Rabu, Disember 10

Salam Aidiladha

Pada malam raya, rumah mak mertua aku ada buat kenduri arwah abah yang ke 100 hari. Aku dan anak2 datang lewat sikit, sebab aku kena uruskan kat rumah mak dulu..kena buat ketupat dulu..majlis tahlil di lakukan di rumah UDA lepas isyak. Ramai juga org2 yang hadir. Makanan yang disediakan juga banyak, ada laksa, ada ketupat ada lodeh dan ada juga makanan yang disponser oleh jiran2 sebelah..Aku x dapat nak menolong mak dekat dapur sebab Qaseh memang takut dengan org..walaupun yang usik2 dia tuh atok2 sedara dia..asyik nak menepek jek dengan aku..adik dia selamat la tido jek..Qaseh bile nampak cousin dia baru la nak bermain..kalau x penat aku nak melayan…husband aku pulak sibuk melayan tetamu yang datang..,so lepas habis tahlil dalam pukul 11.30pm aku pun minta diri untuk pulang, sebab org2 tua kata tak elok bawak baby jalan waktu malam, takut ada “benda” yang akan ikut baby balik…(mungkin takut kena tegur dengan benda2 ghaib)



anak-anak mama kepenatan sebab banyak sangat main...

baby wawa tengah isap nyot-nyot

Qaseh wif her cousin Hakim and Hakimi

Balik jek kat umah larkin, aku tengok lembu2 baru sampai..baru nak turun dari lori…lembu2 nih ayah aku amik melalui seorg tauke lembu kat pasar larkin. Kandang dia ada kat Benut Pontian. Dan semua lembu2 nih dia ambil dari Padang Besar, Perlis..Tahun ni ayah aku ketua untuk handle Qurban bagi Masjid Taman Dato’ Onn, lebih kurang 11 ekor lembu yang tumbang. Ini termasuk lah lembu kami sekeluarga. Dalam cuaca yang hujan lebat dari semalam, menyebabkan keadaan dan suasana Hari Raya nampak “sejuk” dan “basah”. Namun perkara wajib tetap dilakukan. Along, angah, husband aku adalah antara orang yang terlibat. Walaupun hujan lebat, diorg semua nih berkorban dengan basah kuyup air hujan dan dirog sekarang kena jangkitan selesema dan demam termasuk la aku. Ini kerana melayan Qaseh nak tengok lembu..walaupun usianya baru 1 thn 8 bulan, namun Qaseh langsung x menunjukkan perasaan takut..lagi seronok dia adalah…

Qaseh : Ma, ape ni…
Aku : Lembu, sayang..
Qaseh : ambing…(kambing)

Aku x tau, kenapa anak aku cakap lembu tuh kambing..??? mungkin pada pandangan kasar dia kambing tuh macam lembu kot..lastly, “gaduh punya gaduh” dengan Qaseh, baru dia boleh terima yang kambing tuh adalah LEMBU…

Hujan masih lagi turun, walaupun proses penyembelihan dah habis jam 3 ptg, namun lembu kitorg telah dibawa ke rumah untuk dibahagi-bahagikan bahagianya kepada sanak saudara dan org ramai. Kitorg sama-sama memotong dan mengasing2kan bahagian mane yang harus disimpan dan harus dibahagi-bahagikan.

Selepas solat maghrib, rumah mak aku penuh dengan sanak saudara. Dah macam buat “party” pulak. Habis semua ketupat dan lauk pauk yang lain…sungguh meriah. Rumah mak ayah aku nih memang umpama rumah utama untuk disinggah. Sebab mak ayah aku nih suka sangat menjamu sanak saudara. Kalau buat kenduri, x sah kalau x jemput beratus2 orang..padahal kenduri kecik2 jek..dan sebab utama, masakan mak ayah aku memang sedap...heheheh.. suasana kat rumah aku memang meriah, lagi di tambah2 dengan kepulangan cousin aku, Gee dari Perth yang berpeluang menyambung P.H.D di sane selama 3 tahun untuk cuti Krismas…tuh yg seronok


Ini adalah LEMBU Qurban yang family kitorg qurbankan..

4 ulasan:

rad berkata...

inilah nasib seekor lembu...huhuhu...

ShizKassim berkata...

kepala lembuuu ko ada buat sup kee???

.:chEyaNtie:. berkata...

kat umah kami qurban 2 ekor..jenuh makan daging laaa..hehhe tapi teman tak dapat nengoknyer sbb kene kije raye ke2 tuuuu hehhe

Feeqaishak berkata...

adoi ngerinya tgk drh kat leher lembu tuh..huhu..
ayah kite ader citer die g kenduri mentua aisha..tak sangka ader post kat blog gak..heheh