Selasa, Mei 26

::that day-weekend::

Last weekend kami berempat menghabiskan waktu petang di Taman Bunga yang terletak dalam kawasan muzim di Raja. Wah, sungguh ramai org yang datang untuk beriadah dan berjogging. Act, kitorg x planned pun nak kesane, tapi disebabkan dah hampir malam, so kitorg just drop by and jalan2 amik angin. Nak pi zoo, dah nak tutup... so layankan je anak2 nak berjalan... walaupun tak berjogging, tapi still berpeluh badan nih....

Cantik pemandangan Pantai Lido kalau di lihat dari atas bukit.. cantik..bertambah lagi dengan cuaca yang cerah... ada yang berpicnic, main bola, main badminton... kalau tau, leh aku pakai baju sport and sport shoes, dan leh gak bawak raket atau bola untuk anak bermain... insyallah..





Ahad, Mei 24

::my gal with bakul::


Act, this situation berlaku time pagi semalam, time aku dok sibuk nak membasuhh baju, che'wawa dengan sepantas kilat telah menyambar bakul kosong baju kotor dia.. hhhehe..bukan main suka dan seronok dia bile dah dapat bawak bakul tuh ke hulu kehilir...
*layan je la gambo2 tuh...

Khamis, Mei 21

::Dah Pandai eikkk...!!!::

Amboi!!! anak ibu dah pandai naik walker...dah laju dah... siap boleh kacau ibu memasak didapur.... sekarang che'wawa dah 7 bulan, banyak ujian yang dilalui dah lulus...hehehe.. sekrang makan bubur blender pun dah x nak.. nak makan bubur yang hanya di lenyek stamroll dengan sudu jek.. sekarang, suka gigit2 benda yang keras2... suka sangat tonggeng2... maybe dah nak merangkak dah... kalau nak tido, kena ngamuk2 dulu... landing2 kat bahu ibu, baru nak lelap... nak kena pujuk2 bagai... dan paling ketara, banyak baju yang dah x MUAT...heheh...

Isnin, Mei 18

::Award Teacher's Day::

Tag + Award..



Peraturan:
  1. Name your school?...form 1-3, and form 4-5...

  2. Masa-masa terindah di sekolah..

  3. Senarai Cikgu-cikgu yang paling di gemari...

  4. Cikgu paling garang dan paling lemah lembut?..

  5. Tag and give to 5 of your blogger this award....
Answer:
  1. Scoll of rock- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, JB - form 1-5

  2. Banyak sangat - a) Tiru latihan ledger dari class sebelah sebab takut cikgu account marah..sebabnyer class diorg subject account start dulu... b) Bawak walkman... c) dulu, time balik sekolah lepak2, jalan2 kat CS...suka naik bas awam...

  3. sure la cikgu a) BM- cikgu zaleha merangkap cikgu class time form 5 b) cikgu sains masa form 5-cikgu india nama dia rathi kot(ingat2 lupa laaa)..best!! sebab kalau dia cakap sure kena lap... c) cikgu Rodziah-cikgu perdagangan, sebab dia suka pakai kasut tutp penuh...kadang2 baju biru kasut putih... dan d) cikgu saifuddin- cikgu account.. kitorg selalu failed time ujian account..nampak sangat sengal..tapi time spm lulus juga...heheh

  4. Cikgu paling garang?...surely cikgu dispilin time form 1-form 3- Cikgu JR aka Jamaludin dan cikgu paling lemah lembut- cikgu maznah, yang ajar agama form 3...

  5. Blogger yang di tag.. mommy lyna, norlin, et , sis lin, retna


::Selamat Hari Guru-Peringkat Sekolah::

18-05-2009, Menyambut Hari Guru bersama pelajar-pelajar SMKPJ 2.. 1st time aku disambut dan diarak oleh para pelajar dalam sambutan Hari Guru. Perasaan aku sungguh gembira dan seronok... tapi bila hadiah disampaikan, tetiba rasa macam terharu dan hiba..sebab, walaupun baru 2 bulan menjejak kaki dalam dunia perguruan, masih ada dan ada juga pelajar yang menyedari akan kehadiran aku dalam dunia pelajaran mereka.. terima kasih, pelajar2...
Seawal 7.30am, acara telah dimulakan terlebih dahulu dengan merekod kedatangan pelajar, memandangkan aku adalah guru kelas bagi tingkatan 4.. then, around 7.45am, kami diminta beratur secara berbaris untuk melintas di hadapan ribuan pelajar sesi pagi dan petang dengan paluan kompang dan bunga rampai.. seronok....
Lepas tuh, acara nyanyian negaraku, sekolah dan nyayian hari guru yang sungguh mendalam maksudnya..PK1 telah memberikan mandat hari guru disertai dengan pemotongan kek bersama pengerusi PIBG. Acara makan-makan bermula dengan makanan ditaja sepenuhnya oleh Lind's Catering iaitu "makcik kantin".. sedap, sampai x muat bilik rehat guru..kena joint dengan pelajar2...
Acara guru dan pelajar berlaku sebelum rehat, dengan pertandingan bola jaring yang telah dimenangi oleh pasukan para pelajar..hehehe, (guru2 dah berat badan)..Lepas acara bola jaring dan makan free, aktiviti pelajar bermula.....

Perhimpunan dari jarak atas BLOK A

*Peace* kak mizah, cikgu yang same2 badge aku...

Acara sambutan di kendalikan oleh pasukan beruniform POLIS sekolah


Acara persembahan dari pelajar2, ada live band, zapin, joget india, tarian shuffel dan tarian black dance...

*terima kasih anak-anak atas sambutan yang diberikan, semoga aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mendidikan kalian semua...


Sabtu, Mei 16

::Selamat Hari Guru::


Lagu Guru Malaysia





Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra Putri negara kami



Pada seri paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua



Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu... membina..
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan...


Lagu dan lirik Hashim Ahmad





"SELAMAT HARI GURU untu semua teman2 yang bergelar guru, walaupun aku baru menceburi bidang pendidikan, banyak benda, banyak perkara yang diluar jangkaan aku berlaku sepanjang aku bergelar guru.. dan ini adalah kali pertama aku menyambut sendiri hari guru dikalangan guru-guru yang 'otai' dan lebih expert dalam dunia perguruan..





Hari ni, kami diraikan dalam satu Hi Tea yang ringkas oleh pihak sekolah.. kami diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah di Hotel Dorset.. acara bermula seawal 2.30pm hingga 6pm.... tema acara adalah "terima kasih cikgu" dengan semua guru-guru di wajibkan memakai pakaian colour purple.. best!! banyak acara yang dijalankan..aku sempat la bawa si kak long... gembira dia sebab dapat bermain2..dapat berjalan2....




Khamis, Mei 14

::Sudoku::


Ada sesiapa telah mengetahui SUDOKU. Sejak bile pulak aku suka main sudoku ni?...hehehe, act, baru jek..sebelum nih, aku just main2 jek..tapi sejak last week, tetiba minat nak main bercambah macam bunga.. best juga.. Memandangkan sekolah tgh exam, so amik kesempatan , masa terluang nih.

SUDOKU - adalah sejenis permainan menguji minda yang berasaskan pengiraan atau Mathematik. Ianya mula diperkenalkan kepada umum sekitar tahun 1780s lagi oleh Leonhard Euler, dari Basle. Ianya bermula apabila beliau menjadi cacat penglihatan di pertengahan umur dan ini menyukarkan beliau untuk bekerja dengan menggunakan buku dan penulisan. Hasil dari pemikiran dan penelitian beliau lalu beliau menghasilkan satu kaedah pemikiran penyelesaian hanya menggunakan minda dan bakat dengan mereka satu permainan berbentuk teka teki atau silangkata.

Beliau kemudianya mencipta Grid-based puzzle dan menamakannya dengan nama Latin squares. Inilah asas permainan yang mirip kepada Sudoku yang ada sekarang. Bagaimanapun ia masih tidak dikenali ramai sehinggalah ianya diperkenalkan di Amerika sekitar 1980 dengan dikenali dengan nama permainan meletak angka atau number place game.Setelah sekian lama ,seorang pekerja di salah sebuah majalah silangkata Jepun ternampak akan jenis permainan dan mula merubah dan mengemaskinikan permainan ini berasaskan permainan asal dan menamakan dia Sudoku yang bermaksud Satu Angka.

Permainan ini amat popular di Jepun dan kemudian merebak ke sebelah Eropah setelah The Times, London mula menerbitkan permainan ini di dalam akhbar mereka pada November lalu.

Kini ianya mula merebak ke seluruh dunia dengan pesat dan dengan khabarnya pengeluar Handphone terkini juga kini dilengkapkan dengan Sudoku, malah satu program berbentuk ini juga mula dirancang untuk penyiarannya di kaca TV.Hari ini terdapat sekurang-kurangnya 5 buah penerbitan Sudoku di Jepun dengan edaran sebanyak 660,000 naskah dan kini di mana sahaja di Jepun. Kita boleh melihat masyarakat mula meminati permainan ini, di mana sahaja samada dalam tube, metro, taman-taman sambil menghirup udara segar atau sambil menemani anak-anak anda bermain di padang.

Bagi saya permainan ini akan lebih mendekatkan kita kepada Ilmu Matematik, bagi mereka yang dulu tidak berminat dengan subjek ini akan dapat merasakan nikmat dan kelaianan dalam permainan uji minda ini. Selain dari itu, kanak-kanak yang didedahkan dengan permainan ini dikatakan akan lebih meminati ilmu matematik dan ini adalah merupakan satu petanda yang positif kepda pertumbuhan minda kanak-kanak. Baik main benda ni daripada main permainan mengarut lain tu seperti game pokemon, game perang dan lain-lain.Mengikut sebuah laporan, permainan puzzle ini tidak ada tandingannya selepas permainan Cubik Cubes yang telah terjual sebanyak 100 juta unit pada awal 1980 an.

Permainan ini berbentuk kotak empat segi 9 X 9 dengan diisi angka 1 hingga 9. Satu lagi moral yang ingin ditonjolkan ialah elemen penetration, manipulation dan marketing. Sebagai contoh, walaupun ia bermula di sebelah Barat namun kebijaksanaan orang Jepun dan kepakaran mereka meneroka pasaran lebih luas dengan teknologi dan pemasaran yang jitu telah meletakan permainan ini bertaraf dunia dan mula dikenali sebagai permainan Jepun malah lebih dikenali dengan SUDOKU dari nama asal dia.

Isnin, Mei 11

::mana????::


Hish, masuk bulan nih dah hampir sebulan setengah aku tak terima gaji...uhuk..uhuk..uhuk..
sesak wei...
poket kering nih...
hrmm..nak kena tunggu sampai akhir bulan???....
waaaaaa....
cepat la wahai kerani2 sakalian...x kan nak hold gaji kitorg sampai 2-3 bulan pulak....
nak kena naik hangin nih..baru nak wat keje...


*semoga gajiku dan rakan2 seperjuangan akan masuk bulan nih....





::Award::

Award 'berangkai' nih di beri oleh seorang blogger yang pada pendapat aku sungguh bersifat keibuan, lemah lembut, walaupun sekadar perkenalan di alam maya..kata-kata nasihat, sajak, puisi dan penulisan blog yang amat menyentuh perasaan dan memberi ilham.. terima kasih kak nazilyn..
SELAMAT HARI IBU

Award kat bawah di beri oleh rakan masa kat UTM yang bagi..tq Jerry. Kawan aku nih memang andai masak..banyak ilmu yg aku dapat dari segi skill dan menu2 masakan yang baru..


The Rules Are :

Letakkan award ini di blog anda, dan anugerahkan award ini kepada blogger yang berinspirasi dan sangat mesra dengan anda.

*mereka2 byk memberi info dan ilmu kpd aku, waima dr segi kekeluargaan mahupun kehidupan


Ahad, Mei 10

::Award Mother's Day::

Award dari seorang sahabat blog... thanks SHAY harap2, satu hari nanti kite akan bersua...
SELAMAT HARI IBU








Jumaat, Mei 8

::Kasih Sayang Seorang Adik::



Aku suka sangat this moment.. when both of my gals sleep...hopefully both of you akan selalu saling lengkap melengkapi bila dewasa kelak....