Isnin, Mac 9
::mencari rezeki::
Sekarang masih menghadiri taklimat Frog Vle... jadi sekarang tengah online dalam bilik komputer.
Sabtu, September 20
::Allhamdulillah, masih lagi boleh menulis::
Lamanya rasa tidak menulis dalam blog ni, rasanya dah hampir setahun tidak menaip dalam blog ni. Sejak memulakan diri dalam bidang pendidikan secara tetap, memang terlalu banyak masa aku disekolah, dan masa pergi dan ambil anak2 balik rumah.
Bayangkan, sejak bergelar pendidik, bangun seawal 5.00 pagi, menyiapkan anak2 yang berdua nak kesekolah, masak itu, masak ini, kemas itu kemas ini.
Selepas solat subuh, sebelum @ tepat jam 6.00 harus memulakan perjalanan yang sejauh hampir 30km untuk sampai ke destinasi. 1st place kena pergi adalah rumah mak dia Larkin untuk hantar anak2 then baru gerak ke sekolah a.k.a tempat kerja aku di SK Taman Perling 3.
Jadi, begitu la rutin harian aku 5 hari seminggu sejak bergelar guru. Allhamdulillah
Sabtu, September 28
::JDT - Luaskan Kuasamu Oh Johorku::
Asalamualaikum wbt...
Tahniah untuk pasukan JDT pada perlawanan suku akhir 1. Walaupun masih belum kukuh, tapi pada aku 2 bekalan yang dibawa serba sedikit dapat menjadi semangat untuk pasukan JDT.
Permainan kali ni nampak sangat bertenaga semua ahli pasukan JDT yang bersungguh-sungguh bermain. Safee Sali yang pada dulu hanya bermain pada minit-minit terakhir permainan smsa bawah arahan Fandi...namun pada arahan baru ni, peranan Safee berbaloi dengan jaringan. Tak lupa juga gol sepakan Mat Yo, wp masalah isterinya bukan dijadikan sebagai alasan untuk bermain sambil lewa. Kemasukan Nunes dengan tendangan penalti yang sangat cantik... Jasazrin penyumbang gol pertama yang menjadi semangat untuk pasukan JDT...
Insyallah... sokongan kami tak berbelah bagi untuk kalian di Kelantan nanti...
P/s: Tahniah JDT...
Isnin, September 23
::Derhaka Seorang Madu ::
Assalamualaikum w.b.t,
Hari ni episod terakhir Derhaka Seorang Madu, pada awal menonton cerita ini memang dah terlekat di hati.. geram dengan peranan Farahdhiya yang melakonkan watak Rozi, seorang perempuan yang merampas kasih sayang seorang ibu, isteri Hawa dan anak-anak terhadap lelaki yang bernama suami... Si suami hilang kewarasan sepanjang bersama madu yang sangat zalim dan hanyut dalam dunia hasad dengki...
Kalau ikutkan, cerita ni memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.....
Tahniah untuk pengarah dan penulis skrip yang mampu menghasilkan sebuah cerita yang sangat terkesan....
:: hampir bersawang ::
Khamis, Jun 20
:: jatuh sakit::
Dah lama rasaya tak berkongsi cerita dalm blog ni. Pelbagai cerita telah dilalui sepanjang 2 minggu lalu. Dipendekkan cerita, anak aku yang sulung telah dimasukkan kedalam wad, angkara si nyamuk durjana.
Kronologi pertama....
Sabtu, Jun 8
:: Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan ::
Sebenarnya dah lama tak mengakifkan e-kgsk ni. Semenjak abis belajar 2 minggu lepas, dah bersedia untuk mengaktifkan semula e-kgsk ini untuk memenuhi masa lapang before posting.
Hari Isnin ni, aku nak ke PPD JB untuk kepastian. Harap-harap ada lah tempat untuk aku walaupun hanya sementara.
p/s : Insyallah, semoga dipermudahkan segalanya.
:: maaf, saya belum besar ::
Salam, selamat malam dari kamar tidur anak-anak...
Kalau tidur, memang tak sah tanpa 'bubu' dia.. memang tak lekang dari gengaman... mesti nak ada 'bubu'. Before this, anak-anak perempuan aku yang berdua ni memang x da la istilah bantal busuk laa.. anak patung laaa.... tapi pelik, si budak kecik bujang ni pulak yang dok beriya dengan 'bubu' dia. Kemana la dia pergi, 'bubu' memang tak boleh tinggal.. waima nak pergi makan roti canai pun mesti bawa 'bubu'. Hish.. dah tu, 'bubu' yan diusung kehulu kehilir tu adalah kepunyaan kakak Long dia...hadiah hari jadi... sudahnya, jadi 'harta karun' yang sangat bernilai buat si budak kecik ni. Memang haru kalau tak bawa 'bubu' dia.
Tadi, 'bubu' kena mandi... Wangi la sikit ibu nak cium2.... kalau ibu nak basuh 'bubu' , kena dipastikan si budak kecik ni ada disampingnya semasa proses mencuci dijalankan.. ya la, takut 'bubu' dia kena buang dengan ibu....... tadi si budak kecik ni yang jemur 'bubu'nya... takut ayah dengki amik 'bubu' dia...
Ni la gaya si budak kecik tidur dengan 'bubu' dia... :-). Walaupun tahun ni berumur 3 tahun (2 Nov 2010), tapi gaya masih lagi baby ... sangat manja... lepas mandi ibu mesti nak kena cium dulu.. :-) .. nampaknya anak ibu masih belum cukup besar... sebab masih tidur dengan 'bubu'...
Sekarang dah pandai bercakap... hanya kakak, adik wawa dan ibu yang faham apa budak kecik ni cakap.. dah pandai nak menulis dan mewarna... (sebab boleh kacau kakak dan adik conteng2 buku) sebab tu budak kecik ni suka....
p/s : semoga menjadi anak yang soleh yang bakal mendoakan ibu dan ayah dia akhirat kelak. Semoga anak ibu Iman Fahry menjadi anak yang terang hati, beriman, berilmu dan soleh! Amin..
Selasa, Jun 4
:: Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas - DPLI Preschool ::
Salam dan selamat petang...
Isnin, Jun 3
:: Jakel & Ariani ::
Last2, dapat la juga beli 2 pasang baju yang tak seberapa. Cukupla sekadar dua.. ni pun tak tahu sape yang boleh disuruh unuk menjahit...Jumaat, Mei 31
:: ~ kaki saya sudah patah ~ ::
Salam dan selamat malam....
Minggu lepas, hari Ahad, kaki saya elok je.. semua cukup sifat dari kepala hinggalah ke kaki.. tapi sekarang tidak lagi.. belum sampai Ahad minggu depan, kaki saya dah patah... huhuhu.. sakitnya saya...
~:: kurusnya saya ::~
:: sukarnya dan susahnya ::
Hish, waktu dah hampir nak menginjak ke petang. Kenapa budak kecik ni susah sangat nak TIDUR?... Pelbagai cara nak suruh dia tidur... nak kata belum makan, aku dah suap makan nasi lauk ikan pari masak asam pedas.. nak kata tak bagi susu, aku rasa hari ni je dah lebih 5 botol susu aku beri.. tapi masih tak tidur-tidur juga...
:~Encik Tulang~:
::menziarahi pusara::
Selasa, Mei 28
~masa untuk mengulit kalian~
Khamis, Mei 23
::Alhamdulillah, 18 bulan sudah berakhir::
Hari ni, 23 Mei 2013... maka secara rasminya aku sudah bergelar BEKAS pelajar Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Khamis, Januari 31
::air mata::
Khamis, Januari 10
~ be BRAVE ~
Kalau nak bercerita tentang keberanian aku, wah..memang banyak.. salah satunya, dulu masa aku dapat lesen P. Aku takut nak bawa kereta di jalan raya hampir 2 tahun. Memang tak
Ok, aku tahu macamana nak atasi perasaan takut aku kepada berani. Aku tahu kelemahan aku, dan aku tak nak kelemahan itu mengatasi keberanian aku, maka aku adalah amalkan sikit petua yang boleh dikongsikan...Insyallah, berkat keyakinan dan bantuan dari Allah s.w.t jua. Kalau aku rasa takut tahap
p/s : Keberanian akan menentukan cita-cita. Keberanian bangkit dari kegagalan. Berani adalah belajar dari kelemahan dan kesilapan. Berani membayar harga untuk KEJAYAAN!
Rabu, Januari 9
:: Setahun sudah ::
Menapaki langkah terjal kehidupan
Yang penuh liku
Aku bahagia
Melewati semua tak sendiri
Ada kalian di setiap langkahku yang menyertai
Terima kasih kawan, sahabat dan semua orang yang kucintai
Tanpa kalian tiada erti diriku
Aku ada kerana kalian
Cinta dan ketulusan kalian telah menyedarkanku
Menerangkan padaku bahwa aku tidak sendiri
Ada banyak orang yang peduli
Terima kasih kusampaikan
Untuk semua cinta
Untuk semua ketulusan
Untuk semua kepercayaan
Semoga ikatan persahabatan
Kekal utuh dalam jiwa kalian
Inilah aku
Terima kasih atas penerimaan kalian
















.jpg)







