Isnin, April 25

::biji sawan::

Biji Sawan?..apa tuh? itu kata org2 tua..tp kalau tanya doktor, dia cakap biji sawan tu umpama jerawat yang tumbuh pada kanak2... dan biji sawan ni disebabkan oleh darah kotor.

Ok nak di pendekkan cerita, anak aku Che Wawa dah diserang biji sayan ni sejak sebulan yang lalu dan dah 2 kali makan ubat doktor, tapi bila ubat antibiotik dah abis, biji tuh akan timbul banyak kat kepala lutut sian aku tgk dia dok merenggek2 jek..dan dok tergaru2 kepala kegatalan. Lagi satu dia x leh org pegang kepala dia atau sentuh biji sawan tuh.. hatta nak pakai baju waima nak sikat rambut pasti dia dok jerit2..sakit ibu..sakit... tersentuh jiwa dan naluri aku...kenapa la anak aku yg kena..tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni...

Sebelum tuh, aku dah cuba rawatan tradisional seperti sapukan daun batawali..dah cuba..tapi masih ada..dan terbaru, ayah cakap kena pakai biji kekabu? (mane la nak cari pokok kekabu zaman2 ni) dah puas aku cari..org tua2 kata biji kekabu ni baik digunakan untuk ubati biji sawan ni..tp kena asah kat kepala pasu...jadi isi tuh disapu berulang2 kali kat kepala yang kena biji sawan ni...( sekarang masih mencari biji kekabu nih...) kalau si dia ni tulis, guna duri belangkas...

Last weekend aku pegi urut kat seorg ustaz ni, memang dia arif bab2 ni..dia kata gunakan mata kunyit hidup kemudian di asah dan dicampurkan dengan tepung beras..dan skrg baru mencuba...sesambil memakan ubat antibiotik bagi mengurangkan kegatalan dan kesakitan che wawa nih....

p/s: kepada sesapa yang tau apa jenis ubat yang boleh digunakan..kongsi2 kan laahh..

Tiada ulasan: