Jumaat, Disember 19

Teman....



Apabila kau ingin seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau mungkin akan menjauhinya..

Andai kau ingin seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan,
kau akan membencinya...

Andai kau inginkan seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu,
kau mungkin akan menfitnahnya...

Andai kau inginkan seseorang sebagai TEMAN,
janganlah lihat kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakanmu,
kau mungkin akan menyalahkannya...

Andai kau inginkan seseorang sebagai TEMAN,
terimalah dia seadanya,
kerana dia seorang TEMAN,
yang hanya manusia biasa..

Kelemahan, kekurangan, keburukan...
kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN,
tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman..
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...



*temanku dalam susah dan senang.....terima kasih teman...semoga hubungan persahabatan kite kekal selamanya...

3 ulasan:

AzmaMurni Aziz berkata...

apabila kita mencari kesempurnaan di dalam sesebuah ikatan persahabatan.. maka akan terlihatlah setiap kecelaan.

sebuah ikatan persahabatan adalah untuk saling melengkapkan setiap ketidaksempurnaan untuk menjadikan ia sesempurna ikatan yang didasari oleh keikhlasan.

* salam ukhuwah dan terima kasih sudi singgah ke laman Qasih :)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

persahabatan yang dihiasi dengan kejujuran dan keikhlasan, InsyaAllah ianya akan jadi kenangan terindah dan kekal selamanya.....