekolah tak glamour ... biarlah masa Hari Guru kita tak dapat hadiah banyak dr kanak-kanak Prasekolah.. tetapi sesungguhnya kanak-kanak Prasekolah lah yang paling sukar untuk dididik. Perlu mengajar menulis, mengajar mengenal A B C, belajar membaca dengan lancar.. belajar cara nak pergi toilet.. belajar macamane nak makan dengan tertib.. semua itu bermula dari Guru-guru Prasekolah yang perlu mencorak mereka.
 
Insyallah, Geng Prasekolah DPLI ni akan menjadi istimewa juga dalam kalangan anak-anak kita.. buktikan Guru Prasekolah itu adalah tunjang utama untuk kanak-kanak mengenal apa tu SEKOLAH!!
 
p/s : semoga ikatan persahabatan dan perkenalan kita Geng Prasekolah tidak hilang begitu sahaja.. medium yang kita wujudkan di alam maya insyallah mampu menjadi penghubung perhubungan kita. Doaku untuk kalian, SEMOGA KITA MENJADI PENDIDIK YANG IKHLAS DAN CEMERLANG SERTA ORGANIK!
 

Isnin, Jun 3

:: Jakel & Ariani ::

Salam dan selamat petang..





Hari ni adalah hari ber window shopping je ya. Memang menyeronokkan!..  Lepas ke bank untuk urusan memasukkan wang di dalam ASB, maka destinasi selepasnya adalah berjalan-jalan sambil membuang RM. Ini adalah salah satu aktiviti menghilangkan stress dok rumah bersama anak-anak. Ingatkan dengan berjalan boleh la hilang stress, tetapi jangkaan jauh meleset. Anak-anak lagi buas didalam kedai JAKEL tu. Memang under control dengan budak-budak ni. Dah umpama seperti di padang permainan dibuatnya. Berlari... bergolek.. mencelah dalam celahan kain-kain... itu adalah kerja budak kecik Iman.... memang sukar dikawal pergerakan dan kelincahan budak kecik....
 
Last2, dapat la juga beli 2 pasang baju yang tak seberapa. Cukupla sekadar dua.. ni pun tak tahu sape yang boleh disuruh unuk menjahit...

Selepas ke Jakel, perlula singgah ke Ariani yang hanya bersebelahan je... maka tidak harus di tinggalkan...tetapi wajib dikunjungi.... wow! memang cantik koleksi tudung-tudung Ariani ni... huhuh... akhirnya grab juga la sehelai dua... untuk menggembirakan hati sendiri...

Jumaat, Mei 31

:: ~ kaki saya sudah patah ~ ::



Salam dan selamat malam....


Minggu lepas, hari Ahad, kaki saya elok je.. semua cukup sifat dari  kepala hinggalah ke kaki.. tapi sekarang tidak lagi.. belum sampai Ahad minggu depan, kaki saya dah patah... huhuhu.. sakitnya saya...

Ini semua budak kecik punya pasal... abis kaki Otomen dipatahkan... siap cakap "Ibu, patah..." si budak kecik berkata-kata tanpa ada perasaan bersalah.

Otomen ni sebenarnya otomen kali yang ke 3 telah dibeli, namun si budak kecik ini meronta-ronta menangis tak nak balik dari pasar malam sebab mahukan makhluk ULTRAMAN ini.. sangat tak adil kalau aku tinggalkan si budak kecik ni meraung-raung kat tengah-tengah orang ramai yang sedang membeli juadah di pasar malam. Maka dengan hati yang panas dan membara, ku relakan jua membelinya demi memuaskan nafsu si budak kecik ni. Rasa nak cium-cium je budak kecik ni.. tapi apakan daya, naluri perikemanusiaan amat menebal dalam jiwa keibuan aku ni... dan..Nah... ni dia otomen si budak kecik ni... tak sampai seminggu membelinya.. si budak kecik ni dah berjaya mematahkan kaki otomen ini... lepas ni mungkin tangan, kepala dan badan bercerai terus entah kemana... memang bertuah budak kecik IMAN FAHRY ini...


kelihatan budak kecik ni sangat gembira apabila berjaya mematahkan kaki ULTRAMAN!!
 
 
p/s : budak kecik Iman Fahry memang sangat bertuah... rasa cam nak picit-picit je wahai anakku..

~:: kurusnya saya ::~

 
Inilah aku. Berumur 32 tahun pada bulan Julai ni. Dah ada anak 3. Tapi yang sangat merisaukan aku adalah tahap kegemukan aku yang semakin menurun. Huhuhu... aku sangat kurus ok... korang tengok gambar itu.. jelas melihatkan bahawa aku sangat kurus... saiz baju pun M, kadang tu pun besar juga... tak sampai hati nak beli baju saiz S.. kang Nampak sangat kecutnya aku pada pandangan mata kasar dan mata halus orang. Maka adalah elok aku membeli baju bersaiz M.
 
Aku sangat kurus. Susah sangat nak mencapai berat badan yang unggul dan ideal macam budak sebelah aku ni... sangat gebu.. sedap dan seronoknya kalau berlaga2 pipi dengan dia yang sememangnya mempunyai isi yang pejal...
 
Paling berat pernah aku alami adalah 58 kg. Fuhh memang bangga time tu sebab dapat berat badan yang begitu.. TETAPI itu hanya la saat aku mengandung je... huhuh... memang lepas tuh tak dapat lah jack nak dapat berat badan macam tu lagi... kalau nak pun..kena la mengandung untuk kali ke 4..  TETAPI aku masih tak bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.. cukuplah aku, en suami, si kakak, si wawa dan si budak kecik Iman. Tak larat rasanya nak menunggu anak-anak membesar.. letih... :-)
 
 
 
p/s : untuk budak sebelah, Fiza memang adik yang terbaik... :-) dan semestinya adik yang sangat cool dan havoc.... i will miss u Hafizah Yusof... 

:: sukarnya dan susahnya ::


Hish, waktu dah hampir nak menginjak ke petang. Kenapa budak kecik ni susah sangat nak TIDUR?... Pelbagai cara nak suruh dia tidur... nak kata belum makan, aku dah suap makan nasi lauk ikan pari masak asam pedas.. nak kata tak bagi susu, aku rasa hari ni je dah lebih 5 botol susu aku beri.. tapi masih tak tidur-tidur juga...

Sebelum ni, tok mak dgn tok ayah kata, budak kecik ni senang je nak tidur.. tidak perlu paksa2 suruh dia pi tidur...dia akan tidur dengan sedirinya... tapi....kenapa?... lepas je aku amik alih tugasan menjaga si budak kecik ni 24 hours dia susah nak tidur...asyik nak main je... huhuhu.... sangat sukar dan susah nak bawa dia tidur.. last-last ibu dia yg tidur.... huhuhu....

Akhirnya budak kecik ni tidur jua...setelah letih bermain di waktu pagi...
 
 
Info tentang tidur bagi kanak-kanak
 
Kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa. Ini membolehkan agar otak dan sel kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dan sempurna. Menurut sumber Wikipedia , kanak-kanak yang baru lahir memerlukan sebanyak 18 jam masa untuk tidur. Manakalan kanak-kanak berusia 1 hingga 12 bulan memerlukan tidur sebanyak 14-18 jam. Bagi kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan tidur selama 12-15 jam sehari. Dan bagi kanak-kanak 3-5 tahun selama 11-13 jam sehari untuk tidur yang cukup. Manakala bagi kanak-kanak berusia 5- 12 tahun selama 9- 11 jam sehari.
 
Maka, memandangkan umur si budak kecik Iman ni dah nak masuk 3 tahun, maka dia memerlukan tidur selama 11-13 jam... kalau ikut kiraan, waktu malam dia akan mula tidur pada jam 11 malam dan bangun jam 7 pagi.. maka si budak kecik ni kekurangan 3-5 jam..maka wajiblah budak kecik ni tidur diwaktu petang untuk meningkatkan tahap kecerdasannya.....
 
 

Budak kecik Iman Fahry!


Selepas energy budak kecik dah cas, maka bermain la budak kecik ni dengan kakak2 dan abang2nya... 


Hah!...lagi satu si budak kecik ni memang susah dan sukar sangat nak bagi dia maka ubat... aduh2..memang gawat sangat...kena pegang kaki, tangan dan mulut....kalau aku sorg je yang bagi..memang tak jalan la jawabnya... sampai esok pagi pun belum tentu dia buka mulut... kalau nak bagi makan ubat, mesti berdua...sorang akan pegang dia..dan aku akan picit hidung dia untuk dia telan ubat..huhuh..memang sukar sangat... PENAKUT same macam ayahnya dulu-dulu time kecik2 yang sememangnya tidak gemar dengan ubat sampai le ke tua ni...takut makan ubat....
 
 

:~Encik Tulang~:

 
My mr/mrs Bones



Memandangkan cuti sekolah bermula, maka memang meriah rumah tok mak dan tok ayah dengan kehadiran cucu-cucu. Maka, aku sebagai surirumah.. menjadikan hari mereka lebih bermanfaat. No shopping2, no playing2 kat luar rumah, dok je dalam rumah sampai petang. Cuaca kat luar pun tak elok untuk kanak-kanak. Demam dan batuk pun senang nak menyerang budak-budak sekarang.

Hari ni aktiviti mewarna Mr. Bones. Lepas habis colour, baru boleh paste kat manila card, then tebuk lubang dan masukan benang.


 budak kecik Iman pun sibuk mengacau  
 
Wawa bersama mrs Bones...



Kakak, Yaya dan Harith sibuk mewarna

       
 
 Siap juga mrs/mr Bones kami...


   
 
 
p/s : mood happy je tgk budak2 ni menyiapkan encik tulang!....

 

::menziarahi pusara::

 
 
Hari ni hari Jumaat. Maka ambil keberkatan untuk menziarahi pusara Arwah Cik Amin, sekaligus menemani makcik aku. Kami pergi seawall jam 10.00 pagi selepas segala tugasan dan kerja rumah serta tanggungjawab memandikan anak-anak. Terpaksa meninggalkan anak-anak dirumah sahaja. maklumlah, anak-anak semua baru baik selesema dan batuk.
 
Untuk mengelakkan daripada anak-anak nak ikut, maka terpaksa memasang helah dengan ucu aku untuk memastikan mereka tidak mengikuti kami. Lalu, aku ambil cara dengan mengumpan si Iman Fahry untuk bermain dengan tab. Si kakak-kakak senang sikit nak bercakap. Sudah besar dan mudah fahami apa yang ibunya katakan.

 
 
 
Inilah arwah pakcik aku yang telah memeluk islam sejak aku berusia 10 tahun lagi. Sewaktu usianya 73 tahun, beliau meninggalkan kami dengan perasaan kehilangan kerana pemergiannya tanpa sakit. Sungguh mudah dia pergi. Selepas solat subuh, tidak sampai satu jam solat subuh dan meminta kebenaran untuk berbaring di sofa, tiba-tiba kedengaran tarikan nafas yang kuat sebanyak 2 kali, membuatkan makcikku bergegas mendapatkan pakcikku..dan hanya kepadaMu hambaMu pulang menemuiMU... tanpa sebarang pesanan......
 
Sekarang hampir 4 bulan pemergianmu..namun masih terasa kehilangan. Budi, jasa dan kasih sayangmu tidak pernah aku, adik-adik dan keluarga lupakan... Semoga Roh Mohd Amin Tan bin Abdullah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman....
 
p/s : Semoga makcikku tabah dan sabar menghadapi dan menjalani kehidupan tanpa pakcik disisi.... hidup perlu diteruskan.....
 

Selasa, Mei 28

~masa untuk mengulit kalian~



 
Buat anak-anak ibu bertiga, Qaseh Dhia Faqihah, Qaseh Zaharah Zafirah dan Iman Fahry, kalian tidak perlu risau dan sedih-sedih lagi sebab ibu akan sentiasa berada disisi kalian.. Insyallah...
 
Qaseh Dhia - kakak tidak perlu menangis setiap kali nak hantar ibu ke KL... ibu akan selalu ada disamping kakak. Lepas ni siaplah ibu 'dera' kakak baca buku banyak-banyak....
 
Qaseh Zaharah - adik wawa, ibu akan selalu sapukan ubat pada adik... dan jangan risau, ibu akan selalu buatkan susu adik malam-malam ya...
 
Iman Fahry - lepas ni tidak perlu sorok-sorok nak hantar ibu lagi... dan tidak perlu nangis-nangis bila ibu naik bas... dan yang penting, malam ibu akan tidur sebelah Iman, Kakak dan adik....
 
*doakan ibu berjaya hingga PHD... insyallah... kalian harta terbaik dan terhebat pernah ibu miliki....

Khamis, Mei 23

::Alhamdulillah, 18 bulan sudah berakhir::

 
 

Hari ni, 23 Mei 2013... maka secara rasminya aku sudah bergelar BEKAS pelajar Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
 
Pelbagai dugaan dan cabaran terjadi dalam kehidupan aku sepanjang 18 bulan ulang alik dari JB - KL saban minggu. Ulang alik menemui cinta hati iaitu anak-anak yang ditinggalkan bersama mak dan ayah di JB... kalau ikutkan rasa penat, memang penat dan letih ulang alik dari JB-KL. Habis kelas hari Jumaat dan bergegas ke TB untuk pulang. Kemudian hari Ahad datang kembali ke KL... itu la rutin setiap minggu aku bersama anak-anak.
 
18 bulan bersama kawan-kawan yang sangat sporting dan menjiwai hati dan perasaan sesame kita yang berkorban meninggalkan anak-anak, suami, ibu dan ayah semata-mata ingin menjadi PENDIDIK.
 
18 bulan berkongsi tawa, suka, duka dan riang bersama...
pada awal perkenalan, aku memang aku tidak mengenali sesiapa pun di bumi MPIK...
pendaftaran di MPIK pun seorang diri tanpa ditemani suami, ayah, ibu dan anak-anak..
namun itu bukan alasan.... dan aku berjaya mengharunginya tanpa meraka yg kucintai disisi... mereka hanya mendoakan aku dari jauh...
 
Jika di singkap kembali, aku pada awalnya memang tidak boleh menerima kenyataan yang aku bakal mengikuti Diploma Perguruan dalam bidang Prasekolah...memang sangat tidak masuk akal bagi aku untuk mengajar Prasekolah... perasaan memang berbelah bagi samada mahu ikuti atau tidak.pegajian di MPIK. Berbeza dengan rakan-rakan yang lain yang berjaya ikuti kursus yang memang dalam aliran mereka.....
 
Namun itu semua hanya pada awal sebelum kemasukan aku di MPIK.. selepas diajar dan diterapkan dengan Prasekolah... minat aku sekarang hanya pada Pendidikan Awal Kanak-kanak.. kalau boleh aku tidak mahu mengajar arus perdana...aku memang dah jatuh cinta dengan kanak-kanak Prasekolah... tidak kisah laaa aku tidak dikenali ramai... tidak kisah andai pada Hari Guru aku tidak dapat hadiah yg banyak dari kanak-kanak Prasekolah...tetapi cukuplah hanya dengan kanak-kanak ini Berjaya membaca ABC dan mengira 123....
 
Ini lah kakak yang paling rapat dengan aku di MPIK... Zuraida binti Muhammad adalah antara orang terawal yang aku kenali dan akhirnya hubungan tu kekal jua sehingga 18 bulan di MPIK..dan harap-harap tidak terputus sampai 18 bulan sahaja...
 
 
Dan inilah kawan-kawan DPLI Prasekolah 2013 yang sememangnya sangat akrab umpama sebuah keluarga... umpama kakak, abang dan adik... pensyarah-pensyarah yang boleh kami anggap seperti mak ayah kami dan penjaga kami selama kami berada di MPIK... Terima Kasih semuanya... kenangan bersama kalian tidak sama semasa aku berada di Universiti dan di Matrikulasi... 
 
~ terukir di MPIK~
 
saat kejayaan di tagih di bumi MPIK,
Pengorbanan dan usaha menjadi taruhan kita selama 18 bulan
saat kejayaan dipertaruhkan
konsentrasi menjadi ukuran kita
 
saat kejayaan di impikan
angan-angan menjadi perangsang hati dan jiwa kita
dan saat kejayaan di dambakan
hanya padaNya kita sandarkan segala usaha kita....
 
ketika tiba saat perpisahan
janganlah kalian berduka
sebab apa yang kalian kasihi darinya
akan Nampak lebih nyata dari kejauhan
seperti gunung yang nampak lebih agung
terlihat dari padang dan dataran....
 
 
                                                                                             kenangan geng Prasekolah 2013
 

Khamis, Januari 31

::air mata::


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni tiba-tiba air mata aku gugur lagi... sedih.. kesedihan merangkap kerinduan dengan anak-anak di JB. Maklum la, minggu ni memang aku tidak dapat pulang menjengguk anak-anak. Ada aktiviti menanti Sabtu ni di sekolah. Walaupun kerinduan membuak-buak bagai johan, tapi kewajipan aku pada amanah Allah yang satu ni, dan amanah yang masih belum mendapat kelulusan sepenuhnya adalah penting juga, maka perlulah aku berkorban masa dan kerinduan aku pada anak-anak.

Kesedihan kali ni bertambah parah sebab si suami berada disisi aku. Memanglah kalau ikutkan seronok sebab si suami ada berdekatan dengan aku, tapi itu la yang paling sedih sangat sebab anak-anak tiada kami di sana untuk mengadu nasib. Iyalah, walaupun anak-anak memang selamat dibawah jagaan si atuk ayah dan atuk mak, namun kesedihan terlalu kuat sebab anak-anak tiada disisi kami. Kalau dulu, kesedihan tu berkurangan sedikit sebab si suami masih ada disisi anak-anak di JB untuk mengadu domba. 

Anak-anak aku, memang rapat dengan atuk ayah dan atuk mak, tetapi aku dapat rasakan anak-anak akan bertambah seronok kalau kami berdua turut ada dalam lingkungan mereka. Kasih sayang mereka juga akan kukuh.

Sedih sebab aku memang tidak dapat perhatikan sepenuhnya kemajuan si kakak sejak dari tahun lepas lagi, aku tidak dapat sama-sama melakukan kerja rumah dengannya. Aku kurang mendengar masalah kakak melainkan jika aku pulang Sabtu dan Ahad. Sejauh manalah si kakak dapat luahkan kegembiraan dan keseronokkan dia disekolah. Dulu semasa adanya aku disisinya, setiap balik sekolah pasti ada saja cerita kakak di sekolah. Walaupun pada hakikatnya perkara itu berulang kali diucapkan, tapi sekurang-kurangnya kakak rasa seronok bercerita. Membacakan buku dan doa semasa tidur pun aku hanya berkesempatan lakukan sekiranaya cuti. Memang itu la perkara yang sangat menyentuh hati aku dikala ini. 

Sabarlah wahai hati, redakanlah kegusaran dalam jiwa aku...
Lindungilah anak-anak..


p/s : sangat-sangat merindui kalian... 

Khamis, Januari 10

~ be BRAVE ~


Assalamualikum w.b.t

Kadang kala dalam hidup ni kita perlu bersikap berani. Keberanian adalah kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana. Pada aku seseorang yang berani itu adalah manusia yang sanggup hadapi risiko dan cabaran selain berani mencuba sesuatu yang baru. 

Berani perlu ada dalam diri tanpa perlu melaksanakan keberanian itu secara membabi membuta tuli dengan mengambil kira kemampuan yang ada pada diri dan juga akibat daripada tindakan yang akan diambil itu. Pada pandangan aku, hanya orang yang takut akan menemui apa itu keberanian dalam diri, kerana melalui keberanian seseorang itu mampu melakukan sesuatu yang ditakuti. Mereka mampu melawan ketakutan itu demi mewujudkan keberanian. 

Kalau nak bercerita tentang keberanian aku, wah..memang banyak.. salah satunya, dulu masa aku dapat lesen P. Aku takut nak bawa kereta di jalan raya hampir 2 tahun. Memang tak makan sentuh stereng kereta 2 tahun sebab fobia. Tapi aku TERPAKSA juga memberanikan diri membawa kereta disebabkan rakan aku yang paksa, kalau tak mesti sampai sekarang aku tak tahu bawa kereta, dan yang pasti aku tak tahu macamana cara nak menyelit time jalan jem, macamana nak bawa sampai 140 km/j, macaman nak  cari jalan guna GPS, macamana nak gi KLCC..hehehe.. Sekarang, keberanian aku telah berjaya melawan ketakutan dalam diri aku. 

Satu lagi, dulu aku takut pemalu gila nak berdiri depan orang ramai untuk buat presentation depan orang. Tetapi, ketakutan itulah yang telah berjaya membuatkan aku bakal menjadi seorang GURU. Hebat kan kuasa KEBERANIAN ni. Walaupun presentation aku tidak sehebat Dr Fadzilah Kamsah, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya menjadikan diri aku presenter terbaik di hadapan pelajar (ayat-ayat poyos)...  dan mungkin akan sentiasa belajar untuk menghilangkan rasa takut... 

Ok, aku tahu macamana nak atasi perasaan takut aku kepada berani. Aku tahu kelemahan aku, dan aku tak nak kelemahan itu mengatasi keberanian aku, maka aku adalah amalkan sikit petua yang boleh dikongsikan...Insyallah, berkat keyakinan dan bantuan dari Allah s.w.t jua. Kalau aku rasa takut tahap cipan gigil satu badan, aku cuba baca ayat Kursy dengan kiraan ganjil sampai hilang rasa takut tu. Kalau rasa takut juga, bawa bertenang, tarik selimut nafas panjang-panjang dan baca kembali ayat kursy tu sampai kurang sikit rasa takut tu.. Insyallah!!!



" there are those who say fate is something beyond our command, 
that destiny is not our own,
but i know,
our fates lives within us,
you only have to be brave enough to see it "



p/s :  Keberanian akan menentukan cita-cita. Keberanian bangkit dari kegagalan. Berani adalah belajar dari kelemahan dan kesilapan. Berani membayar harga untuk KEJAYAAN!



Rabu, Januari 9

:: Setahun sudah ::



Assalamualaikum w.b.t

9 Januari 2013!!! Wah, nampak gayanya sudah setahun aku berada di Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas sebagai pelajar @ pelatih guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Tidak ku sangka, pejam celik aku telah berjaya menghabiskan 2 semester di sini. Makanya tinggal 1 semester lagi untuk complete kan Diploma. 

Bila ingat balik rentetan kedatangan aku ke KL ni mesti aku akan ingat pelbagai cabaran dan dugaan kena aku hadapi. Dugaan paling teruk dan ketara adalahh meninggalkan bidadari syurga di kampung halaman. Boleh dikatakan pada awal kehadiran aku di maktab membuatkan aku home sick juga la sebab merindui bidadari syurga aku yang bertiga tu. 

Pada tarikh ini juga la, anak buah aku lahir. Tahun lepas, sebelum aku mendaftar, adik aku dah sibuk sakit perut, dan allhamdulliah bersalin pagi tu juga.. kalut aku time tu.. cepat benar masa berlalu, masa terlalu mencemburi aku.

Dah setahun Aidil, Achik doakan semoga menjadi anak yang soleh.


Setahun berada di maktab, pelbagai kenangan, pengalaman, ilmu pengetahuan, menambah sahabat, kenalan, pensyarah dan pelbagai situasi aku rasai.. pengalaman dan kenangan terindah ini la yang akan ku ingat dan kenang bahawa sesuatu yang terindah itu memang tidak boleh dijual beli. Terima kasih sahabat KG 3.4 yang bersama-sama mengharungi suka duka sebagai pelatih guru, sanggup berkongsi pengalaman, berkongsi tenaga, berkongsi makanan dan segalanya. Gelak tawa kalian memang susah di cari ganti... 


   


Ini la antara perkenalan awalan kita ya kawan-kawan!! Bahagia berjumpa kalian semua. Sekarang tinggal hampir 6 bulan sahaja aku akan bersama kalian. Selepas ini, mana mungkin kita semua dapat berkumpul, berkongsi dan bergelak ketawa seperti sekarang. Nanti kalian semua pasti membawa haluan masing-masing, yang tinggal mungkin hanya kenangan!!!!!


PUISI BUAT SAHABAT!!

Ingin kucucurkan air mata
Ketulusan kalian adalah kekuatan bagiku
Menapaki langkah terjal kehidupan
Yang penuh liku

Aku bahagia
Melewati semua tak sendiri
Ada kalian di setiap langkahku yang menyertai
Terima kasih kawan, sahabat dan semua orang yang kucintai
Tanpa kalian tiada erti diriku

Aku ada kerana kalian
Cinta dan ketulusan kalian telah menyedarkanku
Menerangkan padaku bahwa aku tidak sendiri
Ada banyak orang yang peduli
Terima kasih kusampaikan
Untuk semua cinta
Untuk semua ketulusan
Untuk semua kepercayaan

Semoga ikatan persahabatan
Kekal utuh dalam jiwa kalian
Inilah aku
Terima kasih atas penerimaan kalian

p/s : kadangkala dugaan itu akan menyinar umpama zamrud. Terima kasih Tuhan, Terima kasih Allah s.w.t atas dugaan dan kehidupanku..

Selasa, Januari 8

:: Sebuah Kehidupan ::




Assalamualaikum w.b.t

Apabila hidup bersendirian di kota ini, kadang kala membuat aku banyak berfikir, banyak mengenang kenangan dan cerita-cerita masa lalu ku. Fikiran ku sering bermain situasi-situasi yang pernah aku alami dulu. Kadangkala kembaranya akal dan hati aku susah dalam mencari kebenaran. Puncanya apabila akal mula buntu, hati mula sesak dan lesu, setelah sekian lama belayar dalam gelora bisikan syaitan yang palsu, saban hari digoncang perasaan celaru.

Kadangkala, dalam kesepian aku merasai diri ini tak pasti, dari mana pangkalnya, akal mula ligat menyambar peti ingatan, serabut dengan berfikir, membuka memori, mencari kekihlafan diri dahulu. Ya!! mungkin dahulu aku sangat jahil dengan erti kehidupan. Tapi, syukur hati masih berfungsi untuk memilih, luka dari mainan perasaan mula cari penawar untuk pulih.

Dalam kehidupan ini..siksa dan derita juga umpama perencah yang mesti diambil, disamping suka dan bahagia yang dicintai, namun usah terlalu bersedih wahai hati, ingatlah bahawa masih ramai yang lebih hebat diuji, mencuit hati agar kembali ke fitrah manusiawi, pulang ke pangkuan Ilahi.

Aku sering berfikir bahawa seandainya Dia tiada bersama-sama dengan hamba seperti aku yang sering mudah terjerumus, mungkin kesesatan dalam jiwa aku terus menerobos jauh ke alam  kejahatan dan sekaligus kekhilafan aku semakin nyata. Dulu, aku pernah melepaskan kegeraman aku terhadap bencana yang menimpa aku dengan berhenti berdoa untuk seketika, kadangkala aku alpa dan lupa bahawa Dia ada bersamaku, namun rencah kehidupan membuat aku sedar bahawa aku tidak mungkin berpaling dari terus mengingatiNya sehingga kiamat muncul. Aku akui memang banyak kesilapan aku dahulu, tapi sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui. 

Allah Maha Kaya 

Hakikatnya, orang-orang yang merasakan bahawa mereka mampu memberikan Allah masalah, kekurangan, kesukaran, adalah orang-orang yang cetek akalnya. Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya, untuk tunduk kepada-Nya, untuk taat kepada-Nya. Allah tidak menjadi lebih besar dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lebih kecil dengan keingkaran manusia kepada-Nya. 

Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat. Tetapi Allah, Dia tidak memerlukan kita. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah sering kali mengulang perkara ini. Antaranya pada ayat 8 Surah Ibrahim.

“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.

Aku seorang hamba yang sangat-sangat kerugian. Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan aku dan semua hamba-hamabanya di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.

Justeru, apabila kita meninggalkan Allah SWT, ataupun hatta mengisytiharkan perang kepada Allah SWT, itu semua tidak memberikan kesan langsung kepada Allah SWT. Bahkan, yang meruginya adalah kita. 



Allah SWT adalah Pemberi Ketenangan, Pencipta Kebahagiaan, Punca kepada segala kesenangan. Meninggalkan Allah SWT, maka semua itu akan tertanggal daripada kehidupan kita. Jiwa tidak tenang, hati sentiasa gelisah dan kehidupan tidak terurus. Ya, kadangkala aku berfikir mungkin sahaja kita lihat rumahnya besar, wajahnya sering sahaja bersama senyuman, tetapi siapa tahu apa yang bergejolak di dalam hati? Mulut boleh sahaja manis bicara berkata: “Aku bahagia” sedangkan di dalam jiwa siapa yang mengetahui?

Pada aku kerugian tidak terhenti setakat di atas dunia. Bahkan berlanjutan hingga ke akhirat. Dan di akhirat itulah nanti, orang yang meninggalkan Allah SWT itu menyedari kerugian mereka yang nyata. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Semoga Allah sentiasa melindungi aku daripada kerugian itu. 

Sesungguhnya,  aku amat memerlukan Allah, kerana aku adalah seorang manusia yang sangat lemah. Tidak berkemampuan dan tidak stabil. Sifatku terkawal oleh sifat kalbu yang berbolak balik. Maka ada waktu diriku kuat dan wujud pula masa diriku lemah tidak larat. Hidup manusia juga turun dan naik. Bukan selamanya senang dan bukan setiap masanya susah. Tambah pula cabaran-cabaran kehidupan yang pelbagai seperti pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan sebagainya, semuanya cukup menjadi ‘rencah’ kepada kemasyghulan manusia dalam kehidupan.

Maka hendak tidak hendak, aku sebagai manusia memerlukan Allah SWT. 

Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Perkasa, Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Memerhati, Allah yang Maha Mendengar, untuk memerhatikan mereka. Dan sesungguhnya, Allahlah pembantu terutuh manusia yang mendekat kepada-Nya.


p/s : * Allah Maha Kaya. Pengingkaran kita, langsung tidak memberikannya kesan apa-apa.

:: Hari ini di Prasekolah Bestari KIK ::


Assalamualaikum w.b.t


Hari ni hari kedua bertugas di Prasekolah... hari ni lewat datang ke class sebab meredah jem hampir sejam di jalanraya... huhuhuh..memang tak sanggup kalau hari-hari camni kena menghadapi jem....

Hari ni kena bertugas masak... masuk-masuk je bahan-bahan dah sedia ada. Tugas-tugas memasak pun bermula setelah budak-budak ni bersarapan biskut dan roti. Tepat jam 9.30 pagi, dah siap dah menu mee goreng dan air milo untuk mereka. Jam 10 pagi, kanak-kanak ni siap bermain di taman untuk aktiviti luar, lepas berehat melepaskan lelah, mereka terus masuk untuk makan... tak tahu la mcamane rasanya... harap-harap diorang tak sakit perut la makan masakan aku....hehehehhe
P/s : esok menu nasi goreng.... dah jadi chef pulak...

 

Isnin, Januari 7

:: Hanya untuk QDF & QZZ ::



Assalamualaikum w.b.t


Hari ni semasa balik sarapan pagi, terpandang kedai serbaneka.. sebenarnya tak ada tujuan pun nak masuk kedai tu, tapi saja cuci mata sementara menunggu my bff kak ida ke kedai sebelah.. aku berjalan... berjalan ...dan melihat satu persatu barangan di rak.. tapi aku terpandang satu sudut yang menjual D.I.Y craft... wah, cantiknya... memang sesuai sangat untuk anak-anak aku yang berdua di JB tuh..mesti diorang seronok tengok dan paling seronok aku dapat buat bersama mereka walaupun craft ni aku beli..heheheh...

Harga barangan ni tak sampai pun puluh-puluh ringgit. Murah je, hanya RM 8 je ... aku dapat 4 jenis craft yang berlainan... QDF dapat dua, QZZ pun dapat dua... adil dan saksama... tapi, balik Jumaat nanti baru la boleh beri diorang pilih sendiri mana yang diorang berkenan. Tadi masa aku call, aku beritahu aku ada beli barang untuk mereka, suka katanya walaupun tak tengok lagi barangnya. Aku pun tumpang seronok dengar suara diorang. Harap-harap anak-anak ibu sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

Untuk si bujang Iman tak tahu nak belikan apa, sebab kalau beli bola, dah banyak dah, kalau beli kereta pun dah banyak terkorban sebab sekejap je dia main... dah tercabut tayar, dah hilang spring, dah togel... maka haruslah aku sekat naluri ni nak belikan dia kereta mainan... tapi berkenan kat robot tuh, tapi dok belek banyak kali dan berfikir berulang kali.. maka keputusannya memang sah tak jadi beli... sebab Iman ni memang ganas.. berbeza dengan 2 orang kakak-kakaknya yang lebih sayang dengan barang... lain kali ye ibu belikan untuk Iman... 


P/s : memang sangat rindu kat QDF, QZZ dan IF... lagi seronok dapat sama-sama buat sesuatu yang mereka suka bersama-sama walaupun kecil....

:: Air oh Air ::


Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya hari ni dah masuk hari ke 4 dalam masa hampir 2 minggu tiada air di rumah sewa aku a.k.a Kondo Sri Mas... sejak menjejakkan kaki ke tanah Kuala Lumpur ni, aku x merasa lagi air kat umah tuh. Selamatlah adik aku ada dok area Cheras ni, leh la aku menumpang mandi, basuh baju dan bersolat.. tapi kesian  juga kawan2 serumah dan mereka2 yang berada di sekitar Ampang pun turut terjejas. Rata2 kawan aku yg ketiadaan air, mandi di masjid, di maktab dan ada yang mandi kat JUSCO.. huhuhu... terpaksa... 

Susah juga kalau x da air, aku x kisah kalau sehari dua x da air, ni dah makan hampir 2 minggu x da air.. susah juga.. tadi, sempat juga pi punggah air kat kawasan sebelah kondo, dekat rumah flat DBKL.. pihak SYABAS ada menyediakan tank besar di setiap 3 blok..tapi yang peliknya, kenapa kat kondo kami x disediakan tank tuh?.. 

Tadi, masa on the way nak ke rumah adik, rata2 orang kondo amik air dalam swimming pool...huhuh.. kesian kat meraka sebab kebanyakan yang ambil tuh makcik2 yang memang pada aku dah x larat nak pi amik kat tempat lain yang aku rasa jauh... jadi, mungkin sebab dah terlalu terdesak, mereka terpaksa juga angkut air dalam swimming pool... kadang2 rasa kesian pada suri2 rumah yang ada anak2 kecik... macamane nak basuh berak diorang kalau x da air.. setakat 2-3 hari boleh  tahan lagi kot.. ni dah hampir 2 minggu x da air...

Pihak management kondo ada beritahu kemungkinan esok (selasa) mungkin ada air.. tapi x pasti pula kesahihannya.. harap2 gitu la hendaknya.. letih juga aku nak ulang alik dari Cheras ke maktab...kalau ikutkan memang la x jauh mana, tapi memandangkan jalan yang dilalui memang jammed maka memang haruslah aku bangun seawal pagi untuk ke maktab bagi memastikan aku x terperangkap dalam kesesakan yang melampau... padahal aku dah keluar seawal 6.30 am, tapi masih juga tersangkut dalam kesesakan... hhuhuhu...


p/s : Air oh air.. cepat la ada... mungkin ini sekadar mainan politik?... siapa tahu... 

:: Hari pertama masuk Prasekolah Bestari KIK ::


Assalamualaikum w.b.t


Hari pertama kena masukPprasekolah Bestari KIK bagi menggantikan guru prasekolah yang cuti bersalin... wah, seronok juga. Awal pagi dah ada 2, 3 orang yang menangis nak ikut mak balik... heheheh.... teringat pulak si kakak... selamat la anak ibu x menangis masa awal ibu hantar last year...dah boleh berdikari sendiri...

Di prasekolah ni, aku dan 6 orang sahabat hanya membantu ala kadar je, yang handle sepenuhnya adalah 2 orang sahabat kami Auni dan Ina, sebab mereka berdua yang akan mengambil tempat sebagai guru praktikum kelak di Prasekolah Bestari KIK. Hari pertama aku hanya sempat buat air milo.. dan budak-budak ni sebelum class memang diberi makan, seperti biskut. Nanti jam 10 pagi makan lagi, tapi makanan yang berat sikit...

Sesi PnP pula tadi memandangkan masih lagi dalam minggu orientasi, maka hanya belajar yang mudah-mudah sahaja. Hari ni teacher Auni dan teacher Ina beri mereka tugasan mengoyakkan kertas, ini sebagai latihan gerak motor kasar tangan mereka. Budak-budak ni aku tengok seronok sangat dengan aktiviti yang dijalankan.

Meriah tengok kawan2 yang dah start mula mengambil tempat untuk praktikum.. kira sebagai permulaan bagi aku untuk melaksanakan praktikum di prasekolah sekolah kebangsaan Cheras Indah...


P/s : teringat pada QDF di sekolah....

Ahad, Januari 6

:: Perjalanan ke Kuala Lumpur ::



Assalamualaikum w.b.t


Sampai jua hari Ahad. Rasanya x puas lagi bermain dan meluangkan masa dengan anak2... Cepat benar masa berlalu... hari ni terpaksa melalui saat yang sedih, sepi dan sunyi tanpa anak2... Jam 12.30 pm, bas mula bergerak.. aku dihantar oleh en suami dan anak2... sedih je saat nak berpisah dgn anak2...lagi2 si kecik iman yang memeluk erat aku... uhuhuh...rasa nak menitis air mata kat situ juga... dan air mata itu x tertahan dan akhirnya tumpah jua... erm..x sabar nak menunggu bulan mei untuk menamatkan semua kerinduaan ni... kesian dengan anak2... aku tiada disisi....

Dalam bas ni, aku langsung melelapkan mata, melupakan kesedihan diri merindui anak2 yang ditinggalkan... sepanjang dalam bas, dan ketika bas berhenti seketika, aku langsung x berganjak ditempat duduk... malas nak bangun dan malas nak bergerak.... tepat jam 5.30pm, akhirnya selamat sampai di TBS... dan dijemput adik tersayang ...


Hari ni, aku x terus ke rumah sewa, sebab rumah sewa ketiadaan air...dah hampir seminggu dan masuk hari ni dah lebih seminggu tiada air...maka, terpaksa la aku duduk sementara di rumah adik... aku bukan x nak dok terus di rumah adik, tapi bila memandang anak buah aku Aidil Rizki, aku pasti terbayang Iman, kakak dan wawa... aku akan mula disentap dengan perasaan kerinduan... hanya Tuhan je yg tahu betapa rindunya aku bila berjauhan dengan anak2... kerugian sebab x dapat melihat anak2 membesar didepan mata aku..


P/s : melayan hati yang kerinduan......