Isnin, Oktober 26

::gigi besar saya::

Nampak tak gigi kapak saya yang besar tuh..hehehe...

Sekarang gigi saya dah ada 8 batang.... saya selalu gigit2 ibu, ayah ngan kak long..best!!



Ahad, Oktober 25

::Hari raya yang dah lepas::

Gambar potret khas keluaran Hari Raya 2009.... Hanya kami berempat sahaja... x tau pulak tahun depan kan?..tup2 dah bergambar berlima...heheheh




Isnin, Oktober 19

::taska as sofea::



Anak-anak aku sekarang dah dihantar ke taska assofea, dekat Larkin Jaya. Sebelum ni, aku hanya hantar che'wawa di sebuah taska di Taman Teratai dekat dgn rumah aku, tapi sebab jauh nak ulang alik, kami ambil kata sepakat hantar anak-anak di taska assofea. Dah hampir 2 minggu aku hantar diorg disana.



Pada awalnya, kami cuba hantar che'wawa sahaja disana, dan si kakak kami saje nak test...samada di ok ke x hantar ke taska, almaklumla sebelum nih, kami ikut naluri dia nak hantar mane..pepagi kena tanya dulu nak duk umah mama hanim ke nak dok umah atuk mak..so kami bagi di peluang decide..tapi sekarang tidak lagi..dedua kami hantar ke taska assofea. Allhamdulliah, si kakak dan si adik x ada masalah..so maksudnya, kak long dah dapat sesuaikan diri... kalau balik sure bercerita tentang sekolah dia...hari ni belajar ABC, makan nasik, maka mee...seronok juga dengar...



Aku harap dengan menghantar kak long ke taska dapat membuatkan dia berdikari.. bukan aku nak mendera dia..sebab ada cakap2 org mengatakan, x elok hantar anak ke sekolah terlalu awal...takut bosan...tapi aku bukan nak anak2 aku bosan, tapi aku terpaksa... dan aku x nak menyusahkan kedua ibu bapa ku...diorg pun ada keje yang perlu diselesaikan.... dan lebih selamat andai aku beri kepercayaan mereka yang mahir untuk melihat dan menjaga anak aku.. sekurang2nya dia tahu membaca doa makan, dan mampu mengenal huruf alif baa taa seawal usia 2 tahun..aku rasa, aku x salah percaturan..insyallah..





semoga anak-anak ibu selamat dan seronok berada di taska assofea...






::terima kasih kalian::

Terima kasih atas kehadiaran anda yang sudi singgah di teratak buruk kami..ni la pertama kali kami buat rumah yang tak berapa nak terbuka, banyak kekurangan... andai ada sesapa yang tak terlayan, harap maaf..insyallah lain kali akan di pertingkatkan...juadah pun ala-ala jek...

Terima kasih banyak2 kalian...

Ahad, Oktober 18

::salah ke?::

::salah ke andai kekasih lama menjadi kawan?::
::salah ke??::
dulu-dulu memang kami kekasih...
tapi itu dulu..
sekarang aku dengan kehidupan aku...
aku bahagia...
Si dia juga bahagia dengan keluarganya..
aku??....gembira dan tumpang gembira...
sekarang, aku gembira sebab kami dah jadi kawan....
rasanya...x salah kan???


Sabtu, Oktober 10

::sama tapi tak serupa::

Kedua=dua gambar ni di ambil dalam situasi dan masa yang berlainan.

Ni kak long qaseh semasa usianya 1thn 2 bulan....

Ni pula, gambar che'wawa yang dah berusia 1 thn 2 hari....

Pict nih aku amik secara kebetulan, tiba2 bila balik tgk ada 2 picture yang hampir sama... cuma speck jek dah berubah...





Jumaat, Oktober 9

::dulu panjang..sekarang dah pendek::

Dulu panjang...tapi sekarang.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah kena potong jadi la pendek...


::kesibukkan melanda::

Minggu lepas dan minggu2 akan datang kesibukkan telah dan akan melanda...
  1. ditugaskan sebagai pembantu SU kepada En Loga aka SU peperiksaan PMR 2009.
  2. ada lagi silibus untuk BM terutamanya KOMSAS masih ada lagi tajuk yang x belajar lagi... haru jadinya..
  3. minggu ulangkaji
  4. minggu final exam..
  5. kerje2 yang bodoh berfaedah yang banyak giler....

Jumaat, Oktober 2

::happy birthday che'wawa::

Hari ni che'wawa genap setahun. Cepat sungguh masa berlalu... hari ni, tok ayah telah menaja sepenuhnya majlis kesyukuran che'wawa, tapi sayang x sempat nak tiup kek..sebab bday gal dah tertido kepenatan... setiap cucu tok ayah akan ditaja sepenuhya kenduri kesyukuran, TETAPI hanya cucu yang menyambut usia setahun sahaja, cucu yg sambut bday yg ke-2 adalah ditaja oleh ibu bapa masing-masing... terima kasih ayahnda..semoga panjang umur dan murah rezeki.. amin...

Rabu, September 23

::lebaran lagi dan lagi::

Hari raya ketiga, kitorang x kemana-mana, cuma menziarahi saudara terdekat je. Lepas tuh, kami terjah ke Giant Tampoi untuk membeli belah barang2 keperluan yang masih x lengkap lagi. Niat di hati nak cari air botol ..tapi semua dah sold out. Akhirnya, barang lain yang dibeli. Lihat la che'wawa, terselit celah dapur.


Anak sape la nih...siannyer!!

Lepas tuh, kami ke kedai frame, dan sungguh seronok che'wawa bile berjumpa dgn cermin....

Ibu, look..me and my "twin"..hehehe

Besornyer mata!!!

::Lebaran lagi::

Hari kedua masih di Batu Pahat. Seronok..Pada hari raya la semua dapat berkumpul dan sekaligus dapat aku kenal mengenal sanak saudara sebelah suami. Walaupun kami dah berkahwin hampir 4 tahun, tapi masih ada yang belum aku kenali.

Anak-anak paling seronok..tapi ibu dan ayah yang letih..sebab melayan karenah anak-anak..

Che'wawa diserang demam, terus balik ke JB mencari klinik yang buka..dan sah,,memang demam dan mulut che'wawa dijangkiti kuman lagi..ini gara-gara cik puting la nih. Dan terus ku buang segala puting yang ada dalam koleksi...

::Sambutan Lebaran::

Tahun ni merupakan tahun berhari raya di Batu Pahat. Tahun lepas, kami berhari raya di JB, masa tu hari raya kedua aku sedang bertarung nyawa melahirkan che'wawa. Sekarang dah dekat setahun umur dia kalau ikut tahun islam. Allhamdulliah..
Selepas solat raya dan makan-makan dengan mak ayah di Larkin, kami bergegas ke BP. Konvoi bersama dengan family husband..


OOOOO...balik kampung..oooo..balik kampung...

Dalam perjalanan ke Batu Pahat, atas Highway...



Sempat gak mak senah ni membaca..siap dgn speck lagi..

Adik pun nak gak pakai speck ibu..

Sabtu, September 19

::salam aidilfitri:

SALAM AIDILFITRI UNTUK KALIAN SEMUA. SEMOGA HARI LEBARAN DISAMBUT DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN DAN KESYUKURAN. BERHATI-HATI DIJALAN RAYA..

dari : aishah, nazreen, qaseh dhia faqihah dan qaseh zahrah zafirah.

Khamis, September 17

::ifthar di sekolah::

Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum semua cuti raya, dan sekaligus merupakan program MTQ untuk sekolah SMKPJ 2. Letih sungguh, sebab aktiviti bermula dari jam 4pm hingga malam. Aku x berkesempatan pulang untuk menukar pakaian, maka aku hanya stay up di sekolah. Letih nak balik jejauh... panas terik cuaca.
*x sempat snap pic banyak2...

kami kepenatan....


::santai lepas berbuka::

Semalam, lepas berbuka dan bersolat, aku ajak si suami pergi jalan2 di Jusco.. anak2 lagi la suka andai diberi kesempatan berjalan...

Aku dgn si suami tak tahu kemana hala tuju.. niat bershopping memang x ada.. maka kami ambil keputusan untuk memenuhkan perut.. sebab berbuka hanya makan yang ringan sahaja, murtabak sahaja.. maka, makan la kami di secret recipe.. tapi kebayakkan makan dah habis, aku nak pesan makan laksa singapore, habis.. si suami nak makan nasi goreng pun habis. Jadi keputusannya hanya makan Tom yam Kung untuk diriku, dan nasi kebab untuk si suami.



maaf ye suamiku, pic mu x dapat diambil...

Jumaat, September 11

::bile berlipstik::

Keadaan ini berlaku semasa aku sedang asyik sangat menonton tv. Siaran HBO... dan kesannya che'wawa telah menyelongkar hand begku dan bermain2 dengan lipstik ibu. Wah...dah habis separuh dikerjakan... dan kesannya...lihat saja.....

macam muka x bersalah jek anakku ini..


jari-jemari yang mulus, telah kemerahan dipenuhi darah gincu...

Sampai kat peha2 pun di contengnya..



* lepas nih pengajarannya, sebagai ibu tak boleh lalai dengan kanak-kanak seusia ini..lincah dan pantas jek jejak dia...