Majlis Aqiqah dan potong jambul Qaseh Zahrah Zafirah telah aku adakan pada 15 Nov 2008 iaitu sehari selepas aku habis pantang 44 hari. Majlis nih boleh dikatakan agak meriah juga, majlis bermula seawal 10.30am hingga la waktu malam. Pada siang hari, majlis potong jambull disempurnakan oleh sekumpulan wanita yang dianggotai oleh mak aku. Kumpulan nih banyak melakukan aktiviti seperti marhaban dan sebagainya.
Persiapan dah aku lakukan dengan mak hampir sebulan lamanya.Aku nak majlis nih berjalan dengan lancar dan meriah.Dan allhamdulliah semuanya berjalan lancar. Makanan mak dengan ayah aku buat untuk lebih kurang 500 org makan. Ada kambing masak merah, ayam masak merah, daging masak kurma dan nasi jagung..makanan sampingan pun banyak gak...
persiapan yang dilakukan
Sekitar majlis cukur jambul
Susun Komik Baru.
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan