Jumaat, Disember 28

:: Pasti Rindu ::



Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya 2012 bakal melabuhkan tirainya selepas 366 hari berada dalam kalendar. Maka dengan berakhirnya 366 hari dalam tahaun 2012 ni. Terlalu banyak kenangan berlaku dalam tahun 2012 ni, suka, duka, gembira, sedih dan pelbagai kejadian, perasaan yang berlaku dalam diri aku. Terima kasih Allah s.w.t kerana telah memberikan peluang pada aku untuk mengecapi hidup selama 31 tahun 5 bulan di dunia Mu ini. 

Aapabila tamatnya 366 hari tahun 2012, maka akan bermulalah fasa baru dalam hidup aku. Mana tidaknya, anak-anak semakin membesar bagai gergasi dan bertambah setahun lagi. Ini bermakna, akan bertambah tanggungjawab aku pada mereka, pada suami dan juga pada keluarga.

Qaseh Dhia Faqihah

Tahun ni kakak dah 6 tahun, dan masih berada di kelas prasekolah. risau dengan si kakak ni, mana tidaknya perangainya yang memang kuat bermain... ada sahaja benda yang akan dilakukan bersama di wawa, kejap baik kejap bergaduh berdua... riuh mulut aku kalau tengok dia gaduh dengan wawa. Tp, kuat jealous kalau aku layan adik2 dia lebih2... pasti dia sendiri akan datang himpit aku nak bermanja2...alahai, siannye anak ibu ni.. Kadang2 si kakak boleh diibaratkan macam mengkarung, leh berubah sifat dan sikap. Kadang2 sangat baik hati dengan adik2, tp kadang kala sangat pendengki dengan adik2nya..  dan satu perangainya bila aku tinggikan suara suruh dia membaca dan mendendanya, pasti mengalir air mata.. huhuh.. persis ibunya yang memang x leh nak dengar org tinggi suara.. pasti kecut perut... Kalau ibu berada di KL, kakak dah pandai jaga diri, dah pandai semuanya..dan kalau suruh buat susu adik2nya memang dah lulus.. dah boleh diharap... cuma... aku je rindu dengan diorg, camna la diorg hidup tanpa aku disisi diorg..tentu dia rindu ngan aku, sedangkan nak tidur pun mesti tunggu aku.. kalau aku yang tak tidurnkan dia, mesti dia akan tanya . " hari ni siapa nak tidurkan kakak? " huhuh..kadang2 sedih dan kadang2 aku marah juga sebab terlalu bergantung dengan aku.. aku nak dia cuba berdikari tanpa aku... lepas ni ayah dan ibu dah ada kat KL, maka kakak kenalah jaga diri dan adik2 di rumah Tok Mak.... huhuhuh

Qaseh Zahrah Zafirah
Hah, budak kecik ni pun manja juga.. dah masuk 4 tahun, dan tahun depan 5 tahun...cenonet je budaknya... kecik dan comel...kalau org x percaya mesti ingat di baru berumur 3 tahun hehehe... sedih ibu sebab x dapat nak hantar wawa ke sekolah tahun depan...sepatutnya memang dah patut gi sekolah..tp sebab ibu dan ayah x da disamping adik untuk hantar dan ambil adik balik sekolah... kalau ibu hantar adik ke sekolah pra sama dengan kakak, cikgu tak galakkan, lagi pun kalau ikut umur adik, memang x lepas  masuk sekolah...sebab adik lahir hujung tahun. Kalau nak hantar adik ke sekolah swasta, susah untuk tok ayah dan tok mak hantar dan ambil adik balik...maka, ibu ayah telah sepakat untuk tunggu ibu habis belajar baru ibu hantar adik ke sekolah.. lagipun gatal2 adik masih belum baik... jadi ibu terpaksa korbankan masa adik 5 bulan ni untuk dok umah tok mak je..insyallah ibu akan hantar adik ke sekolah juga... Anakku sorang ni kuat merajuk, mungkin persis ibu dia juga ni.... heheheh... selalu kena buli dengan kakak..tp kalau dia dah kena buli, sekali sekala mesti naik angin juga... kalau dia naik angin..fuhhh... dasat... manja?...memang la manja..asyik nak berhimpit je dengan ibunya... 


Iman Fahry
Ni la sorang anak lelaki aku. Baru mencecah usia 2 tahun bulan 11 ari tuh. Sangat manja mengalahkan kakak2nya. Memang cemburu sangat. Kalau aku peluk cium kakak2nya pasti meraung. Kalau ayahnya pegang atau sentuh aku depan mata dia lagi la di hangin. Pasti ditepis tangan ayahnya supaya jangan pegang ibu dia..heheh... kelakar pun ada.. memang mempunyai sifat pelindung anak aku sorang ni... sekarang dah pandai ingat banyak benda. Dah pandai ingat step ultraman buat, dah pandai nak bercakap, dah pandai nak ikut sembahyang, mengaji, mengeja dan dah pandai buli kakak2nya.. sekarang dia la otai dalam rumah.. bukan hanya kakak2nya dibuli...cousin2 nya pun dah pandai di buli... dan perkara yang dah jadi habit dia adalah membaling segala benda yang dipegang, tak kira besar ke kecik ke, lembut ke  keras ke, makanan ke tidak, semua kalau dia x puas hati abis di lemparnya, habis dibalingnya... huhuh... nak jadi pemain softball ke nak jadi atlet merenjam lembing... heheheh

* p/s : tahun depan 2013, ayah dah dapat transfer KL. Ibu pun di KL juga...jadi anak2 ibu semua di bawah jagaan tok mak dan tok ayah... jadi anak2 ibu semua ke behave bila dok umah tok mak n tok ayah. Jangan nakal2 dan dengar cakap atok... jangan risau, setiap minggu ibu akan balik, lagipun hanya tinggal 5 bulan je ibu di KL... doakan ibu ya anak2!!SAYANG KALIAN... 

~:: Bidadari ::~



Assalamualaikum w.b.t





Bidadariku,

Ibumu hanya punya satu hati
dan itu hanya untuk kalian.
Ibu hanya punya satu cinta
dan itu hanya untuk kalian.
Ibu hanya punya satu kehidupan
dan itupun hanya untuk kalian juga..

Hadir kalian dalam hidup ibu
amat sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata
tiada kata yang mampu terungkap melainkan syukur kepada Nya
Terima kasih Tuhan dengan bidadari
yang sangat sempurna untuk melengkapi hidup ibu..

Waktu yang terus berputar tak kan mampu menghapusnya,
hingga takdir sekalipun tak kan bisa merubahnya.
Kerana setiap detik yang ibu rasai,
telah terukir di atas langit,
dan telah ibu tanam di dalam bumi.
Agar kalian tahu
bahawa cinta ibu pada kalian adalah
cinta yang abadi selamanya.


*p/s : Tetiba mood rindu kat anak-anak yang sedang nyenyak tidur.

Khamis, Disember 27

:: Sembelit @ Constipation bagi kanak-kanak ::



Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni, budak keci Iman Fahry mengalami sembelit. Kesian dia, menahan sampai basah lencun baju dia. Bila aku google tentang sembelit ni atau Constipation ia bukanlah sejenis penyakit, tetapi merupakan satu simptom. Dibawah ni ada sedikit info yang mungkin boleh dikongsi bersama.


Sembelit dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah biasa yang menjejaskan antara 5% dan 30% daripada kanak-kanak. Sembelit ialah keadaan dimana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar. Masalah ini adalah biasa dikalangan kanak-kanak tetapi hanya sementara. Faktor yang menyebabkan sembelit ialah:
  • Pengambilan serat yang tidak mencukupi.
  • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
  • Kurang bersenam
  • Menahan keinginan untuk buang air besar
  • Mempunyai penyakit yang menyebabkan sembelit contoh penyakit Hirschprung atau hypothyrodism

Tanda-tanda dan gejalanya termasuk :


  • Tidak membuang air besar untuk beberapa hari atau keadaan najisnya kering dan keras
  • Kejang perut
  • Sakit ketika membuang air besar dan muka bertukar menjadi kemerah- merahan
  • Ada kesan kotoran najis pada seluar dalam kanak-kanak.
Sekiranya berlaku sembelit, terdapat kekoyakan kecil dibahagian dalam dubur (anal fissure) yang boleh menyebabkan perdarahan dan kesakitan. Selain itu juga, kanak-kanak mungkin enggan membuang air besar.
Selain itu juga, kanak-kanak mungkin merasa malu disebabkan kesan kotoran najis pada seluar dalam.
Sekiranya berterusan, masalah ini akan menyebabkan beberapa komplikasi berlaku akibat dari penyakit yang di hidapi contoh usus tersumbat dalam penyakit Hirschprung.

Bagaimanakah mengendalikan kanak-kanak sembelit ?
  • Penilaian - Penting untuk menilai situasi bagi mengelak dan merawat penyakit yang di hidapi
  • Ubat-ubatan - Jika keadaan semakin serius, doktor mungkin mengarahkan pemberian enema bagi mengeluarkan najis atau julap (oral laxative) untuk melembutkan najis.
  • Pemakanan - Lebihkan pengambilan makanan berserat (buah-buahan,sayuran hijau dan bijirin) dan cecair didalam pemakanan harian kanak-kanak. Untuk bayi yang masih kecil dan belum memulakan pengambilan makanan adalah penting untuk memastikan susu yang diambil mencukupi. Pertukaran susu formula boleh dilakukan selepas mendapat nasihat dari doktor.
  • Senaman - Bersenam secara berkala boleh membantu masalah sembelit
  • Latih tabiat ke tandas - Memperkukuhkan tabiat ke tandas secara berkala dan tetap waktunya.


Bagaimanakah cara melatih tabiat ke tandas setiap hari ?
  • Kanak-kanak perlu dilatih duduk dalam tandas sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari.
  • Dalam masa yang sama ia boleh membaca atau bermain alat permainan.
  • Untuk berjaya, kesabaran dan ketegasan amat diperlukan.

Bagaimanakah cara mencegah keadaan ini dari terjadi ?
  • Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat dan air yang mencukupi.
  • Senaman secara tetap dan berkala
  • Melatih tabiat membuang air besar setiap hari.


Apakah tanda-tanda amaran untuk diberi perhatian ?
  • Dapatkan nasihat dari doktor anda jika
  • Sembelit berlarutan melebihi 3 minggu
  • Aktiviti harian anak terjejas.
  • Berlaku kekoyakan kecil di bahagian dalam dubur.
  • Terjadinya buasir.
  • Gagal mengeluarkan najis melalui dubur.
  • Terdapat kesan kekotoran najis pada seluar dalam anak.


* p/s : mungkin Iman Fahry kekurangan pengambilan makanan berserat. Si kecik ni memang x suka makan sayur. Puas di pujuk, pasti diluahkan!


Rabu, Disember 26

::Allhamdulillah LULUS periksa::


Assalamualaikum w.b.t,

Semalam pagi, aku baru tahu yang result semester 2 dah boleh tengok. Rupanya aku yang lewat dapat info, sedangkan ramai yang dah tau keputusan mereka. Allhamdulillah aku LULUS walaupun ada sedikit penurunan. Sepanjang aku belajar di universiti, di maktab la yang aku rasa aku mampu lakukan yang terbaik. Suasana yang sangat memberangsangkan untuk aku menimba ilmu. Bantuan dari pensyarah dan yang penting semangat kerjasama antara rakan-rakan yang berjaya membuatkan aku LULUS. Walaupun aku dan rakan-rakan yang lain berbeza umur, dan boleh dikatakan aku antara yang senior dalam kumpulan KG 2.4 dan mereka boleh ku anggap sebagai adik2, tetapi mereka cukup matang dan menerima aku yang dah old school ni untuk belajar. Terlalu banyak pengalaman dan pendapat yang aku belajar di maktab, walaupun suasana pengajaran agak berbeza dengan mereka yang berada di universiti. Suasana seperti sekolah. Kena datang awal ke kelas. Sebelum jam 8 pagi kena ada di kelas, kalau tak, pasti nama kena tulis dalam buku disiplin. Pintu pagar blok akan ditutup tepat jam 8 pagi. Kelas sama macam di sekolah, rehat jam 10 pagi hingga 10.30 pagi... lepas tuh bersambung hingga jam 1.30petang. 

Di maktab ada badan beruniform, seronok! dan paling best ada permainan juga. Di maktab juga, ada kejohanan olahraga tahunan dan kami kena sertai, ada sukantara..heheh...seronok.. memang kami didedahkan dengan suasana di sekolah..kelas pun macam sekolah..ada meja macam kelas, ada duty roster, ada papan putih.. dan ada rumah sukan... memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan..

Semester II kali ni memang tough untuk aku sebab jadual kuliah, assignment, cuti, presentation, PBS di sekolah, semuanya berjalan serentak dalam masa yang singkat. Memang sangat padat. Tapi sangat bertuah kerana KPM beri aku peluang merasai sendiri pengalaman terindah ni bersama rakan-rakan. Pada awalnya memang aku rasa berat hati nak tinggalkan keluarga di JB dan aku di KL. Berkat doa suami, mak ayah, sahabat membuatkan aku bertekad untuk berjaya cemerlang... terima kasih semua dan terima kasih ALLAH swt.

Sekarang tinggal 1 semester lagi untuk aku tamatkan. Tak sabar nak bergelar 'Guru Terlatih', dan terima kasih untuk gelaran 'Guru Sandaran Tidak Terlatih' di dua sekolah menengah (SMK Permas Jaya 2 dan SMK Skudai) yang telah banyak mengajar aku kehidupan seorang pendidik. Doakan aku berjaya untuk semester III.

Terima Kasih ALLAH swt sebab bagi hambaMu peluang merasai pengalaman seorang pendidik!!


*p/s : Keinginan untuk tamatkan pengajian sebelum umur mencecah 40 tahun mula bercambah dalam hati, ada 2 lagi anak tangga! Insyallah....  

Selasa, Disember 25

::Katakan tidak pada JERAWAT::

Assalamualaikum w.b.t

Lama sudah muka aku tidak didatangi oleh jerawat.Huarghhhhh... bulan cuti ni pula tiba-tiba muncul jerawat yang besar di tengah2 dahi aku, sangat sakit ok... kenapa ya, sepanjang aku stress di Maktab, takk ada pula   dia keluar, ni bila dah ada kat rumah baru la sibuk nak keluar dengan kadar yang banyak... tapi yang paling aku tak tahan satu biji jerawat yang besar di tengah2 dahi...sakit ooo time nak sujud... 

Dalam sedang muka aku naik jerawat ni, aku try la goggle ttg jerawat ni..dan aku dapati rupa2nya kehadirann jerawat dimuka ni menandakan adanya masalah kesihatan dalam badan kita. Jom aku bagi info sikit tentang jerawat ni... Tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.


Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

*p/s : Mungkin terlalu banyak makan makanan berminyak dirumah...

Ahad, Disember 16

~rancangan kesukaan anak-anak~


Assalamualaikum w.b.t

Hah, musim cuti sekolah ni, aku rasa rata-rata rancangan TV menyiarkan tentang cerita-cerita kartun dan lebih berfokus kepada kanak-kanak. Maka, bagi anak-anakaku pula, sepanjang minggu mereka dok dirumah, memang dah hafal dan tahu apa rancangan favorite mereka. Untuk anak-anak aku perempuan ni yang semakin membesar, maka harus la menonton cerita-cerita kegadisan dan keperempuanan mereka seperti Cinderella dan Barbie. Kalau mereka berdua dah bangun tidur, maka  remote tv memang dikuasai mereka. 

Sewaktu mereka menonton rancangan fav mereka, aku pun turut joint sekali menonton, dan kadangkala aku juga terhibur juga. Bagi anak lelaki aku pulak, memang peminat tegar boiboy boy dengan upin dan ipin. Selamat la cerita tuh x bertindih. Biasanya siaran yang jadi kegemaran mereka adalah 611 hingga 618. 

Kadang-kadang mereka ni leka dengan rancangan tv ni sampai nak ajak makan pun susah. Dan pastinya aku yang akan bertindak menutup tv terlebih dahulu untuk suruh mereka makan. Kadang kala bergaduh dengan mereka nak menonton rancangan aku. tp mereka lagi berkuasa. Kalau aku dapat remote pun bila si kecik tidur dan kalau diberi tab untuk mereka leka bermain games. 

Ada satu lagi cara nak soh mereka supaya x selalu menonton tv, iaitu dengan cara melakukan aktiviti bersama mereka. Contohnya, aku akan sama2 buat layang-layang2 bersama mereka, hahaha..hanya layang-layang kertas surat khabar dengan benang.. heheh, hanya boleh terbang bila ditarik bersama tali dan berlari2..kesian anak-anak penat berlari sebab nak tengok layang2 terbang!...

Ok,ni adalah antara favorite cartoon untuk anak2 pompuan aku termasukla si kecik Iman ni...

a) The Adventures of Disney Fairies -  mengisahkan tentang cerita dongeng pari-pari yang bernama Tinker Bell. Pari-pari ni merupakan seorang yang punky, rebellious, impatient, impulsive, determined, persistent, temperamental. Beliau mempunyai bakat untuk melakukan kerja-kerja menukang. Pelbagai perkara yang berlaku semasa pengembaraan Thinker Bell sebagai ahli  tukang.

Thinker Bell dilahirkan dari ketawa pertama bayi, dan dibawa oleh angin untuk Pixie Hollow (yang merupakan sebahagian daripada pulau Never Land). Dia berbakat untuk menjadi salah seorang pari-pari yang membuat kerja-kerja pertukangan.  

  

b) Doc Mcstuffins - merupakan siri kartun yang mengisahkan tentang seorang gadis berusia enam tahun yang boleh "memperbaiki" mainan, dengan sedikit bantuan daripada rakan-rakan anak patung beliau. Kartun ini adalah mengenai seorang gadis yang berusia enam tahun bernama McStuffins Dottie yang, satu hari nanti, ingin menjadi seorang doktor seperti ibunya. Sebagai seorang kanak-kanak, dia "berpura-pura" menjadi seorang doktor dengan menjadikan mainan dan patung sebagai pesakitnya. Apabila dia meletakkan pada stetoskop beliau, sesuatu yang ajaib berlaku, mainan, anak patung dan haiwan yang lain akan datang dan hidup serta dia boleh berkomunikasi dengan mereka. Dengan sedikit bantuan daripada rakan-rakan Stuffy, Hallie, Lambie dan Chilly, Doc membantu mainan "berasa lebih baik" dengan memberikan mereka pemeriksaan. 

Anak-anak aku suka dengan lagu-lagu yang dipermainkan termasuk lagu tema mereka iaitu, " Time for Check-Up"  dan lagu "I Feel Better" . Tapi yang paling aku suka sebab cerita ni akan menyelitkan serba sedikit nasihat kepada penonton tentang kesihatan.

 

c) Oggy and Cockroaches - merupakan cerita yang mengisahkan seekor kucing gemuk yang bernama Oggy dan sepupunya Jacky. Selain itu juga, dalam rumah tersebut tinggal juga 3 ekor lipas yang bernama Joey - berbadan merah jambu, berkepala ungu dengan mata merah jambu kanan dan mata kiri kuning, adalah ketua lipas2 bertiga ni, Dee-Dee - seekor lipas yang sentiasa lapar, berbadan biru, berkepala oren dengan mata hijau. Marky - berwarna kelabu, kepala hijau dengan mata merah jambu, dia adalah lipas yang tertinggi antara ketiga-tiga lipas iniPelbagai aksi yang melucukan antara mereka ni, ada je yang mereka lakukan. Aku pun suka juga tengok kartun ni. Enjoy....  

  



*p/s : sebenarnya banyak lagi rancangan tv kanak-kanak yang amat bersesuaian ditonton, dan digemari oleh anak-anak seperti Dora the Explorer, Mickey Mouse Clubhouse, Hi 5 untuk proses pembelajaran anak-anak.

:: Iqra' ::


Assalamualikum w.b.t, salam hari minggu.

Dulu, masa zaman aku tahun 80 an, aku telah dihantar mengaji oleh mak ngan ayah di rumah seorang cikgu agama, Cikgu Hindun namanya. Memang seorang cikgu yang tegas dan garang. Setiap kali belajar ngaji dengannya, rotan pasti ada disebelahnya, kalau kami x dapat baca dengan lancanr, w/p x da rotan, tetapi pandangan dan suaranya yang nyaring tuh buat kami semua takut. 

Dulu, zaman aku ngaji hanya berbekalkan muqqadam dan kalau dah lepas baca muqqadam baru la kami dibenarkan naik membaca dengan menggunakan al-Quran. Dulu mak ayah aku start hantar aku ngaji ketika umur 6 tahun, dan berjaya khatam al-Quran sebelum umur 12 tahun. Dan kenangan paling x leh lupa, majlis khatam al-Quran yang boleh dikatakan seronok sebab mak buat pulut kuning, dan aku dan rakan2 akan sama2 baca ayat2 untuk khatam... seronok...

 


Dulu muqqadam ni la yang aku gunakan untuk mengenal huruf2 jawi... (teringat zaman kanak-kanak)...


Tapi zaman anak aku sekarang, dahx guna lagi kaedah mengeja alif, ba, ta.. tapi menggunakan kaedah IQRA' yang lebih kepada bacaan suku kata... mereka x diajar mengeja huruf-huruf hijjahiyah..aku dah mula hantar anak-anak aku berdua mengaji sejak umur si kakak 4 tahun dan si adik wawa umur 3 tahun. Si adik beriya2 nak ikut si kakak ngaji..jadi terpaksa la hantar dia juga, tp allhamdulillah, si adik berjaya menghabiskan iqra 1 dan sekarang dah masuk iqra 2.. kakak pula dah abis iqra dalam usianya ke 5 tahun. Sekarang kakak sedang baca muqqadam iaitu membaca surah2 dalam al-Quran.

Anak-anak aku berdua ni dihantar mengaji di rumah seorang bilal, anak-anak buah aku yang berempat pun sama2 mengaji dengan ustaz ni... allhamdulillah, ada peningkatan. Selepas habis mengaji, mereka akan di ajar sembahayang, cara-cara sembahyang, surah2 dalam sembahyang. 


Sejarah Iqra'

Pengasas kaedah Iqra ' ini adalah al-Sultan Ustaz Haji As'ad Humam yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran Al-Quran sejak 1950-an dan memperkenalkan kaedah ini selepas beberapa tahun dalam penyelidikan. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terdahulu. Pada peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-quran ,kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samaada di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati dan tasydid.

Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta

Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.



Kaedah Iqra’ merupakan satu kaedah yang disusun sebagai satu usaha mengadaptasi atau mengubah suai kaedah lama (al-Baghdadi) agar dapat mencapai matlamat belajar al-Quran dalam waktu yang singkat dan cepat. Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani ini berasal dari Indonesia dan mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah taman kanak-kanak al-Quran di kota Gedo, Jogjakarta. 

Menurut Mohd Alwi et.al (2003), setelah lama menggunakan kaedah al-Baghdadi, Ustaz Hj As’ad kemudiannya beralih pula kepada kaedah Qira’ati selama tiga tahun, namun beliau dapati ianya masih belum dapat memenuhi kepentingan pelajarnya dalam pengajian al-Quran. Selain itu, beliau juga mendapati pihak penyusun Qira’ati itu sendiri kurang memberi sambutan dan tidak berpegang kuat dengan kaedah yang telah mereka susun, lalu beliau mengambil inisiatif menyusun sendiri gagasan yang beliau rangka dengan lebih baik dan sempurna lagi iaitu kaedah Iqra’. Kaedah ini mula diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1988.

Pada mulanya kaedah Iqra’ ini digunakan dalam Majlis Tadarrus Remaja di Wilayah Yogjakarta dan sekitarnya iaitu pelaksanaan di masjid-masjid dan surau seminggu sekali. Lebih 600 Majlis Tadarrus Remaja berjaya ditubuhkan yang kemudiannya dikembangkan oleh aktivis Tadarrus Remaja melalui usaha membimbing anak-anak pengajian di kelompok masing-masing. Hasilnya, terbukti ramai kanak-kanak yang berusia 6 tahun yang diajar melalui kaedah Iqra’ ini dapat membaca al-Quran.

Menurut Mohd Alwi et.al (2003), apabila usaha rintis ini telah berjaya membuahkan hasil maka, kaedah Iqra’ ini akhirnya disebar luaskan penggunaannya ke seluruh Indonesia dan berbagai badan dakwah serta badan-badan organisasi Islam yang terdapat di sana telah berjaya mengendalikan kursus kaedah Iqra’ ini. Kejayaan tersebut telah dapat menarik minat negara-negara jiran yang lain seperti Malaysia, Singapura, dan Brunei untuk mengambil manfaat dengan kaedah ini. Bahkan di Malaysia kaedah Iqra’ dijadikan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Begitu juga di Singapura apabila Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut menggunakan kaedah ini di beberapa madrasah dalam pendidikan agama di sana. Begitulah juga keadaannya di Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu, Filipina dan Thailand yang telah turut mengadakan rintis penggunaan kaedah Iqra’ ini di negara masing-masing.

Seterusnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menguatkuasakan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah-sekolah rendah supaya menggunakan kaedah Iqra’ bermula pada sesi persekolahan 1995 yang lalu. Murid-murid tahun satu dikehendaki mengikuti kelas kemahiran al-Quran selama enam bulan pertama penggal persekolahan yang pertama. Selain itu, Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Persekutuan (MAKDIS) pula telah berusaha menerbitkan modul pengajaran Iqra’ untuk dijadikan panduan guru-guru bagi menjalankan kaedah ini di sekolah masing-masing.

Buku-buku Iqra’ disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Ianya telah disusun dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan murid menguasai asas kemahiran seperti mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan menulis serta diselitkan juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat murid sepanjang enam bulan pertama persekolahan mereka.

Kaedah Iqra’ ini dikenal pasti juga sebagai kaedah yang dapat membantu mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan baik melalui 3 peringkat iaitu 
1) Peringkat mengenal huruf, 
2) Peringkat mengenal baris dan, 
3) Peringkat membunyikan baris (Mohd Alwi 2003).


*p/s : semoga anak-anakku, Qaseh Dhia Faqihah, Qaseh Zahra Zafirah dan Iman Fahry menjadi anak yang soleh dan solehah serta terang hati untuk menuntut ilmu duniawa dan akhirat!

Sabtu, Disember 8

::Ultraman::



Sejak menjadi surirumah sepenuh masa cutii sekolah ni, maka harus la aku melayan anak-anak bertiga ni di rumah. Mahu tak mahu, terpaksa juga melayan mereka menonton cerita kegemaran mereka. Kalau pagi, bangun tidur jam 7.00 pagi, dah siap minta susu..pastu mengadap cerita kartun upin ipin dan boboi boy.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Ni nak cerita tentang anak-anak aku yang memang peminat tegar dengan ultraman. Tak kira la ultraman mebius ke, tiga ke, max ke.... huhuhuh..memang aku x dapat cam mane satu miraei yg jadi ultraman mebius, kayto pula yg jadi ultraman max, ultraman tiga pula diego yg jadi ultraman..heheheh.. itu semua aku pelajari dari anak-anak perempuan aku yang dua ni. Memang dah hafal sape yg jadi ultraman... siap kenal nama...siap tahu bila nak bertukar...siap tau pakai lampu kaler apa... hahahah... memang hebat penangan cerita ultraman ni... aku pun x dapat cam mana satu ultraman2 ni...

 
ni Ultraman Max 

ni pula Ultraman Mebius

ni Ultraman Tiga


Ultraman (ウルトラマン ,Urutoraman) adalah merupakan terbitan tokusatsu produksi,  Tsuburaya Productions yang menampilkan tokoh pahlawan super bernama Ultraman. Ultraman diciptakan oleh Eiji Tsuburaya dari Tsuburaya Productions.

Sejarah Ultraman

Jutaan tahun bumi yang lalu, sebuah planet di Nebula M78 mengalami bencana besar, matahari planet itu hancur. Dalam bencana itu, makhluk penghuni planet tersebut berubah menjadi bentuk cahaya. Mereka kemudian mengetahui bahawa bentuk baru mereka memberikan kekuatan untuk melindungi dari kekuatan jahat yang mengancam untuk menciptakan bencana di planet lain.


Kemudian, mereka menciptakan generator plasma untuk menggantikan matahari mereka. Dunia baru mereka dinamakan Planet Cahaya (Land of Light).


30 juta tahun bumi yang lalu, 4 dari guardian ini pertama kali tiba di bumi untuk memusnahkan berbagai raksasa yang ingin menghancurkan penduduk dibumi. Mereka tidak sanggup untuk melawan raksasa ini dalam bentuk cahaya. Kemudian mereka menciptakan bentuk manusia di bumi. Tubuh ini adalah dianggap seperti battle-suit atau mesin perang, di isi oleh guardian cahaya. Mereka adalah pahlawan ultra yang pertama muncul dalam bentuk fizik.

Biodata Ultraman
* Tinggi: 40 meter
* Berat 35.000 ton
* Umur: 20.000 tahun (menurut perhitungan kalender bumi)
* Kecepatan terbang: Mach 5 (5 kali kecepatan suara)
* Kecepatan lari: 700 km/jam
* Kuasa:
  • Specium Kohsen: senjata trademark dengan menyilangkan tangan kanan secara horizontal dan tangan kiri secara vertikal.
  • Yatuzaki Kohrin: cincin sinar yang mampu memotong benda apa saja
  • Attack Beam: sinar dikeluarkan dari pukulannya
  • Ultra See-through Beam: sinar yang mampu melihat benda-benda yang tidak kelihatan, seperti kapal induk Alien Baltan yang bersembunyi
  • Ultra Air Attack: sinar anti gravitasi
  • Ultra Water Stream: sebuah pancaran air dari tangan untuk memadamkan api
Keluarga Ultraman



-Ultraman King
- Ultraman
- Ultraman Zoffy
- Ultraseven
- Ultraman Jack
- Ultraman Ace
- Ultra Father
- Ultraman Taro
- Ultra Mother
- Ultraman Leo
- Ultraman Astra
- Ultraman Joe/Jonias
- Ultraman Chuck
- Ultrawoman Beth
- Ultraman Scott
- Ultraman 80
- Ultra Yullian
- Ultraman Great
- Ultraman Powered
- Ultraman Neos
- Ultraseven 21
- Ultraman Zearth
- Ultraman Tiga
- Ultraman Dyna
- Ultraman Gaia
- Ultraman Agul
- Ultraman Nice
- Ultraman Cosmos
- Ultraman Justice
- Ultraman Legend
- Ultraman Boy
- Ultraman Noa
- Ultraman Nexus
- Ultraman "The Next"
- Ultraman Millennium
- Ultraman Elite
- Ultraman Max
- Ultraman Mebius

* p/s : kalau aku memang jadi surirumaah sepenuh masa, bagaimanalah agaknya ya?..

::~Ultras Malaya~::





Bila bercerita tentang Bola Sepak Malaysia, tentu semua orang memperkatakan tentang penyokong. Tanpa penyokong rasanya bola sepak Malaysia akan menjadi sangat hambar. Tahniah untuk penyokong Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakang pasukan Malaysia untuk bersama-sama menaikkan semangat sukan bola sepak.

Esok Malaysia vs Thailand! wah...memang dinanti2 kan ni.... tapi entry kali ni nak cerita sikit pasal penyokong bola sepak!! Walaupun tak pernah jejak kaki ke stadium untuk tengok bola, tapi aku suka tengok bola! hahahah.. kalau tengok di kaca TV, mesti nampak lautan penyokong Malaysia. Kuning hitam! Itu la penyokog Malaysia yang boleh aku anggap sebagai pemberi semangat moral pada pemain-pemain Malaysia. Walaupun pasukan kalah atau memang, penyokong tetap akan menyokong sepenuh hati!! Kalau la aku diberi kesempatan untuk duduk sama-sama dengan penyokong Ultras Malaya ni kan best!! 


Ultras Malaya

Ultras Malaya  merupakan kumpulan rasmi penyokong untuk menyokong pasukan kebangsaan Malaysia. Ia adalah kelab penyokong terbesar di Malaysia khusus untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan Olimpik. Mereka dikenali sebagai penyokong yang fanatik untuk menyokongan pasukan Malaysia. Oleh itu mereka akan sentiasa muncul semasa perlawanan antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

Pada tahun 2010, mereka dianggap penyokong terbaik di Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia selepas Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010. Pemakaian Ultras Malaya dengan kombinasi warna yang menarik terutamanya warna dan warna kuning untuk mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Semasa perlawanan, penyokong Ultras Malaya akan membawa suar, gendang dan membawa bendera besar  Jalur Gemilang. Ultras Malaya kini mempunyai lebih daripada 10,000 ahli di seluruh Malaysia.

Asal kewujudan
Ultras Malaya asalnya dibentuk melalui sebuah portal tempatan www.harimaumalaya.com yang menekankan tentang bola sepak di Malaysia. Portal Harimau Malaya ini telah ditubuhkan pada 2007 oleh penyokong pasukan bola sepak kebangsaan. Semangat dan sokongan untuk pasukan kebangsaan pada masa itu sangat rendah. Situasi ini adalah disebabkan oleh salah urus, serta kerugian rentetan beberapa kekalahan yang berlaku. Idea ini timbul untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan, tidak kira menang atau kalah pasukan kebangsaan dalam sesuatu pertandingan.

Istilah "Ultras" ini lahir dari peminat sukan yang terkenal atas sokongan fanatik mereka. Manakala istilah "Malaya" datang dari nama samaran pasukan kebangsaan dan juga simbol kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Ultras Malaya menggunakan warna hitam dan kuning kerana ia adalah warna pasukan kebangsaan Malaysia dan mewakili warna Malayan Tiger.

Pada asalnya Ultras hanya mempunyai 20 orang ahli yang membentuk asas persatuan. Pertandingan Piala Asia 2007 yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Penyokong Ultras merasakan bahawa perlunya sokongan yang oerlu diberikan kepada pasukan Kebangsaan Malaysia yang menyaksikan kekalahan dalam kejohanan itu. Tetapi sokongan Ultras ketika itu tidak pernah pudar sehinggalah kehari ini.

Selama bertahun-tahun, pasukan kebangsaan berjuang untuk memberikan prestasi yang baik kepada peminat selepas terkeluar awal pada AFF Suzuki Cup 2008. Selepas kegagalan pasukan kebangsaan untuk melayakkan 2011 AFC Asian Cup, Malaysia tidak mempunyai banyak penyokong dan mempunyai peminat yang sedikit. Pada masa itu, Ultras hanya mempunyai 50 penyokong kuat.


Selepas pasukan kebangsaan Olimpik berjaya mencapai pingat emas di 2009 Sukan Asia Tenggara, bola sepak Malaysia telah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dengan lebih banyak penambahbaikan dilakukan dalam Liga Super Malaysia dan ini sekaligus menyebabkan ramai peminat bola sepak menyertai Ultras untuk menunjukkan sokongan. Ultras Malaya mula membawa gendang, suar dan sepanduk yang banyak selepas kemenangan tersebut. Ianya umpama menjadi batu asas peningkatan penyokong Ultras.

Ahli Ultras Malaya perlahan-lahan meningkat sepanjang tahun dengan 5,000 penyokong sehingga  AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia berjaya ke perlawanan akhir dan bermain perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Stadium telah dipenuhi melebih kapasiti untuk kali pertama sejak ia dibina dengan kedua-dua peminat Malaysia dan Indonesia. Semasa pertandingan berlangsung, penyokong Ultras Malaya paling banyak menyumbang dengan nyanyian 20 lagu dan mengibarkan bendera Malaysia secara besar-besaran. Malaysia kemudiannya memenangi kejohanan itu.

Ultras Malaya kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan semakin meningkat. Ultras Malaya telah menjadi lebih baik dengan membuat keahlian, T-shirts, banner, lebih lagu dan banyak lagi. Laman portal rasmi Ultras Malaya juga boleh dilayari. Pelbagai info dan aktiviti tentang Ultras Malaya boleh diperolehi di portal ini. Ultras Malaya kini merupakan penyokong terbaik diikuti dengan Mania The Red Kelantan (TRW) yang kedua terbesar di Malaysia.


Selepas kewujudan Ultras Malaya 07, penyokong bola sepak Malaysia turut dijadikan inisiatif bagi setiap negeri untu menubuhkan kelab penyokong masing-masing melalui sub-kumpulan. Kumpulan-kumpulan sub adalah berdasarkan kelab / negeri mereka. Senarai sub-kumpulan yang terdapat di Malaysia:

  • Silver State Ultras (Perak FA)
  • Ultras Kedah (Kedah FA)
  • UltraSel (Selangor FA)
  • Boys Selat (B.O.S) (Johor United)
  • Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA)
  • Mania Merah (Kelantan FA)
  • Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan FA)
  • Ultras Tranung (Terengganu FA)
  • Elephant Army (Pahang FA)
  • Ultras Kuala Lumpur (Kuala Lumpur FA)
  • Ultras Taming Sari (Melaka FA)
  • North Borneo Ultras (Sabah FA)
  • Gallore Buceros (Sarawak FA)
  • Ultras Panthers (Pulau Pinang FA)

* p/s : harapan agar Malaysia mengulangi kemenangan di AFF Suzuki 2010 untuk tahun ini 2012!

The Class Clown


Zaman sekarang,
Menjadi guru banyak cabaran
Tidak seperti dahulu…
Hanya mengajar murid-murid sahaja

Sekarang..
Semua kerja guru kena tahu..kena pandai buat…
Kena pandai mengajar dan yang penting
kena pandai ilmu hendak menepis saman menyaman

dulu..
murid-murid semua dengar kata
takut dengan guru
nak pandang guru pun takut…apatah lagi nak melawan guru
tapi, sekarang semua murid berani
apatah lagi ibu bapa
pantang anak dicuit sedikit
pasti terima surat saman

kalau tidak pun, habis kereta guru kena calar
kalau murid samseng, memang sah kena belasah
siap ada geng tunggu kat depan pagar

zaman sekarang guru kena siap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku
anak murid sekarang sukar dijangka perangai mereka
guru tidak perlu takut, tapi teruskan usaha untuk mendidik mereka.


* p/s : tak sabar nak memulakan kerjaya sebagai guru!

Rabu, November 28

:: Piala AFF Suzuki Cup 2012 ::




Sejarah

ASEAN Football Championship sebelumnya bernama Piala Tiger (Tiger Cup), merupakan satu kejuaraan bola sepak antara Negara-negara di Asia Tenggara. Perlawanan ini diselenggarakan oleh Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF).  Nama lama kejuaraan ini berasal dari sponsornya iaitu perusahaan bir Singapura  Tiger Beer. Pada 2007 nama kejuaraan ini menjadi Kejuaraan Bola Sepak ASEAN, dan bertukar nama pada 2008 menjadi Piala Suzuki AFF dan dipelopori oleh sembilan negara ASEAN.
  
Piala Tiger dimulai pada tahun 1996 di Singapura. Pada kejuaraan pertama, Thailand berhasil merebut juara setelah mengalahkan Malaysia dengan 1-0 di final.

Pada tahun 1998, Piala Tiger  yang berlangsung di Vietnam telah terjadi satu kontroversi di mana Indonesia dan Thailand berupaya untuk tidak bertemu dengan tuan rumah Vietnam di babak berikutnya, maka Indonesia dan Thailand bermain bukan untuk menang. Ketika skor masih 2-2 menjelang berakhirnya pertandingan, defend Indonesia Mursyid Effendi dengan sengaja menendang bola ke gawangnya sendiri sehingga skor menjadi 3-2 untuk kemenangan Thailand. Kedua pasukan akhirnya didenda kerana telah "merosakkan semangat bola sepak" dan Mursyid sendiri dilarang bermain dalam bola sepak antarabangsa seumur hidup. Juara pada tahun 1998 adalah Singapura yang mengalahkan Vietnam di babak final dengan skor 1-0..

Pada Piala Tiger 2000 & 2002 terjadi final "el clasico ASEAN" yang semuanya dimenangi oleh Thailand setelah berturut-turut mengalahkan Indonesia di final.  Kejuaraan Bola Sepak ASEAN 2007 diadakan di Singapura dan Thailand. Piala Tiger kembali dijuarai Singapura setelah mengalahkan Thailand. Piala Suzuki AFF 2008 diadakan di Indonesia dan Thailand yang kali ini dijuarai Vietnam yang mengalahkan Thailand pada final.

Piala Suzuki AFF 2010 diadakan di Indonesia dan Vietnam yang kali pertama dijuarai oleh Malaysia mengalahkan Indonesia, dengan agregat 4-2 yang telah bermain di Malaysia 3-0 dan di Indonesia 2-1.


* p/s : harap-harap Malaysia mengulangi kejayaan 2012. Walaupun kalah diawal permainan!

Selasa, November 27

:: buku teks zaman sekolah rendah 80'an - 90'an ::

Bila musim cuti sekolah dah nak bermula..
akula orang paling seronok..
sebab sebelum cuti buku teks semua kena pulang...
aku ikat dengan tali semua buku teks....
ya laa...x sabar nak naik darjah baru..
kelas baru...berdebar menanti keputusan..
kalau result jatuh kena turun kelas...

Dulu,
buku teks aku semua dapat pinjam....
seronok beratur nak amik buku teks baru..
walaupun hakikatnya..buku tuh dah berapa keturunan dah... beralih tangan...
tapi seronok.. walaupun tebal.. sebab dapat buku!

Dulu,
aku x da jadual2 anjal2 ni... semua kena pikul..
tak bising pun..
x ada beg roda2 nak sorong..
semua beg galas..
berat ke ringan ke..tetap seronok nak ke sekolah..

Dulu,
pegi sekolah sebab suka tengok cikgu...
sebab cikgu cantik...
dapat cikgu garang pun x kisah...
kena marah pun tetap datang sekolah...

Dulu,
lepas dapat pinjam buku teks..
balik rumah ayah terus sampulkan dengan plastik..
w/pun dah ronyok2 dan koyak2...
ayah tetap balutkan dengan sampul...
suka tengok ayah sampul..kemas!

Sekarang,
semua free .. yuran.. buku teks semua dapat...
tapi semua mengeluh kata berat...
kadang-kala x bawa pun buku teks...
rugi sangat....

Sekarang,
semua anggap mudah..
buku tinggal dalam kelas, bawah meja..
akhir tahun kalau hilang...
apa susah...bayar je la denda...
sungguh mudah.....

 

 

 


Antara buku-buku teks zaman aku sekolah rendah.... terima kasih kepada pendidikan Malaysia sebab bagi aku pinjaman buku teks..kalau nak beli... memang zaman aku x mampu..sebab 4 orang bersekolah...


* p/s :aku harap aku juga akan menjadi seorang guru yang berjaya dan berdedikasi...serta bertanggungjawab melaksanakan amanah dari Allah swt. Insyallah...