Assalamualaikum w.b.t
9 Januari 2013!!! Wah, nampak gayanya sudah setahun aku berada di Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas sebagai pelajar @ pelatih guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Tidak ku sangka, pejam celik aku telah berjaya menghabiskan 2 semester di sini. Makanya tinggal 1 semester lagi untuk complete kan Diploma.
Bila ingat balik rentetan kedatangan aku ke KL ni mesti aku akan ingat pelbagai cabaran dan dugaan kena aku hadapi. Dugaan paling teruk dan ketara adalahh meninggalkan bidadari syurga di kampung halaman. Boleh dikatakan pada awal kehadiran aku di maktab membuatkan aku home sick juga la sebab merindui bidadari syurga aku yang bertiga tu.
Pada tarikh ini juga la, anak buah aku lahir. Tahun lepas, sebelum aku mendaftar, adik aku dah sibuk sakit perut, dan allhamdulliah bersalin pagi tu juga.. kalut aku time tu.. cepat benar masa berlalu, masa terlalu mencemburi aku.
Dah setahun Aidil, Achik doakan semoga menjadi anak yang soleh.
Setahun berada di maktab, pelbagai kenangan, pengalaman, ilmu pengetahuan, menambah sahabat, kenalan, pensyarah dan pelbagai situasi aku rasai.. pengalaman dan kenangan terindah ini la yang akan ku ingat dan kenang bahawa sesuatu yang terindah itu memang tidak boleh dijual beli. Terima kasih sahabat KG 3.4 yang bersama-sama mengharungi suka duka sebagai pelatih guru, sanggup berkongsi pengalaman, berkongsi tenaga, berkongsi makanan dan segalanya. Gelak tawa kalian memang susah di cari ganti...
Ini la antara perkenalan awalan kita ya kawan-kawan!! Bahagia berjumpa kalian semua. Sekarang tinggal hampir 6 bulan sahaja aku akan bersama kalian. Selepas ini, mana mungkin kita semua dapat berkumpul, berkongsi dan bergelak ketawa seperti sekarang. Nanti kalian semua pasti membawa haluan masing-masing, yang tinggal mungkin hanya kenangan!!!!!
PUISI BUAT SAHABAT!!
Ingin kucucurkan air mata
Ketulusan kalian adalah kekuatan bagiku
Menapaki langkah terjal kehidupan
Yang penuh liku
Menapaki langkah terjal kehidupan
Yang penuh liku
Aku bahagia
Melewati semua tak sendiri
Ada kalian di setiap langkahku yang menyertai
Terima kasih kawan, sahabat dan semua orang yang kucintai
Tanpa kalian tiada erti diriku
Aku ada kerana kalian
Cinta dan ketulusan kalian telah menyedarkanku
Menerangkan padaku bahwa aku tidak sendiri
Ada banyak orang yang peduli
Terima kasih kusampaikan
Untuk semua cinta
Untuk semua ketulusan
Untuk semua kepercayaan
Semoga ikatan persahabatan
Kekal utuh dalam jiwa kalian
Inilah aku
Terima kasih atas penerimaan kalian
p/s : kadangkala dugaan itu akan menyinar umpama zamrud. Terima kasih Tuhan, Terima kasih Allah s.w.t atas dugaan dan kehidupanku..
1 ulasan:
salam perkenalan...
follow sini yer...
Catat Ulasan