Jumaat, April 29

::tidur secara berjemaah-part 2::



Ok, lihatlah keadaan anak2ku tidur..sungguh mesra..klau boleh semua nak dok berkumpul satu tempat..

Perhatikan kaki si kakak yang dok bertindih menghempap adiknya che wawa, ini lah yang dikatakan ikatan silaturrahim yang utuh..hehehe..kasim selamatlah che wawa x menangis kena hempap..elok jek dia tidur..nyenyak gaban dia tidur..siap berdengkur2 lagi..mungkin kehangatan kaki kakaknya yang buat dia lena di ulit mimpi...





Selasa, April 26

::tidur secara berjemaah::


Ok, sian anak2 ibu ni eik...kepenatan bermain di waktu siang.. ini la akibat kalau x tido siang, memang seawal jam 8 malam lepas makan dah tido..penat dan letih bermain...

Kalau ikut pandangan mata, memang cukup tersusun anak2ku ini, tp keadaan ini hanyalah untuk seketika sahaja, lepas ni habis semua kedudukan GPS tidur mereka ya. Nanti ada yang kat bawah kaki laa...kang tukar posisi pulak, berpelukan, pas tuh tukar lagi...kaki kakak atas perut adik... si kecik pun boleh tahan sekarang...harus ibunya yang jadi border antara kakak2nya ya..kalau idak, abis si kecik kena lanyak dek kakaknya yang berbadan gergasi besar itu....

Situasi bunkface ini memang akan selalu di lihat hatta tidur di rumah sendiri ok.. walaupun beli katil, Walaupun membeli katil sebesar King Size, walaupun pakai tilam Vono, tidur
tetap nak berhimpit dengan ibunya..tidur berlambakan..begini...
dan tidur beralaskan toto sudah memadai bagi mereka melakukan aktiviti bebas seperti tendang -menendang, tindih menindih dan aktiviti berpelukan..
Katil ini hanya dijadikan hiasan sahaja ye dibilik mereka...

Si kecik ni memang dah x boleh tidur diatas katil yer..nanti peristiwa lama akan berulang..dimana si kecik ini telah jatuh ye dr atas katil.. dan si kecik ni pasti menakluki keseluruhan katil ya..


p/s : macamane la kalau ada anak 4?? harus mau di letakkan dimana ya si dia yg ke 4 itu?


Isnin, April 25

::biji sawan::

Biji Sawan?..apa tuh? itu kata org2 tua..tp kalau tanya doktor, dia cakap biji sawan tu umpama jerawat yang tumbuh pada kanak2... dan biji sawan ni disebabkan oleh darah kotor.

Ok nak di pendekkan cerita, anak aku Che Wawa dah diserang biji sayan ni sejak sebulan yang lalu dan dah 2 kali makan ubat doktor, tapi bila ubat antibiotik dah abis, biji tuh akan timbul banyak kat kepala lutut sian aku tgk dia dok merenggek2 jek..dan dok tergaru2 kepala kegatalan. Lagi satu dia x leh org pegang kepala dia atau sentuh biji sawan tuh.. hatta nak pakai baju waima nak sikat rambut pasti dia dok jerit2..sakit ibu..sakit... tersentuh jiwa dan naluri aku...kenapa la anak aku yg kena..tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni...

Sebelum tuh, aku dah cuba rawatan tradisional seperti sapukan daun batawali..dah cuba..tapi masih ada..dan terbaru, ayah cakap kena pakai biji kekabu? (mane la nak cari pokok kekabu zaman2 ni) dah puas aku cari..org tua2 kata biji kekabu ni baik digunakan untuk ubati biji sawan ni..tp kena asah kat kepala pasu...jadi isi tuh disapu berulang2 kali kat kepala yang kena biji sawan ni...( sekarang masih mencari biji kekabu nih...) kalau si dia ni tulis, guna duri belangkas...

Last weekend aku pegi urut kat seorg ustaz ni, memang dia arif bab2 ni..dia kata gunakan mata kunyit hidup kemudian di asah dan dicampurkan dengan tepung beras..dan skrg baru mencuba...sesambil memakan ubat antibiotik bagi mengurangkan kegatalan dan kesakitan che wawa nih....

p/s: kepada sesapa yang tau apa jenis ubat yang boleh digunakan..kongsi2 kan laahh..

::K-POP music::

What is K-POP?..

K-pop (an abbreviation of Korean pop or Korean popular music) is a musical genre consisting of electronic, hip hop, pop, rock, and R&Bmusic originating in South Korea. In addition to music, K-pop has grown into a popular subculture among teenagers and young adults throughout Asia, resulting in widespread interest in the fashion and style of Korean idol groups and singers.

Through the presence of Facebook fan pages, availability on iTunes, Twitter profiles, and music videos on YouTube, the ability of K-pop to reach a previously inaccessible audience via the Internet is driving a paradigm shift in the exposure and popularity of the genre.


HISTORY

1990s: conception and industrialization

The debut of the group Seo Tai-ji & Boys in 1992 was a turning point for popular music in South Korea. Incorporating elements of rap rock and techno. Hip hop duos such as Deux also were popular in the early 1990s.

Jonghyun, lead vocalist of the boy bandSHINee.

The founding of South Korea's largest talent agency, S.M. Entertainment, in 1995 by Korean entrepreneur Lee Soo Man led to the first K-pop girl groups and boy bands.By the late 1990s, YG Entertainment, DSP Entertainment, and JYP Entertainment had burst onto the scene and were producing talent as quickly as the public could consume it.

Groups such as as Fin.K.L, g.o.d., H.O.T., Sechs Kies, S.E.S., and Shinhwa had huge success in the 1990s. Also during this period was the emergence of hip hop and R&B music in Korea, leading to the success of artists including Drunken Tiger and 1TYM.


2000s : Globalization

Today, apprenticeship is the universal strategy for nurturing girl groups, boy bands, and solo artists in the K-pop industry. To guarantee the high probability of success of new talent, talent agencies fully subsidize and oversee the professional lives and careers of trainees, often spending in excess of $400,000 to train and launch a new artist.Through this practice of apprenticeship, which often lasts two years or more, trainees hone their voices, learn professional choreography, sculpt and shape their bodies through exercise, and study multiple languages all the while attending school.

K-pop is steadily gaining influence in foreign markets outside of Asia, most notably in the United States, Canada, and Australia. In 2009, theWonder Girls became the first Korean singers to place on the U.S. Billboard Hot 100 chart with their single, "Nobody".The following year, solo artist Taeyang and girl group 2NE1 began topping various music charts throughout the United States and Canada with the release of various albums and hit songs.[7] In 2011, Big Bang's album Tonight became the first K-pop album to reach the top 10 on US iTunes chart and is the only non-English language album in the top 100.

In a push to further globalize the genre, K-pop artists are increasingly working with talent outside of Korea. In the United States, Korean artists are touring with groups such as the Jonas Brothers and collaborating with well-known producers including Kanye West, Rodney Jerkins.


Popularity

K-Pop is popular throughout Asia, having strong fanbases in countries like Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand and Japan. They are popular all around the world, including other countries like Australia, the United States, and much more other countries

p/s sumber daripada wikipedia. Sekian

Sabtu, April 23

::teknik apungan iman::

Si kecil ini sudah berusia 5 bulan di atas bumi Allah ini.
Si kecil ini sekarang sudah pandai mengundur kebelakang..
Sekarang si kecil ini sudah pandai membuat teknik apungan..( ceh, ayat mcm cikgu sains) hahaha.
Kadang2 kaki dia akan terketik2 kegembiraan sebab dapat mengapungkan dirinya sendiri... macam ni leh bawa mandi kat kolam ni...


sekarang ni dah x yah bantuan kalau nak meniarap..dia pasti pandai sendiri..kalau x dilihat..takut kelaut tergolek-golek..

kenangan

Zaman sekolah merupakn zaman yang sungguh banyak meninggalkan momen yang sangat2 indah. Aku mula mengenal apa itu sekolah adalah ketika berumur 6 tahun. Aku telah bersekolah tadika di Tadika Perpaduan Balai Bomba. Wah zaman ni seronok sebab dapat bermain dengan kawan2 sebaya. Aku masih ingat lagi, sebahagian rakan2 tadika aku yang masih berhubungan dengan aku. Ketika zaman ini, saat paling indah adalah waktu menyanyikan lagu2..dan waktu makan..hehehe...aku pada waktu itu sangat la comel sangat comot...mak selalu dera aku (hahaha..dera kena toncet 2) hari2 kena toncet 2..dan saat paling aku ingat adalah sewaktu ayahku menghantar aku..hahaha...naik vespa tuh...
mane aku?..hahah...try cari bdk yg bertoncet 2 tuh..hahaha

Bila usia dah naik 7 tahun, maka seharusnya kena pi sekolah rendah kan?... hah!! zaman sekolah darjah satu paling best..mane xnya..pagi2 pasti ada aktiviti mengosok gigi di koridor sekolah..siap bawa cawan, berus gigi dan ubat gigi..hahaha..sungguh kelakar..semua berbaris panjang sambil pegang cawan berisi air(untuk kumur2).. dan paling aku ingat, bila ada program susu sekolah..maka aku pun merenggek2 la kat ayah soh beli susu tuh..dulu susu tuh sedap..

Bila naik darjah 2, perangai dah baik skit... tp selalu main teng teng kat sekolah..dan selalu main cop cop tiang sementara tunggu lonceng berbunyi..dan paling best main gelongsor yang ada kat tepi tangga.

Darjah 3 pulak, perangai semakin baik laa..tp perangai masih mcm kanak2 lain..time nih dah pandai main getah..zero point..hahah..pakai baju kurung pun leh lompat2 lagi..zaman ni suka nyanyi2 sebab dulu ada subjek muzik..kami nyanyi lagu Ais Kacang..bestnyer... kalau x silap aku, zaman ni dah ada cerita mero attack..cerita jepun yang suka bermain bola tampar tuh.. aku pasti beri alasan pada cikgu untuk pi trandas padahal balik umah tgk tv..hahaha, kalau waktu rehat, sure balik umah(umah aku dalam sekolah dulu)... dan zaman ni w/p rumah aku dlm sekolah, bile tgk kawan2 bawa bekal aku pun sibuk soh mak beli bekal letak nasi dalam tuh..hahah..leh makan kat kantin..

Darjah 3, aku dah jadi pengawas pusat sumber...

Naik darjah 4, kami yang sudah 3 tahun bersama ada yg terpisah sebab result akhir tahun darjah 3 diambil kira untuk masuk kelas terbaik. Darjah 4, aku dah mula pakai speck mata., jangan terperanjat tgk cermin mata aku..( tuh mak la yang pilih ikut citarasa org dulu2) dah macam zaman ago go dah aku tgk cermin mata tuh...(masih ada lagi simpanan cermin mata tuh).

Darjah 4, cuba cari..dimana aku?..hahaha..masam mencuka muka...

Daraj 5, aku dilantik jadi pengawas...time ni dah aku banyak habis kan masa dipadang sebab aku sering mewakili sekolah dalam acara sukan..dan kadang2 x masuk kelas pun...
Darjah 6, aku sekelas dengan Wan Sharmila..dulu dia ketua pengawas kami..

Naik darjah 6, aku kena fokus dengan UPSR..time ni aktiviti suka dah semakin kurang...tapi selalu kena pegi kelas tambahan setiap hari sabtu..

Itu lah kenangan zaman sekolah yang x dapat dijual beli..saat2 yang sungguh seronok tanpa memikirkan soal kewangan..kan?...time ni la life yang sangat enjoy...

P/s: kawan2 terima kasih sebab menyeronokkan zaman sekolah saya....



Jumaat, April 22

siti muslihalhujan air mata


Baru tadi aku menonton TV rancangan GALAKSI. Ada banyak cerita artis2 ni. Tapi ada seorang arits yang lebih muda 2 tahun daripada aku. Memang pada awal kemunculannya pada pertengahan tahun 1990-an. Sungguh aku terharu dan bergenang air mata bila mendengar jawapan yang sungguh lancar dari mulut tuan empunya badan iaitu Siti Musliha Mohd Mustafa. Gadis ini sungguh ‘istimewa’ di hati seluruh tanahair yang pernah mengikuti sejarah kebangkitan beliau dalam arena seni. Namun setelah sekian lama menyepi, kini beliau bakal muncul dengan album terbarunya.

Pada awal tahun 1990-an namanya cukup dikenali dengan sifatnya apatah lagi beliau pernah merakamkan sebuah album yang mengandungi sebuah lagu hit bertajuk 'Hujan Air Mata'. Kelunakan suaranya pernah diuji juga dengan hafazan ayat-ayat suci Al-Qur'an sekitar beberapa tahun lepas dan pernah muncul di salah satu segmen di TV3, iaitu di bawah kelolaan 'Aziz Desa'. Walaupun tidak memiliki kesempurnaan dari segi bentuk, namun kepetahan belaiu telah memikat semua pihak.

Bakatnya dalam nyanyian itu telah berjaya dikesan oleh komposer terkenal tanahair Adnan Abu Hassan yang membawa Siti Musliha kepada lapangan seni suara. Berjaya menghasilkan album pertamanya yang menggunakan nama sendiri pada tahun 1995 melalui syarikat rakaman milik komposer itu sendiri "Happy Music". Tujuan penghasilan album sulung Siti Musliha juga adalah untuk membiayai kos pembedahan yang masih dijalankan dan amat memberangsangkan apabila album tersebut laris dipasaran. Walau hanya menampilkan 5 lagu dan 5 minus one namun diatas simpati banyak pihak sudi mendapatkannya. Dalam 5 lagu yang dihasilkan lagu membawa tuah yang berjaya meletakan nama Siti Musliha sebaris artis lain ketika itu adalah lagu 'Hujan Airmata' ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik pula Amran Omar. Lagu yang diilhamkan khas tentang dirinya membuat ramai yang tersentuh dan akhirnya memilih lagu tersebut untuk bertanding di Muzik-muzik separuh akhir pada .tahun 1995. Tahun seterusnya album ke-2 pula menyusul yang bertajuk "Mutiara Hati".

Di lahirkan pada 10 JANUARI 1983 dan merupakan anak kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan dan dilaporkan bahawa semasa lahir beliau tidak mempunyai batang hidung dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening juga kedudukan mata beliau tidak normal. Setelah hampir 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara dan bermula saat itu lah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat.

Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalan pembedahan untuk memisahkan jari beliau.

Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalai satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta.


p/s : Subahanallah.. Sesunggunya Engkau lebih tahu akan segala yang berlaku. Tuhan yang Maha Agung Lagi Bijaksana.

::Sambut birthday 2 kali boleh?::

budak di atas telah meminta untuk celebrate bday dia untuk kali ke-dua.
Insyallah kalau ada rezeki next week kita buat kat umah nenek pulak.
ni adalah hadiah dari ayah..ayah balik keje je terus tunjuk hadiah kat kakak...

p/s: psssttt...en shuben, bile nak bagi hadiah kat ibu pulak....?

::hebat pencuri zaman millenium::

Tadi dok baca mymetro rasa macam nak gelak guling2 tengok artikel ni...sungguh berani pencuri zaman sekarang... kalau dulu2 org mencuri pakai topeng x kasik org tgk muka..tp lain pulak citer pencuri ni...jom baca...

Pencuri berseluar dalam

KOTA KINABALU : Seorang lelaki anggota geng curi kabel yang hanya berseluar dalam maut manakala rakannya parah selepas ditembak ketika cuba menyerang polis menggunakan parang di kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid si sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, kedua-dua lelaki terbabit ditembak selepas cuba menyerang sepasukan polis sebaik menyedari kegiatan mereka dikesan.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, beberapa petugas Telekom Malaysia (TM) yang melihat kegiatan kedua-dua suspek berkenaan menghubungi polis bagi memaklumkan kegiatan itu.

Berdasarkan laporan, sepasukan enam anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua kereta diletakkan di tepi jalan dan pemeriksaan di kenderaan itu menemui beberapa gulung kabel di tepi kenderaan terbabit dipercayai dicuri.

Pada masa sama, dua lelaki yang berseluar dalam menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebelum dikejar beberapa anggota polis yang turut melepaskan tembakan amaran ke udara, tetapi tidak diendahkan.

Malah, seorang suspek bersenjatakan parang berpatah balik sebelum cuba melibas parang sehingga memaksa tembakan dilepaskan mengenai rusuk kiri suspek.

Melihat keadaan rakannya yang tersungkur, suspek kedua yang juga bersenjatakan parang berpatah balik dan cuba menyerang polis, tetapi menerima nasib sama apabila ditembak di kaki dan paha.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek pertama lingkungan 30-an mati di tempat kejadian, manakala suspek kedua berusia 38 tahun cedera di kaki dan paha kanan.

“Walaupun cedera, suspek kedua masih menyerang polis yang melepaskan tembakan, tetapi dapat ditangkap lima anggota lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai selonggok kabel sudah dipotong kira-kira 100 meter, dua parang dan seguni padi yang dipercayai digunakan untuk mengupas getah kabel. “Hasil semakan terhadap suspek mendapati seorang daripada mereka memiliki kes lampau iaitu mencuri kabel dengan enam kes dilaporkan di Beaufort dan lima kes di Semporna, manakala suspek pertama belum dikenal pasti identitinya.

“Selain itu juga, semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftaran sebuah daripada dua kenderaan terbabit digunakan suspek sudah dilupuskan kerana terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Hamza berkata, polis akan menyiasat bagaimana kereta yang sudah dilupus digunakan semula nombor pendaftarannya. “Dua kenderaan ini disita, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 307 kanun sama,” katanya.


p/s : ada x org curi x pakai baju?..


Isnin, April 18

::Happy Birthday Qaseh Dhia Faqihah::

18-04-2007 tepat jam 4.01am,Qaseh Dhia Faqihah telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat hanya 2.75kg sahaja. Ibu dan ayah berkahwin pada 04-02-2005. Selamat 2 tahun kami menunggu saat2 indah bergelar ayah dan ibu. Selama 2 tahun kami menunggu untuk memperoleh zuriat kami sendiri. Pelbagai cara, perubatan dan kaedah telah kami lakukan untuk memperolehi kakak. Allhamdulliah, sekarang dah 4 tahun anak ibu, dah besar dah... ibu dan ayah doakan semoga kakak akan menjadi kakak yang boleh membimbing adik2, boleh menjaga adik2 andai ibu dan ayah tiada. Ibu harap kakak boleh menjadi pendorong adik2 menuju kejayaan.
kakak sewaktu berumur 6 bulan

Umur setahun lebih..kakak dah pandai berjalan sejak umur 9 bulan lagi...

Sewaktu kakak berumur 2 tahun...
ni pula sewaktu kakak berumur 3 tahun..masih manja lagi walaupun dah ada adik wawa..

yang ini sewaktu gambar hampir nak berumur 4 tahun...sungguh keletah sangat perangainya..dan sangat2 manja lagi..walaupun dah ada adik wawa dan bby iman

p/s: semoga menjadi anak yang solehah dan beriman serta berilmu..


Ahad, April 17

::sepetang di Kampung Gelang Patah::

Selepas aktiviti makan kek, kami beramai2 telah pulang kekampung dengan tujuan untuk menghantar kayu2 dan zink2 yang berada berkurun lama kat umah ayah aku tuh. Kayu2 tersebut bakal digunakan untuk membina rumah baru di sane. Lama sungguh x balik kampung..rindu...
kanak2 sekalian kepenatan bermain di bawah, maka naik keatas menonton kartun yea..

cinonet ni gumbira berada di rumah arwah nyoyang dia...

kami suka balik kampung!!best
di kampung banyak kucing..suka..

kaum2 adam semua diluar ya..berpanasan mengangkut kayu2 turun...

setengah hari kami disana...sekelepas asar kami beransur pulang..

p/s: kampung yang sudah banyak berubah dan bakal berubah sepenuhnya apabila diambil alih PTP.

::pre-birthday Qaseh Dhia Faqihah::

Hari ni aku dan shuben serta anak2 yang lain telah pegi ke KFC Pasar Larkin, ini merupakan permintaan si kakak sempena birthday yg ke-4nya esok. Disebabkan hari ni hari Ahad, maka hanya kami berlima sahaja yang makan KFC.
adik wawa khusyuk makan matched potato . Boleh habis 3 mangkuk kecil.

sementara shuben dok makan dengan adik wawa,maka kami berfoto la...

Selepas mengenyangkan perut,kami pun mencari kek yang bersesuai dengan kehendak anakku ini, cari punya cari dapat la kek upin dan ipin yang memang disukai..

ini la rupa kek cik upin kita ya..cukupla sekadar untuk makan bersama cousin2 yg 7 org tuh ye..

Birthday gal yang akan genap 4 tahun esok(18-4)


seronok lihat mereka enjoy kek tersebut walaupun sambut kecik2 jek.. minggu depan potong kek lagi...



Rabu, April 13

::salah ke?::

Pada pagi yang hening, kelihatan seorang anak gadis sedang membantu ibu bapanya menjual makanan diwarung mereka. Warung mereka sangat terkenal dengan Asam Pedas, Sup dan pelbagai jenis makanan daripada sarapan hingga makanan tengahari.

Si gadis merupakan seorang graduan yang berjaya mengulung ijazah dari sebuah universiti tempatan. Selepas keluar dari Universiti, pelbagai kerja telah dilakukan. Kini setelah hampir 8 tahun bekerja makan gaji, gadis tersebut mengambil keputusan untuk membantu ibu bapanya berniaga di warung mereka yang telah lama bertapak.

Pada suatu hari, seorang teman ayahnya telah bertanya dengan si ayah, mengapa anak gadisnya yang belajar tinggi2 tetapi hanya melakukan kerja yang dianggap 'murahan'.
Si gadis telah terdengar akan perbualan mereka. Sedih, sayu dan geram..

Salahkah pekerjaan yang si gadis lakukan?..
Salahkah si gadis membantu ibu dan ayahnya?...
Adakah dengan bekerja makan gaji hati seseorang akan puas?...
Mungkin pekerjaan yang dilakukan si gadis boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan.


p/s : jangan menganggap pekerjaan yang popular dan mendatangkan gaji yg besar, hidup seseorang akan gembira.. dan jangan terlalu bangga dengan 'title' pekerjaan kamu hingga sanggup menghina pekerjaan org lain...
rezeki semuanya datang dari Allah, manusia hanya hamba kepada-Nya


Selasa, April 12

::adakah??bolehkah??::

Adakah boleh aku berdiet tanpa makan nasi?
.. x boleh la wei...x sah kalau sehari x makan nasi...lembik bak pisang kang aku...

Adakah badan aku boleh kurus kembali bak zaman sekolah dulu dengan hanya memakan lauk pauk sahaja?
....hahaha jawapannya memang x boleh laaaa... sebab rutin aku memang x sah kalau x mengunyah...terikut2 zaman mengandung dak Iman...

Adakah patut aku pergi bersenam?...
..memang patut [un...dulu kenapa zaman sekolah boleh pulak naik tangga berpuluh2..boleh pulak lari merentas desa..boleh pulak lari pecut 100m...hah!! sekarang?...hampeh..nak naik tangga yg 3 4 anak pun x larat...hahahah...

Boleh ker berat badan aku turun?....


Pasti boleh... mesti boleh punya...
Kuatkan azam...kuatkan semangat...

Isnin, April 11

::Isnin::

Hari ini hari Isnin,
Hari ini hari yang ke 160 aku berada dirumah,
Hari ini dah hampir 160 hari aku berteman dan berkepit dengan superboy Iman,
Hari ini hari yang sungguh penat..
Hari ini letih melayan karenah org,
Hari ini sungguh lesu,
Hari ini suasana mendung,

Hari ini ngantuk sangat,
Hari ini letih melayan karenah anak2 dan anak2 buah,
Hari ini hari Isnin.

Hari ini baca surat khabar, sedih melihat kemalangan meragut nyawa,
Hari ini geram membaca tentang politik,
Hari ini tergamam baca tentang telur,

Macam-macam hari ini...
Hari ini hari Isnin...

Sabtu, April 9

::sudah 5 bulan::

Sekarang my superboy Iman Fahry dah genap 5 bulan. Cepat masa berlalu. sungguh tak sangka. Sejak umur pun dah semakin meningkat, riuhnya rumah..sungguh!! Lagi ditambah dengan riuh suara si kak long yg bagai halilintar...dan merenggek si adik wawa yg minta dimanja..dan paling hebat si kecilku ini yang dah pandai merajuk..dan dah pandai nak berdukung je, andai diletak ke stroller pasti riuh..pasti menangis..tapi si kecil ni sungguh peramah..andai pelanggan yang datang ke kedai memanggilnya pasti tercari2 dan pasti tersenggih2..pasti tersenyum dan di ajaknya berbual2...
sekarang dah pandai masukkan sepuluh jari dalam mulut...
bukan main lagi ketawa...
tido berbedung..tp kena pakai kain batik...

kena buli sayang dengan kak long...

Si kecil ku sudah diberi makan pejal tetapi lembut dan mudah untuk hancur dan ditelan..aku sudah memberinya makan nestum sekali sehari..dan kadang2 bagi makan biskut rusky..aduj abis comot..dan si kecil ini pasti suka kalau dia sendiri yang memegangnya...

Si kecil ini, bila malam tiba, sebelum maghrib dah siap mandi sure tido...dan akan bangun nenen jam 10pm...then bersambung 2 jam kemudian dan 2 jam kemudian dan jam 7 am sebelum bngun..jarang aku tgk dia bangun lebih dari jam 7.30am ...


Hah!!tabiat si kecil ini banyak menjurus ke arah aku..hahah..mane taknya..dia memang gelabah..memang kelam kabut dan nak cepat je..kalau nak susu, nak mandi dan nak tido..kena jerit2 dulu..kena ngamuk2 dulu..dan jgn x tau 5 bulan dah pandai keluar suara dari dalam..meneran2... ( leh masuk AF ni) ...hish...sabar je ibu dia..kan?...