Isnin, November 12

~Hello Kitty Town @Puteri Harbour Nusajaya~


Entry kali ni berkenaan dengan jalan-jalan aku dengan anak-anak ke Puteri Harbour di Nusajaya.. Pada awalnya kami nak ke Jusco Bukit Indah, tp tetiba teringin nak jengguk sebentar di Hello Kitty Town yang masih belum rasmi dibuka. Ia akan dibuka secara rasmi pada bulan Disember nanti. Namun, keterujaan untuk bawa anak-anak mengatasi segalanya.

Kami datang lewat tengahari. Pelancong dari Singapura dan orang ramai telah memenuhi ruang tiket. Memandangkan terlalu ramai hingga beratur panjang, maka kami mengambil keputusan untuk pergi lain kali saja. Tapi anak-anak masih berpeluang berjalan-jalan di sekitar Hello Kitty Town



    


walaupun dikelilingi oleh pelbagai patung2 yang cantik dan comel, rabbit busuk juga yang diusung Iman!


**Bagi sesapa yang berminat nak pergi, di bawah ni ada serba sedikit direction tentang Hello Kitty Town Malaysia!


Hello Kitty Land Town Malaysia


Peta Lokasi Hello Kitty Land Town Malaysia dibuka dari 10 pagi ke 6 petang dan 7 hari seminggu. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur Plus lebuh raya, anda harus mengambil exit 253 ke Lapangan Terbang Senai / Tuas dan meneruskan exit 311 dan terus ke Kota Iskandar dan ke Puteri Harbour. Hello Kitty Land adalah terletak di sebelah Puteri Harbour. Sekiranya anda d
ari link kedua Singapura di Tuas, teruskan ke arah Kota Iskandar. Ambil exit 312 yang akan membawa anda ke Kota Iskandar. Dari situ, mencari tanda ke Puteri Harbour. Hello Kitty terletak di sebelah Puteri Harbour. Manakala sekiranya anda datang d
ari Johor Bahru,terus mengambil Lebuhraya Pantai baru ke Kota Iskandar selepas Danga Bay. Ambil arah ke Puteri Harbour. Hello Kitty adalah sebelah Puteri Harbour.


Petunjuk utama adalah, anda akan melihat bangunan RED CUBE untuk pergi ke Hello Kitty Town. Kerana Hello Kitty berada di dalam bangunan RED CUBE!


Kompleks kartunis Lat juga terdapat dalam bangunan Red Cube ini merangkap pusat pameran. Dalam bangunan Hello Kitty, terdapat pelbagai watak-watak seperti Thomas and Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pinggu. Semua watak-watak ini akan melayan anda dan anak-anak tanpa jemu.


Yuran masuk untuk Hello Kitty adalah RM65 (foreigner) dan RM50 (Malaysia). Bagi kanak-kanak di bawah 3 tahun adalah percuma manakala kemasukan kanak-kanak yang melebihi 3 tahun akan dianggap sebagai orang dewasa. Tiket boleh dibeli di kaunter.  Tiket online adalah juga boleh didapati di www.redtix.airasia.com. Pertunjukkan pentas seperti Barney juga boleh anda saksikan!

p/s : Lepas ni Legoland pulak!!

Tiada ulasan: