Zaman sekarang,
Menjadi guru banyak cabaran
Tidak seperti dahulu…
Hanya mengajar murid-murid sahaja
Sekarang..
Semua kerja guru kena tahu..kena pandai buat…
Kena pandai mengajar dan yang penting
kena pandai ilmu
hendak menepis saman menyaman
dulu..
murid-murid semua dengar kata
takut dengan guru
nak pandang guru pun takut…apatah lagi nak melawan guru
tapi, sekarang semua murid berani
apatah lagi ibu bapa
pantang anak dicuit sedikit
pasti terima surat saman
kalau tidak pun, habis kereta guru kena calar
kalau murid samseng, memang sah kena belasah
siap ada geng tunggu kat depan pagar
zaman sekarang guru kena siap sedia dengan segala
kemungkinan yang akan berlaku
anak murid sekarang sukar dijangka perangai mereka
guru tidak perlu takut, tapi teruskan usaha untuk mendidik
mereka.
* p/s : tak sabar nak memulakan kerjaya sebagai guru!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan