Isnin, September 22

Tak sabar menanti..

Rasanya dah lama aku tak updates blog aku nih...buat masa nih, aku dah x keje lagi..aku minta cuti awal..saje je sebab nak spend time dengan baby Qaseh..nanti kalau dah ada "baby baru" x leh nak manja2kan baby Qaseh..hehehe..lagipun aku nak rest puas-puas dan nak makan ape yang patut (nanti dalam pantang sure 44 hari tak leh nak makan fav food...sure kena control dengan mak dan ayah)...
Tinggal beberapa hari lagi aku akan menyambut 2nd baby..perasaan takut selalu gak menjelma..dan setiap malam memang x boleh nak tido nyenyak..baby asyik menendang jek.. last week wat medical check up kat Gyne.. dan sungguh terkejut dengan berat badan aku yang naik 2 kg hanya dalam seminggu..sepatutnya dah nak due ni, berat akan statik jek..tapi berat aku leh plak naik...then my Doctor inform that...

Doctor : This time u'r baby weight around 3.3kg to 3.5 kg, baby u kali nih lebih besar dari sebelumnya..then kepala baby pun dah memang masuk tempat yang sepatutnya..so just wait...

Aku terkejut gak, sebab before this baby Qaseh just 2.75 kg jek...apa2 pun aku harap2 sangat semuanya ok...walaupun nurse bagitau, baby u kali nih senang keluar...tapi takut juga..
Puasa pulak, alhhamdulliah aku dapat teruskan walaupun kadang2 baby dalam perut nih menendang2 kelaparan dan kehausan...heheh..sabar ye baby, tinggal 4 hari jek lagi jek baby nak lihat dunia....

Isnin, September 8

Keletihan

Semalam pegi shopping kat Kota Tinggi...sejak awal pagi pukul 9am dah bertolak pg sane, takut jalan jam dan kepanasan..dan lebih kurang jam 10.30am sampai bandar Kota Tinggi. Jalan jem teruk kat PULADA sebab ada kemalangan yang berlaku..Aku rasa dah dekat 2 thn tak menjejakkan kaki ke Bandar Kota. Last aku ke Bandar Kota semasa aku practical di sane...dan banyak sangat perubahan yang berlaku keatas Bandar Kota...sungguh menakjubkan...tiada lagi station bus tempat aku dan suami berjumpa... hehehehe..tiada lagi kedai makan fav aku dan suami makan kalau husband singgah melawat aku di sana... hehehe...banyak kenangan..dan kenagan zaman sekolah dan zaman bercinta..
Semalam aku dapat la membeli skit barang untuk raya, beli bunga dan yang paling penting dapat belikan baju kurung tenun untuk baby Qaseh (tahun nih nenek Qaseh x sempat nak jahitkan baju Qaseh sebab masih lagi dalam kesedihan atas pemergian Arwah Abah, lagipun aku x nak menyusahkan dia..)
Aku tahun nih dengan husband maybe x berbelanja sangat untuk keperluan peribadi, al-maklumla aku nih bakal berpantang kat umah mak, so x dapat la nak berjalan2..tapi aku cuma menunggu je kat umah... (boleh Qaseh dengan baby collect duit raya...hehehe, x payah jenjalan jauh2)
Aku dengan suami mungkin akan menyambut masa Aidil Adha nanti...

Hari nih kerje...bosan sungguh...next week, ada new launching untuk rumah baru..so banyak kerja yang kena dilakukan...dan maybe terpaksa overtime...uhuk..uhuk...

*tinggal lagi 18 hari untuk menatap wajah baby...x sabarnyer...

Jumaat, September 5

Saat-saat penantian..

Nampak gayanya tinggal lagi beberapa hari lagi untuk aku mengalami proses bersalin untuk kali kedua, kalau ikutkan anggaran tarikh aku akan melahirkan 2nd baby pada 26 september 2008, namun mengikut scan yang dilakukan oleh doctor panel, aku akan melahirkan pada 22 september nih..tapi aku dapat rasakan yang aku akan melahirkan 2nd baby awal dari tarikh jangkaan..aku dah dapat rasakan rambut2 baby aku...heheheh...badan aku pula selalu sangat keletihan (mungkin penat sebab melayan Qaseh yang demam hanpir 4 hari termasuk hari2 kepulangan arwah abah)..
Mak dengan ayah aku sekarang dah suruh aku stay je kat umah Larkin, sebab takut aku bersalin awal..mak pun cakap macam tuh sebab perut aku dah nampak menurun skit..dan mungkin next week aku akan dok umah mak je..senang nak pegi Hospital bile dah sakit...dan deposit Hospital Pakar Kempas pun aku dah buat..so tinggal nak check in jek...
Bulan pose ni, aku baru buang 1 hari je puasa..tuh pun sebab x tahan sangat sebab baby tendang2 perut ibu...maybe lapar sangat sampai menusuk ulu hati aku...

*ibu x sabar nak tengok baby kwar.....harap2 semua ok...berat baby pun dah ok..cuma berat ibu je statik dari bulan lepas...

Selasa, September 2

Bapa Mertua

Rasanya dah lama aku tak updates aku punya blog. Terlalu banyak perkara berlaku akhir bulan August nih. Bapa mertua aku baru pulang ke rahmatullah pada 30 August 2008 sehari sebelum semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dan merangkap Hari Ulang Tahun kelahiran Bapa Mertua aku, namun semua sudah ditakdirkan oleh Allah s.w.t yang lebih menyayangi Abah. Hampir 3 minggu arwah abah dimasukkan kedalam PCU di HSA..Keadaan abah bertambah buruk selepas sesak nafas dan terus menghuni HSA selama 3 minggu untuk tahan. Sehari selepas masuk wad, arwah abah telah ditebuk di leher bagi membolehkan ubat disalurkan. Sebelum ditebuk dileher, arwah abah telah ditebuk terlebih dahulu di dada kanan bagi mengalirkan cecair kanser yang memenuhi badan abah..selama lebih 3 minggu, hampir 9-10 liter cecair kanser keluar melalui tiub yang ditebuk di dada abah.. (sedih melihat keadaan abah) namun, semangat abah untuk hidup sangat kuat..hampir setahun abah menderita sakit kanser dan kemuncaknya selepas abah pulang dari HKL untuk ujian chemotherapy, namun doctor tidak mampu untuk berbuat apa2 dan menyuruh abah kembali semula tahun hadapan..memang kanser abah sudah ditahap yang ke empat.
Sebelum menghembus nafas terakhir, kami dapat lihat ada keceriaan dalam diri abah..abah dah boleh bernafas tanpa bantuan pernafasan dan masih boleh bergurau..namun itu hanyalah sementara sahaja, tepat pukul 3 petang 30 august 2008, abah meninggalkan kami semua.. semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman…Al Fatihah untuk Arwah Abdul Rahim Bin Md Zain...Amin…