Baru tadi aku menonton TV rancangan GALAKSI. Ada banyak cerita artis2 ni. Tapi ada seorang arits yang lebih muda 2 tahun daripada aku. Memang pada awal kemunculannya pada pertengahan tahun 1990-an. Sungguh aku terharu dan bergenang air mata bila mendengar jawapan yang sungguh lancar dari mulut tuan empunya badan iaitu Siti Musliha Mohd Mustafa. Gadis ini sungguh ‘istimewa’ di hati seluruh tanahair yang pernah mengikuti sejarah kebangkitan beliau dalam arena seni. Namun setelah sekian lama menyepi, kini beliau bakal muncul dengan album terbarunya.
Pada awal tahun 1990-an namanya cukup dikenali dengan sifatnya apatah lagi beliau pernah merakamkan sebuah album yang mengandungi sebuah lagu hit bertajuk 'Hujan Air Mata'. Kelunakan suaranya pernah diuji juga dengan hafazan ayat-ayat suci Al-Qur'an sekitar beberapa tahun lepas dan pernah muncul di salah satu segmen di TV3, iaitu di bawah kelolaan 'Aziz Desa'. Walaupun tidak memiliki kesempurnaan dari segi bentuk, namun kepetahan belaiu telah memikat semua pihak.
Bakatnya dalam nyanyian itu telah berjaya dikesan oleh komposer terkenal tanahair Adnan Abu Hassan yang membawa Siti Musliha kepada lapangan seni suara. Berjaya menghasilkan album pertamanya yang menggunakan nama sendiri pada tahun 1995 melalui syarikat rakaman milik komposer itu sendiri "Happy Music". Tujuan penghasilan album sulung Siti Musliha juga adalah untuk membiayai kos pembedahan yang masih dijalankan dan amat memberangsangkan apabila album tersebut laris dipasaran. Walau hanya menampilkan 5 lagu dan 5 minus one namun diatas simpati banyak pihak sudi mendapatkannya. Dalam 5 lagu yang dihasilkan lagu membawa tuah yang berjaya meletakan nama Siti Musliha sebaris artis lain ketika itu adalah lagu 'Hujan Airmata' ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik pula Amran Omar. Lagu yang diilhamkan khas tentang dirinya membuat ramai yang tersentuh dan akhirnya memilih lagu tersebut untuk bertanding di Muzik-muzik separuh akhir pada .tahun 1995. Tahun seterusnya album ke-2 pula menyusul yang bertajuk "Mutiara Hati".
Di lahirkan pada 10 JANUARI 1983 dan merupakan anak kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan dan dilaporkan bahawa semasa lahir beliau tidak mempunyai batang hidung dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening juga kedudukan mata beliau tidak normal. Setelah hampir 11 tahun mengharungi hidup yang perit, Siti Musliha mendapat perhatian dari Datin Seri Dr. Wan Azizah yang pada ketika itu menghadiri program sekolah penyayang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara dan bermula saat itu lah beliau mendapat perhatian dari seluruh masyarakat.
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalan pembedahan untuk memisahkan jari beliau.
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalai satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta.
p/s : Subahanallah.. Sesunggunya Engkau lebih tahu akan segala yang berlaku. Tuhan yang Maha Agung Lagi Bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan