Lepas jalan-jalan kat Hello Kitty Town, kami ke Jusco Bukit Indah. Saje menyejukkan badan dan cuci2 mata.
Susah nak soh budak ni bergambar
Si kakak Qaseh memang hantu bergambar!
Adik wawa yang mmg x suka bergamabar, tp bile bergambar mula la pose
Kakak n adik!!
Memandangkan cuti sekolah agak lama juga kali ni, maka perlulah ada jadual untuk membawa anak-anak ini berjalan sekaligus melihat dunia luar. Tapi bila dah dapat keluar, amboi! memang x tahan ibu dan ayah nak control anak-anak bertiga ni. Paling mencabar adalah si kecik boboi Iman.. huhuhu.. memang sukar nak jangka tingkah laku dia ni. Ada saja perkara baru yang akan dia lakukan untuk menarik perhatian aku dan suami hingga satu tahap sangat mencabar kewibawaan sebagai seorang parents.
Tapi itu la, anak-anak sedang membesar, cabarann pun semakin besar dan berbeza-beza mengikut tahap perkembangan. Selepas aku belajar tentang teori perkembangan kanak-kanak terutama dari segi emosi, kognitif, bahasa dan tingkah laku banyak mengajar aku cara-cara mendidik anak sekaligus sebagai latihan untuk mengalaminya dalam dunia sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan