Kelahiran Zahrah pada awalnya jangkaan kiraan doctor adalah pada 26.09.2008, iaitu bersamaan 26 Ramadhan 1429 namun zahrah tak nak keluar juga dalam perut ibu, before 26.09.2008 iaitu pada 23.09.2008 seperti biasa aku buat antenatal check up dan doctor mengatakan andai aku tidak bersalinn pada jangkaan yang ditetapkan aku dipaksa untuk pergi ke hospital untuk di induce iaitu seminggu tempoh yang diberi oleh doctor..
Dalam menanti tempoh untuk bersalin, aku, husband dan adik aku serta mak aku sempat la berjalan2 membeli belah untuk persiapan hari raya (orang kata kalau selalu berjalan akan mudah dan cepat bersalin) tapi dah puas aku berjalan2 dan bershopping namun Zahra x nak gak keluar dari perut ibu.. kat rumah pulak aku mengaktifkan diri melakukan kerja-kerja rumah dengan mengemas rumah dan sempat juga la aku membuat kuih muih raya…
Hari raya tahun nih meriah sungguh sebab semua adik beradik dan anak-anak buah kau yang 4 orang tuh beraya kat rumah, lagi meriah sebab mak ayah aku seperti tahun2 sebelum nih memasak hidangan yang banyak dan menyelerakan ditambah pula dengan makanan favourite aku iaitu kambing masak merah..nyum nyum…memandangkan esok aku dah kena masuk hospital, maka aku dengan ganasnye telah memakan semua makanan yang mak ayah aku masak..ada ketupat, ada sambal kacang, ada kuah lodeh, ada nasi jagung, ada ayam masak merah dan yang paling best ada kambing masak merah…dari pagi raya sampai la malam dan tengah malam raya pertama aku asyik makan dan makan dan makan dan makan…. (takut dalam pantang mak control aku x kasi makan)
Dalam pada makan jek…perasaan takut ada gak sebab aku takut kena induce..lebih baik bersalin normal…dan aku selalu berdoa aku x di operate atau di bedah..takut..dan pada pagi raya pertama, mak ayah, husband aku dan adik aku semua x dapat balik kampung dan aku dilarang sama sekali untuk travel jauh dari rumah…takut terbersalin dalam perjalanan…dan tunggu punya tunggu, Zahra still tak moh keluar…
Pada pagi 2 hari raya, pada jam 3 pagi aku dikejutkan oleh Qaseh menangis sebab nak susu, so aku selamba jek la bangun..dan aku amik kesempatan tuh pegi buang air kecil dan x sangka ada keluar darah pulak…(time nih aku dah rasa seram sejuk + takut ) dan dengan kadar segera aku terus kejutkan husband aku untuk bersiap pergi hospital, dan tanpa membasuh muka, husband dan aku dengan kelam kabutnya dan gelabahnya terus kejutkan mak suruh tengokkan Qaseh..dan husband aku memecut kereta dengan laju sebab takut terbersalin dalam kereta pulak…sampai je terus register dan aku terus masuk wad saringan untuk diperiksa dan bukaan serviks aku pada pukul 3.30am dah 3cm, dan aku terus disorong ke wad dan pukul 7.30 am air ketuban aku telah dipecahkan dan terus di bawa ke dewan bersalin..
Terus terang aku katakana, kelahiran zahrah amat sakit aku rasakan.. contraction yang aku rasa teramatlah sakit sangat..pukul 8.30am bukaan baru 4cm dan contraction yang aku rasa tersangatlah sakit dan aku telah diberi ubat untuk menyegerakan kelahiran zahrah, disamping itu aku telah diberi ubat tahan sakit dan sebotol air telah dimasukkan..hampir 6 jam aku menahan sakit untuk melahirkan zahrah dan sampai satu tahap aku hampir sakit tangan husband aku genggam. Selamat la husband aku temankan aku dalam dewan bersalin sampai zahrah dilahirkan.. dalam masa tempoh 6 jam sakit, kesan ubat tido telah membuatkan zahrah dalam perut turut tido dan menyebabkan kelahiran Zahra lambat, aku kejutkan zahrah, dengan magatakan “ baby bangunlah..ibu dah x larat nih” dan sampai satu ketika aku cakap dengan husband aku, aku dah x tahan sangat dan operate je laa..tenaga aku pun hampir hilang sebab x menjamah makanan dari pagi tadi…jam 1.30pm contraction semakin hampir..selang seminit dan kesakitan x dapat aku tanggung lagi nurse telah memasukkan sebanyak 6 botol air dalam badan aku…dan akhirnya aku cakap dgn husband aku nak bercakap dengan mak dan aku menangis sebab x tahan sgt...dan mak suggestkan aku minum air penawar yang dah tersedia kat rumah, apa lagi mak suruh adik hantar pd aku dan aku minum secawan terus Zahrah keluar tepat pukul 1.55pm. Kalau ikutkan mak aku, kelahiran Zahrah kali nih org tua2 kata aku nih kembar darah, itu yang sakit sangat..
Allhamdulliah aku selamat melahirkan Qaseh Zahrah Zafirah dengan maksud Zahrah-yang berjaya, yang dapat apa yang di tuntut dan Zafirah-Kekuasaan
2 ulasan:
Aishah..same experience cam kiter time nak kuarkan hadif dulu..kembar darah..dahla die kuar awal dr jangkaan (2mggu awal) lgsg tak prepare air selusuh tau..tapi mase dalam labour room senang kuar..cuma contraction die punye sakit..dr 8pm 3cm tp g masuk wad 3.30 pagi.nak dapatkan bukaan 5cm n pecahkan ketuban dkt kul 1pm.pergh!!..Tuhan ajer yg tau kan..dsebabkan sakit time contraction lbh sakit drp nak kuarkan die..tu yg jadi cam ngeri jer nak bersalin lagi..hehhe..tapi kalau ader rezeki lagi..sure nak tambah lagikn..hehehe lbh kurg same lah pglmn kiter berdua kan..
betul tuh pika..masa dalam labour roon siap ckp dgn husband, lepas nih x nak bersalin lg...serik...sakit sgt..tapi bile baby dah kuar siap ckap, nanti kite dapatkan baby lg 2 eik...ahahhaha...
Catat Ulasan