Rasanya dah lama aku tak updates aku punya blog. Terlalu banyak perkara berlaku akhir bulan August nih. Bapa mertua aku baru pulang ke rahmatullah pada 30 August 2008 sehari sebelum semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan dan merangkap Hari Ulang Tahun kelahiran Bapa Mertua aku, namun semua sudah ditakdirkan oleh Allah s.w.t yang lebih menyayangi Abah. Hampir 3 minggu arwah abah dimasukkan kedalam PCU di HSA..Keadaan abah bertambah buruk selepas sesak nafas dan terus menghuni HSA selama 3 minggu untuk tahan. Sehari selepas masuk wad, arwah abah telah ditebuk di leher bagi membolehkan ubat disalurkan. Sebelum ditebuk dileher, arwah abah telah ditebuk terlebih dahulu di dada kanan bagi mengalirkan cecair kanser yang memenuhi badan abah..selama lebih 3 minggu, hampir 9-10 liter cecair kanser keluar melalui tiub yang ditebuk di dada abah.. (sedih melihat keadaan abah) namun, semangat abah untuk hidup sangat kuat..hampir setahun abah menderita sakit kanser dan kemuncaknya selepas abah pulang dari HKL untuk ujian chemotherapy, namun doctor tidak mampu untuk berbuat apa2 dan menyuruh abah kembali semula tahun hadapan..memang kanser abah sudah ditahap yang ke empat.
Sebelum menghembus nafas terakhir, kami dapat lihat ada keceriaan dalam diri abah..abah dah boleh bernafas tanpa bantuan pernafasan dan masih boleh bergurau..namun itu hanyalah sementara sahaja, tepat pukul 3 petang 30 august 2008, abah meninggalkan kami semua.. semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman…Al Fatihah untuk Arwah Abdul Rahim Bin Md Zain...Amin…
Susun Komik Baru.
Sehari yang lalu
1 ulasan:
im sorry to hear that.
Catat Ulasan