Khamis, Mei 14

::Sudoku::


Ada sesiapa telah mengetahui SUDOKU. Sejak bile pulak aku suka main sudoku ni?...hehehe, act, baru jek..sebelum nih, aku just main2 jek..tapi sejak last week, tetiba minat nak main bercambah macam bunga.. best juga.. Memandangkan sekolah tgh exam, so amik kesempatan , masa terluang nih.

SUDOKU - adalah sejenis permainan menguji minda yang berasaskan pengiraan atau Mathematik. Ianya mula diperkenalkan kepada umum sekitar tahun 1780s lagi oleh Leonhard Euler, dari Basle. Ianya bermula apabila beliau menjadi cacat penglihatan di pertengahan umur dan ini menyukarkan beliau untuk bekerja dengan menggunakan buku dan penulisan. Hasil dari pemikiran dan penelitian beliau lalu beliau menghasilkan satu kaedah pemikiran penyelesaian hanya menggunakan minda dan bakat dengan mereka satu permainan berbentuk teka teki atau silangkata.

Beliau kemudianya mencipta Grid-based puzzle dan menamakannya dengan nama Latin squares. Inilah asas permainan yang mirip kepada Sudoku yang ada sekarang. Bagaimanapun ia masih tidak dikenali ramai sehinggalah ianya diperkenalkan di Amerika sekitar 1980 dengan dikenali dengan nama permainan meletak angka atau number place game.Setelah sekian lama ,seorang pekerja di salah sebuah majalah silangkata Jepun ternampak akan jenis permainan dan mula merubah dan mengemaskinikan permainan ini berasaskan permainan asal dan menamakan dia Sudoku yang bermaksud Satu Angka.

Permainan ini amat popular di Jepun dan kemudian merebak ke sebelah Eropah setelah The Times, London mula menerbitkan permainan ini di dalam akhbar mereka pada November lalu.

Kini ianya mula merebak ke seluruh dunia dengan pesat dan dengan khabarnya pengeluar Handphone terkini juga kini dilengkapkan dengan Sudoku, malah satu program berbentuk ini juga mula dirancang untuk penyiarannya di kaca TV.Hari ini terdapat sekurang-kurangnya 5 buah penerbitan Sudoku di Jepun dengan edaran sebanyak 660,000 naskah dan kini di mana sahaja di Jepun. Kita boleh melihat masyarakat mula meminati permainan ini, di mana sahaja samada dalam tube, metro, taman-taman sambil menghirup udara segar atau sambil menemani anak-anak anda bermain di padang.

Bagi saya permainan ini akan lebih mendekatkan kita kepada Ilmu Matematik, bagi mereka yang dulu tidak berminat dengan subjek ini akan dapat merasakan nikmat dan kelaianan dalam permainan uji minda ini. Selain dari itu, kanak-kanak yang didedahkan dengan permainan ini dikatakan akan lebih meminati ilmu matematik dan ini adalah merupakan satu petanda yang positif kepda pertumbuhan minda kanak-kanak. Baik main benda ni daripada main permainan mengarut lain tu seperti game pokemon, game perang dan lain-lain.Mengikut sebuah laporan, permainan puzzle ini tidak ada tandingannya selepas permainan Cubik Cubes yang telah terjual sebanyak 100 juta unit pada awal 1980 an.

Permainan ini berbentuk kotak empat segi 9 X 9 dengan diisi angka 1 hingga 9. Satu lagi moral yang ingin ditonjolkan ialah elemen penetration, manipulation dan marketing. Sebagai contoh, walaupun ia bermula di sebelah Barat namun kebijaksanaan orang Jepun dan kepakaran mereka meneroka pasaran lebih luas dengan teknologi dan pemasaran yang jitu telah meletakan permainan ini bertaraf dunia dan mula dikenali sebagai permainan Jepun malah lebih dikenali dengan SUDOKU dari nama asal dia.

4 ulasan:

naz ilyn berkata...

salam...
macam best jer permainan tu sesuai rasanye untuk anak-anak... akak belum pernah dengar permainan ni sebelum ni... bolehlah cadangkan dengan anak-anak sebab tak lama lagi cuti sekolah bermula bolehlah mereka abiskan masa main permainan ni...

nurdaniella berkata...

salam qaseh.. akak merupakan salah seorang peminat sudoku.. dulu, masa kerja jadi receptionist, memang hari2 dapat the star.. dalam the star memang tetiap hari ada sudoku.. maknanya, memang tetiap hari selesaikan satu sudoku.. kebetulan masa tu pulak tengah pregnant.. dan, baby akak tu memang akal dia lebih cerdik dari abang2 dan kakaknya.. hehe..

Qaseh Iman berkata...

kak lyn..memang bagus untuk bdk2..anak2 murid sya selalu gak bertukar2 sheet permainan...best tau..dah tau main macam gian..
kak daniella..yer ker?...sha bru tau cmner nk main...dan bru ada masa..allhamdulliah..mcm ni klu pregnt kena main sudoku selalu la..hehe

siti berkata...

salam...
teringin nak main sodoku ni tapi cam susah jer nak main. entah bila la ada kesempatan nak blajo..hehe