Sabtu, Disember 8

::~Ultras Malaya~::





Bila bercerita tentang Bola Sepak Malaysia, tentu semua orang memperkatakan tentang penyokong. Tanpa penyokong rasanya bola sepak Malaysia akan menjadi sangat hambar. Tahniah untuk penyokong Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakang pasukan Malaysia untuk bersama-sama menaikkan semangat sukan bola sepak.

Esok Malaysia vs Thailand! wah...memang dinanti2 kan ni.... tapi entry kali ni nak cerita sikit pasal penyokong bola sepak!! Walaupun tak pernah jejak kaki ke stadium untuk tengok bola, tapi aku suka tengok bola! hahahah.. kalau tengok di kaca TV, mesti nampak lautan penyokong Malaysia. Kuning hitam! Itu la penyokog Malaysia yang boleh aku anggap sebagai pemberi semangat moral pada pemain-pemain Malaysia. Walaupun pasukan kalah atau memang, penyokong tetap akan menyokong sepenuh hati!! Kalau la aku diberi kesempatan untuk duduk sama-sama dengan penyokong Ultras Malaya ni kan best!! 


Ultras Malaya

Ultras Malaya  merupakan kumpulan rasmi penyokong untuk menyokong pasukan kebangsaan Malaysia. Ia adalah kelab penyokong terbesar di Malaysia khusus untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan Olimpik. Mereka dikenali sebagai penyokong yang fanatik untuk menyokongan pasukan Malaysia. Oleh itu mereka akan sentiasa muncul semasa perlawanan antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

Pada tahun 2010, mereka dianggap penyokong terbaik di Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia selepas Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010. Pemakaian Ultras Malaya dengan kombinasi warna yang menarik terutamanya warna dan warna kuning untuk mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Semasa perlawanan, penyokong Ultras Malaya akan membawa suar, gendang dan membawa bendera besar  Jalur Gemilang. Ultras Malaya kini mempunyai lebih daripada 10,000 ahli di seluruh Malaysia.

Asal kewujudan
Ultras Malaya asalnya dibentuk melalui sebuah portal tempatan www.harimaumalaya.com yang menekankan tentang bola sepak di Malaysia. Portal Harimau Malaya ini telah ditubuhkan pada 2007 oleh penyokong pasukan bola sepak kebangsaan. Semangat dan sokongan untuk pasukan kebangsaan pada masa itu sangat rendah. Situasi ini adalah disebabkan oleh salah urus, serta kerugian rentetan beberapa kekalahan yang berlaku. Idea ini timbul untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan, tidak kira menang atau kalah pasukan kebangsaan dalam sesuatu pertandingan.

Istilah "Ultras" ini lahir dari peminat sukan yang terkenal atas sokongan fanatik mereka. Manakala istilah "Malaya" datang dari nama samaran pasukan kebangsaan dan juga simbol kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Ultras Malaya menggunakan warna hitam dan kuning kerana ia adalah warna pasukan kebangsaan Malaysia dan mewakili warna Malayan Tiger.

Pada asalnya Ultras hanya mempunyai 20 orang ahli yang membentuk asas persatuan. Pertandingan Piala Asia 2007 yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Penyokong Ultras merasakan bahawa perlunya sokongan yang oerlu diberikan kepada pasukan Kebangsaan Malaysia yang menyaksikan kekalahan dalam kejohanan itu. Tetapi sokongan Ultras ketika itu tidak pernah pudar sehinggalah kehari ini.

Selama bertahun-tahun, pasukan kebangsaan berjuang untuk memberikan prestasi yang baik kepada peminat selepas terkeluar awal pada AFF Suzuki Cup 2008. Selepas kegagalan pasukan kebangsaan untuk melayakkan 2011 AFC Asian Cup, Malaysia tidak mempunyai banyak penyokong dan mempunyai peminat yang sedikit. Pada masa itu, Ultras hanya mempunyai 50 penyokong kuat.


Selepas pasukan kebangsaan Olimpik berjaya mencapai pingat emas di 2009 Sukan Asia Tenggara, bola sepak Malaysia telah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dengan lebih banyak penambahbaikan dilakukan dalam Liga Super Malaysia dan ini sekaligus menyebabkan ramai peminat bola sepak menyertai Ultras untuk menunjukkan sokongan. Ultras Malaya mula membawa gendang, suar dan sepanduk yang banyak selepas kemenangan tersebut. Ianya umpama menjadi batu asas peningkatan penyokong Ultras.

Ahli Ultras Malaya perlahan-lahan meningkat sepanjang tahun dengan 5,000 penyokong sehingga  AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia berjaya ke perlawanan akhir dan bermain perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Stadium telah dipenuhi melebih kapasiti untuk kali pertama sejak ia dibina dengan kedua-dua peminat Malaysia dan Indonesia. Semasa pertandingan berlangsung, penyokong Ultras Malaya paling banyak menyumbang dengan nyanyian 20 lagu dan mengibarkan bendera Malaysia secara besar-besaran. Malaysia kemudiannya memenangi kejohanan itu.

Ultras Malaya kini mempunyai lebih 10,000 ahli dan semakin meningkat. Ultras Malaya telah menjadi lebih baik dengan membuat keahlian, T-shirts, banner, lebih lagu dan banyak lagi. Laman portal rasmi Ultras Malaya juga boleh dilayari. Pelbagai info dan aktiviti tentang Ultras Malaya boleh diperolehi di portal ini. Ultras Malaya kini merupakan penyokong terbaik diikuti dengan Mania The Red Kelantan (TRW) yang kedua terbesar di Malaysia.


Selepas kewujudan Ultras Malaya 07, penyokong bola sepak Malaysia turut dijadikan inisiatif bagi setiap negeri untu menubuhkan kelab penyokong masing-masing melalui sub-kumpulan. Kumpulan-kumpulan sub adalah berdasarkan kelab / negeri mereka. Senarai sub-kumpulan yang terdapat di Malaysia:

  • Silver State Ultras (Perak FA)
  • Ultras Kedah (Kedah FA)
  • UltraSel (Selangor FA)
  • Boys Selat (B.O.S) (Johor United)
  • Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA)
  • Mania Merah (Kelantan FA)
  • Ultras Nogori 9 (Negeri Sembilan FA)
  • Ultras Tranung (Terengganu FA)
  • Elephant Army (Pahang FA)
  • Ultras Kuala Lumpur (Kuala Lumpur FA)
  • Ultras Taming Sari (Melaka FA)
  • North Borneo Ultras (Sabah FA)
  • Gallore Buceros (Sarawak FA)
  • Ultras Panthers (Pulau Pinang FA)

* p/s : harapan agar Malaysia mengulangi kemenangan di AFF Suzuki 2010 untuk tahun ini 2012!

Tiada ulasan: