Gin & Jacqie
Gin & Jacqie telah diasaskan oleh seorang anak muda yang baru berusia 32 tahun iaitu Jacqueline Ng. Jacqueline Ng merupakan seorang pereka beg yang boleh dianggap sebagai pereka muda yang sungguh berbakat, beliau merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan merupakan penuntut Ijazah Ekonomi dari Universiti of London. Sebelum menceburkan diri beliau dalam bidang fesyen, beliau terlibat dalam sektor korporat iaitu bekerja di Aeon Company Berhad (Jaya Jusco). Ketika dalam sektor korporat ini, lahirlah idea beliau dimana beliau sedang mencari beg untuk laptop. Dalam mencari kepelbagaian beg laptop dipasaran yang kebanyakkan adalah berwarna hitam tanpa ada pilihan membuatkan beliau mencari ilham dengan melahirkan beg pelbagai guna yang elegen dengan brand tersendiri.
Aku dan Gin & Jacqie.
Aku rasa ini merupakan kali pertama aku mendengar brand Gin & Jacqie, aku ingatkan brand Gin & Jacqie ni adalah kepunyaan orang luar negara, namun aku salah sangka dan aku sangat-sangat la kagum Jacquline Ng merupakan anak tempatan yang sungguh berbakat dalam dunia fesyen rekaan beg, selama ni kebanyakkan kaum hawa di Malaysia amat meminati beg berjenama Guess, Polo dan pelbagai lagi jenama antarabangsa. Tanpa aku buang masa, aku pun melayari laman web Gin & Jacqie, dan terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan atas cetusan idea yang sungguh membanggakan. Dari pembacaan aku, beg yang dihasilkan merupakan beg yang praktikal dan stylish serta harganya juga tidak membebankan. Beg keluaran Gin & Jacqie adalah high functionality dan berkualiti yang direka khas walaupun membawanya kemana-mana, samada ke pejabat, bersiar-siar atau kemana sahaja anda pergi.
Memandangkan aku mempunyai 2 orang anak perempuan yang masih kecil, di samping kerjaya yang memerlukan aku membawa laptop adalah amat wajar dan sukacitanya andai aku turut berpeluang memenangi hadiah beg yang di peradukan. Anak-anak yang masih kecil memerlukan aku menyediakan pelbagai barangan mereka, kadang-kadang sampai tak muat beg, mane dengan botol susu, tisu basah, tuala, baju dan tidak lupa juga barang-barang aku yang hampir sama banyaknye dengan barangan anak-anak. Kadang-kadang, kalau bersiar-siar atau pergi bershopping, penuh stroller anak-anak dengan beg yang bergantungan, satu beg kakak, satu beg adik dan satu handbag mama...
Pilihan hati.
Kalau ikutkan pilihan, semua aku nak, hehehe..tapi yang paling aku suka sangat adalah beg Emily & Emma Baby beg, kenapa?..
1. Aku ada 2 anak perempuan yang masih kecil, dan banyakk stuff yang kena bawa kalau nak pi shopping atau pi jalan-jalan.
2. Aku nak bergaya sikit, sebab beg nih tak nampak macam beg bawa stuff anak-anak, beg ni more lebih kepada stylish.
3. Aku suka dengan warna dan coraknye yang pelbagai dan menyerlah.
4. Banyak compartment dan ada poket ..
5. Boleh cuci balik andainya kotor, sebab kain beg nih dari Nylon..
2. Aku nak bergaya sikit, sebab beg nih tak nampak macam beg bawa stuff anak-anak, beg ni more lebih kepada stylish.
3. Aku suka dengan warna dan coraknye yang pelbagai dan menyerlah.
4. Banyak compartment dan ada poket ..
5. Boleh cuci balik andainya kotor, sebab kain beg nih dari Nylon..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan