Sabtu, Ogos 29
::bubur lambuk Masjid Larkin Bomba::
Rabu, Ogos 26
::menanti kepulangan::
Tahun nih, kami semua akan menerima kepulangan my cousin Fazilah aka Gee yang sedang melanjutkan pelajaran PHD di University of Western Australia. Kitorg kat sini semua bangga dengan kejayaan Gee. Hopefully dapat habiskan PHD dalam jangka masa 1 thn lebih lagi. Harap2 cuti Raya kali ni leh jumpa eik...
Geram tengok gambar2 yang cantik dalam album gee.. bestnye kalau aku pun dapat gi sane kan...
* picture nig di grab dari Friendster Gee.. sorry gee....
::bergurau senda::
::melonjak-lonjak::
Selasa, Ogos 25
::Tabung Haji::
Last week, sebelum cuti sekolah bermula, ada Pegawai dari Tabung Haji datang untuk pendaftaran sesapa yang berminat untuk menabung dalam TH. Pendaftaran tu terbuka untuk guru2 dan pelajar2. So memandangkan ada masa terluan, aku pun ambil kesempatan untuk turut serta, tetapi sewaktu pendaftaran aku x bawa sijil kelahiran anak2, so aku dikehendaki mambawa terus ke pejabat TH di Jalan Ayer Molek. So lebih kurang 2 jam menunggu borong permohonan aku, akhirnya berjaya juga aku daftar anak2 serta suami dalam akaun TH..
::kak long berbedak::
Tadi petang selepas acara mandi2 dalam kolam, kak long sudah disiapkan dengan pakai baju tido..so, aku lepak2 la kat depan tv sementara menunggu waktu berbuka..tup2,
kak long: ibu, tengok momok latip (panggilan untuk hantu)
aku: eiii..takutnyer..
Aku pun x perasan, bile ler dia amik bedak tuh..siap satu kepala uban, lepas tuh capai sepit rambut (selalu digunakan untuk mencari uban si suami) konon2 nak cuba cabut rambut sebab kaler rambut warna putih...hik..hik..hik
* lain kali ibu belikan sekotak bedak, nanti aceh main le puas2...
::bila che'wawa mandi::
Pagi tadi, che'wawa bangun lewat. Hampir jam 10 am. So, planned nak hantar ke sekolah x menjadi, sebab semua bangun lambat termasuk la ibu dia.. Sebelum nih, che'wawa memang takut nak masuk dalam beseb mandi tuh selain daripada letak air suam, baru nak jejak kaki. Tapi pagi tadi sungguh menakjubkan sebab dia dah x perlu nak tunggu aku menyuamkan air mandian dia. Terus zuuppp, masuk dalam besen tuh dan tak nak keluar2...waaaaa... best laa..lepas nih leh ler pi joint kakak pi swimming!!!
Petang tadi pulak, che'wawa nak joint si kakak main air dalam kolam.. so aku letakkan hampir dekat 10 minit jek..x leh lelama kang selesema pulak..lagi le dia suka main air dalam kolam tuh...
Chak!!mandi ler puas2 wahai anak ku....
::ngigau::
"ibu, tadi awak ngigau apa?"
uiks..mane le tau aku ngigau apa..aku kan tido...
"ntah..x tau pulak, apa yg sha ngigau?" selamba jek
"awak dok jerit2 panggil nama anak2 kenapa?"
"yer ke?..." tergantung..
Ya, sebab aku dapat rasakan memang aku ada terjerit2 dalam mimpi panggil nama anak2...kenapa eik???..
::doa-doa setiap hari dalam Ramadhan::
Hari Pertama :
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa".
Hari Kedua :
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih" .
Hari Ketiga:
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan".
Hari Keempat:
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat".
Hari Kelima:
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya? (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.?
Isnin, Ogos 24
::imbasan::
Gambar ni telah dijumpai dalam simpanan album yang hampir nak koyak. Itu pun gara2 nak berpindah rumah. Kalau x pindah sure x terjumpa gambar ni.
Gambar ni, merupaka gambar masa standard 6. Last year kat Sek Ren Keb Larkin 1. My class teacher adalah seorang guru BI yang sungguh lemah lembut dan sampai sekarang kami still contact each other.
Picture ni pulak zaman aku form 3.
::kenangan zaman sekolah::
Semasa mengemas rumah, terpandang beberapa album lama yang hampir berhabuk dan hampir koyak. Tetiba terpandang gambar yang sungguh antik.. heheheh.. zaman nih time anak dara lagi dan zaman nih time kitorang enjoy sangat. Dan paling best, time ni pergi ngan pakwe..heheheh.. kitorg pergi lawatan sambil belajar kat UM. Universiti idaman aku. Tapi akhirnya x dapat masuk sane... sedih tuh... tapi apa2 pun that moments sungguh best.. kawan2 yang sungguh sporting dan gile2 sangat.. kalau dapat diundur waktu, time sekolah adalah saat yang paling mengembirakan.. tiada memikirkan masalah kewangan setiap bulan... hrmmm...miss u all....
kenangan 1998 yang sungguh best!!! rasa2nyer hampir semua dah kawen kecuali pitt ngan a'ai... yang lain dah beranak pinak...
Huk..huk..huk..cikgu razak wat lawakzz...
Pic kat atas nih, time wat lawatan sekolah pergi ker Langkawi. Time nih pun best sangat... dan cikgu yang paling sporting dan paling ensem kat sekolah SSI Jb time tuh.. pergh..ada taik lalat tuh yang wat manis... tapi cuba korang fokus..kenapa cikgu tuh tutup idung time bergambor kat batu peringatan tuh?...berlatar belakangkan pokok-pokok rimbun tuh???....
* terima kasih kawan, walaupun usia persahabatn semakin meningkat, dan anak2 pun dah semakin bertambah, hubungan kita tetap terjalin. Terima kasih buat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail yang banyak memberi erti sebuah kehidupan dan erti sebuah persahabatan.
Ahad, Ogos 23
::class picture::
Ni la picture my student 4 Baiduri yang best sekali. Walaupun aku baru ambil alih class nih, tapi korg semua memang best..
Semoga berjaya dalam SPM next year!!!!
::baru sampai::
Sempena cuti semalam, aku mangambil kesempatan mengemas rumah. Banyak barang2 dari rumah lama x sempat nak dikemas, so memandangkan cuit sekolah ni apa lagi, mulakan projek mengemas dari pagi sampai le nak berbuka...
Si kakak teruja dengan katil POOH. Baru siap pasang terus golek2, panjat2 kat atas katil tuh...
Almari POOH. Almari sebelum nih memang dah ada, tapi masih x muat juga dengan baju-bajuan anak2...
Ini pulak buku yang telah aku tempah masa book festive ari tu kat Danga City Mall. Tempahan dah hampir dekat 3 bulan juga, baru semalam hantar... aku belikan buku2 set ni khas untuk anak2 dan terutamanya untuk si kakak.. sesapa berminat, boleh layari click laman ni LOGICO PRIMO
Ahad, Ogos 16
::Aktiviti::
Last Saturday, SMK Permas Jaya 2, sekolah ganti sempena perayaan Deepavali. Tapi, kali ni kebanyakkan guru-guru tak mengajar dan kebanyakkan pelajar2 ramai sangat yang x hadir. Almaklum laa, hari Sabtu...tapi, rugi sesapa yg tak datang that day, seronok sebab banyak aktiviti di adakan. Aku pulak, seawal pagi sibuk dengan budak2 form 3 yang nak amik trial this Monday...aku telah di amanahkan untuk menjadi Setiausaha sulit untuk PMR this year dan sekaligus merangkap pembantu kepada Mr Loganathan. Sporting abis kalau keje ngan Mr Loga nih...best!!! Seawal pagi lagi, aku telah di arahkan untuk sama2 meneyertai Mr Loga untuk arrangement kedudukan meja pelajar2... so x berkesempatan masuk ke kelas sendiri - 4 Baiduri.
Lepas sattle susun meja, semua pelajar Form 3, ada minggu SIVIK, so macam2 acara yang dibuat oleh pelajar2 ni, aku x sempat nak snap gambar..sebab time tuh aku kat bilik guru menyelesaikan beberapa perkara yang tergendala.... then untuk form 4 pula, pelajar2 kena jahit bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan. Pelajar2 nih dibekalkan dengan kain merah, biru, putih dan kuning dan jarum serta benang. Seronok nih...aku pun menjointkan diri dengan membantu budak2 kelas aku...seronok tuh..sampai berpeluh2 mandi aku... heheheh... enjoy sangat that day...
Aminatun sedang khusyuk menjahit jalur gemilang...!! Chaiyok!!!
Haziq kepenatan melihat jahitan tuh..si Fezrin pulak, rajin!!!boleh bukak kedai Tailor!!!
Kesian Ser Kee nih, dah kena jadi model pulak...
Tumpang lalu sat...
Taddddaaaa...akhirnya siap jua bendera Malaysia kitorg.. bak kata PM 1Malaysia....
*semoga kalian mengerti tentang KEMERDEKAAN!!!
Khamis, Ogos 13
::CM lagi::
Last Sunday, aku pergi lagi ke CM, menemani suami untuk urusan kerje.. dan sekali lagi anak2 kami bawa bersama... si kakak tetap berminat dengan piano tuh.... masuk jek terus nak duduk kat kerusi tuh...
tengok kanan tengok kiri... line clear....
nak tekan ke tak nak nih..line clear dah...
warghhhh....
::dah pandai nak berjalan::
Sekarang dah masuk pertengahan bulan 8, dan sekaligus che'wawa dah berusia 10 bulan.. sekarang dah pandai nak memanjat dan memapah...macam nak belajar memasak berjalan... dan sekarang dah pandaii hulur tangan minta di salam... dan juga dah pandai nak bye..bye andai kami nak pulang atau bila kami cakap bye...tata... harap2 perkembangan mental dan diri che'wawa akan seimbang. Sejak demam dia dah baik, semakin ligat pergerakan dia.. tak reti nak dok diam... walker dia pun dah nak dipanjatnyer... kalau sofa kat rumah tuh, dah pandai dah panjat..
Sekarang, keadaan persekitaran amat menakutkan ... dengan H1N1 yang dah hampir meragut 44 orang termasuk bayi, ibu mengandung dan sesapa sahaja... takut juga nih... jerebu pun semakin jelas kelihatan diwaktu pagi di sekolah... dan denggi pun kian menjadi2... takut nih... sebagai ibu, perasaan takut sering menyerang...lagi2 anak2 yang dihantar ke nursery... harap2 anak2 semua dilindungi Allah....
tengok tuh, troli akak dia pun nak di panjatnyer!!! waduh...
1st, mesti berdiri tegak dan mencapai apa yg boleh dipegang....then,
taddddaaaa....dah boleh berdiri dah ibu..sorry, i dont need ur help mummy... heheheh