Anak-anak aku sekarang dah dihantar ke taska assofea, dekat Larkin Jaya. Sebelum ni, aku hanya hantar che'wawa di sebuah taska di Taman Teratai dekat dgn rumah aku, tapi sebab jauh nak ulang alik, kami ambil kata sepakat hantar anak-anak di taska assofea. Dah hampir 2 minggu aku hantar diorg disana.
Pada awalnya, kami cuba hantar che'wawa sahaja disana, dan si kakak kami saje nak test...samada di ok ke x hantar ke taska, almaklumla sebelum nih, kami ikut naluri dia nak hantar mane..pepagi kena tanya dulu nak duk umah mama hanim ke nak dok umah atuk mak..so kami bagi di peluang decide..tapi sekarang tidak lagi..dedua kami hantar ke taska assofea. Allhamdulliah, si kakak dan si adik x ada masalah..so maksudnya, kak long dah dapat sesuaikan diri... kalau balik sure bercerita tentang sekolah dia...hari ni belajar ABC, makan nasik, maka mee...seronok juga dengar...
Aku harap dengan menghantar kak long ke taska dapat membuatkan dia berdikari.. bukan aku nak mendera dia..sebab ada cakap2 org mengatakan, x elok hantar anak ke sekolah terlalu awal...takut bosan...tapi aku bukan nak anak2 aku bosan, tapi aku terpaksa... dan aku x nak menyusahkan kedua ibu bapa ku...diorg pun ada keje yang perlu diselesaikan.... dan lebih selamat andai aku beri kepercayaan mereka yang mahir untuk melihat dan menjaga anak aku.. sekurang2nya dia tahu membaca doa makan, dan mampu mengenal huruf alif baa taa seawal usia 2 tahun..aku rasa, aku x salah percaturan..insyallah..
2 ulasan:
peduli kata orang....
yang penting kita tahu apa yang kita nak!
kak, macam mana taska assofea? ada pape review kah?
Catat Ulasan