Assalamualaikum w.b.t
Nampaknya hari ni dah masuk hari ke 4 dalam masa hampir 2 minggu tiada air di rumah sewa aku a.k.a Kondo Sri Mas... sejak menjejakkan kaki ke tanah Kuala Lumpur ni, aku x merasa lagi air kat umah tuh. Selamatlah adik aku ada dok area Cheras ni, leh la aku menumpang mandi, basuh baju dan bersolat.. tapi kesian juga kawan2 serumah dan mereka2 yang berada di sekitar Ampang pun turut terjejas. Rata2 kawan aku yg ketiadaan air, mandi di masjid, di maktab dan ada yang mandi kat JUSCO.. huhuhu... terpaksa...
Susah juga kalau x da air, aku x kisah kalau sehari dua x da air, ni dah makan hampir 2 minggu x da air.. susah juga.. tadi, sempat juga pi punggah air kat kawasan sebelah kondo, dekat rumah flat DBKL.. pihak SYABAS ada menyediakan tank besar di setiap 3 blok..tapi yang peliknya, kenapa kat kondo kami x disediakan tank tuh?..
Tadi, masa on the way nak ke rumah adik, rata2 orang kondo amik air dalam swimming pool...huhuh.. kesian kat meraka sebab kebanyakan yang ambil tuh makcik2 yang memang pada aku dah x larat nak pi amik kat tempat lain yang aku rasa jauh... jadi, mungkin sebab dah terlalu terdesak, mereka terpaksa juga angkut air dalam swimming pool... kadang2 rasa kesian pada suri2 rumah yang ada anak2 kecik... macamane nak basuh berak diorang kalau x da air.. setakat 2-3 hari boleh tahan lagi kot.. ni dah hampir 2 minggu x da air...
Pihak management kondo ada beritahu kemungkinan esok (selasa) mungkin ada air.. tapi x pasti pula kesahihannya.. harap2 gitu la hendaknya.. letih juga aku nak ulang alik dari Cheras ke maktab...kalau ikutkan memang la x jauh mana, tapi memandangkan jalan yang dilalui memang jammed maka memang haruslah aku bangun seawal pagi untuk ke maktab bagi memastikan aku x terperangkap dalam kesesakan yang melampau... padahal aku dah keluar seawal 6.30 am, tapi masih juga tersangkut dalam kesesakan... hhuhuhu...

p/s : Air oh air.. cepat la ada... mungkin ini sekadar mainan politik?... siapa tahu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan