Isnin, November 12

:: Iman Fahry memang bertuah ::



Hari ni, waktu pagi Iman Fahry telah melakukan satu perbuatan yang membuatkan ibu rasa nak picit-picit je,.. Iman Fahry telah berjaya menumpahkan se'jug' air teh. Huhuhuh... memang bertuah anak lelaki sorang ni. Habis melekit satu rumah... nak marah pun x boleh, hanya mampu menggelengkan kepala je.. puas ibu mengelap lantai, dia buat hal pulak dengan membaling 'jug' keluar..huhu..memang mencabar menjaga anak lelaki ni, sangat berbeza tingkah lakunya dengan kakak-kakaknya yang lain.

Petang pula, Iman Fahry telah membaling sikat dan tepat mengenai kepala ibu...huhuh..memang sangat geram dengan budak kecik ini... mahu ku picit2 je dia... tp apakan daya, dia sorang anak lelaki yang baru sahaja berusia 2 tahun... habis benjol kepala ibu. Sekarang memang dah jadi rutin dia kalau dia pegang sesuatu, memang pasti Iman Fahry akan membalingnya, x kira la besar ke keci benda tu..huhu..memang kena sentiasa waspada. Kalau merajuk, fuhhh..memang semua benda yang berdekatan dengannya pasti dicampaknya.. kalau tak bernasib baik, sesapa yang duduk dekat dengannya pasti kena balingan benda2 tuh... huhuh... memang anak bertuah!!

Tiada ulasan: